05 November 2013

Ho Chi Minh City (Bahagian 1).

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni nak cerita pasal trip aku ke Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam. Aku buat 2 bahagaian sebab Bahagian 1 aku nak cerita pasal HCMC secara am. Bahagian 2 aku nak cerita pasal shopping kat sana lak.

Actually, takde pun buat plan yang terperinci pasal nak gi sana. Cuma lepas tengok tv ada cerita pasal HCMC, lepas tu tengok banyak kain baju yang cantik cantik, so wife aku suggest kitorang gi sana. Aku on je. Kebetulan lak Ais Asia ada wat promosi nak gi Vietnam, so apa lagi, terus book tiket.

Kitorang gi sana 3 orang; aku, wife aku dan adik wife aku. Total harga tiket dalam RM1,400 (dua hala) untuk 3 orang. Tu dah termasuk insuran, oder makanan dalam flight, pilih seat dan 30kg sorang untuk kargo (masa balik).

Kitorang amik flight pagi (9.15am). So sampai sana dalam pukul 10.50am (waktu Malaysia). Flight amik masa dalam 1 jam lebih sikit (Vietnam lewat 1 jamdari Malaysia. So kalau dah pukul 8 kat Vietnam, maknanya dah pukul 9 kat Malaysia).


-Duit Vietnam (Vietnam Dong/VND)-

Sampai sana terus tukar duit Vietnam Dong (VND). Tapi tak tukar banyak sebab dari apa yang kitorang tahu, kalau nak shopping kat HCMC, diorang terima gak duit Malaysia, so tukar duit VND untuk tambang teksi dan makan.

Tambang teksi dari airport ke hotel (An Tam Hotel) yang kitorang book tu VND200,000. Amik teksi kat airport (ada tiket). Perjalanan dalam 30 minit je. Dalam perjalanan, memang nampak banyak motor. Ni kira pengangkutan utama di HCMC. Memang bersimpang siur, motor kereta main celah celah je antara satu sama lain. Nampak macam akan eksiden, tapi takde pun eksiden. Memang gila la hahaha!


-Banyak motor kat sini-

-Agak berjerubu. Mungkin sebab banyak asap motor-

Sampai An Tam Hotel dalam pukul 11am lebih. Patutnya check-in pukul 2pm, tapi kitorang saje je masuk ke hotel tu untuk letakkan beg. Tapi disebabkan masa tu memang ada bilik yang dah ready, staf hotel tu benarkan kitorang check-in awal. Alhamdulillah, rezeki kitorang la.

Hotel memang bersih. Takde la besar mana pun, tapi selesa. Aku book hotel tu pun dari www.agoda.com. Ambil bilik yang ada satu katil queen dan satu katil single. Ada wifi, peti ais kecik, tv, telefon, restoran halal kat level 1. Kat lobi ada disediakan satu set komputer dengan Internet untuk kegunaan penginap hotel tu.


-An Tam Hotel, Ho Chi Minh City-

-Keadaan dalam hotel-

-Pemandangan dari atas bilik-

-Pemandangan luar-

Lepas dah rehat, kitorang pun mula la nak explore HCMC. Pasar borong yang terkenal kat situ adalah Ben Thanh Market. Seberang jalan je. Tapi memang mencabar masa nak melintas. Jangan keliru sebab sistem jalan diorang ni sama macam US. Left hand drive, lepas tu lorong jalanraya pun berlawan dengan Malaysia. Jangan keliru je time nak lintas jalan.

Seronok gak bila sampai pasar borong tu. Aku yang lelaki ni pun suka gak tengok pilihan kain baju yang banyak. Memang peniaga kat situ akan tegur pelancong yang lalu depan kedai diorang tu. Kadang kadang tu siap tarik tangan kita lagi suruh kita singgah kedai diorang. Cara nak avoid: korang kata tak nak dan terus jalan, jangan stop langsung kalau takde niat nak beli dan jangan start tawar menawar harga kalau tak nak beli. Memang diorang akan marah.


-Sekitar hotel An Tam-

-Sekitar HCMC-

-Kedai topi dan helmet-

-Deretan hotel-

-Kedai helmet lagi-

-Jalan jalan di taman-

-Sekitar kawasan hotel-

Deretan kedai memang rapat rapat antara satu sama lain. Lorong nak lalu pun memang sempit. Jadi memang tak sesuai kalau nak bawak baby ataupun kereta sorong baby. Memang sempit.

Malam (tiap tiap malam actually) ada pasar malam. Harga kain baju kebanyakkannya mahal sikit dari yang kat pasar borong tu. Tapi ada gak yang jual t-shirt murah (RM7 sehelai). Kat pasar malam ni pun korang jangan la start nak tawar menawar kalau tak nak beli.

Makanan halal kat sini tak susah. Depan hotel An Tam ada 2 restoran jual makanan halal: Restoran Kampung Melayu dan Restoran Hajah Basiroh. Restoran Kampung Melayu ada aircond, meja pun meja kayu, so harga agak mahal la. Kitorang makan kat situ (4 orang) kena RM70+. Kat restoran Hjh. Basiroh, meja tak banyak. 4 meja kat dalam, satu kat luar. Harga agak murah dari restoran Kampung Melayu tu (sebelah sebelah je restoran tu).


-Restoran Kampung Melayu. Belah kanannya restoran Hjh. Basiroh-

-Kopi ais Vietnam. Memang kaw punye sedap!-

-Bahagian dalam restoran Kampung Melayu-

-Sedang menikmati makanan di Restoran Kampung Melayu-

-Kueteow sup di Restoran Hjh Basiroh dan kopi ais-

-Kopi Basiroh-

Kalau nak ke HCMC, pastikan ATM kad atau kredit kad diaktifkan untuk kegunaan luar negara. Kalau tak, jadi macam kitorang la. Tak cukup cash untuk bayar kain baju, so kena la cari mesin ATM nak cucuk. Tapi tak boleh lak sebab tak diaktifkan untuk kegunaan luar negara. So wife aku berjaya setelkan masalah tu. Call je Maybank Malaysia, lepas tu setel masalah. Boleh cucuk duit lepas tu. Tapi bila cucuk, keluar duit VND la ye, bukan ringgit.

Alhamdulillah, masa kat HCMC tu ada sorang awek Vietnam (penjual kain baju tempat kitorang beli) ni yang sudi tolong kitorang pergi ke beberapa bank untuk setelkan masalah kad ATM yang tak boleh guna tu. Lepas semua usaha tu, kitorang belanja dia makan.


-Moon (kanan) memang banyak membantu-

Rokok aku dah abis, so kena la beli sekotak lagi. Tak tau nak hisap apa, so aku bei la rokok Winston (20 batang). Harga VND15,000. Bila convert RM jadi RM2 je hahahaha. Murah giler. Marlboro kat sana dijual VND21,000.. so duit Malaysia jadi RM3 je.

Nota: RM1000 = VND6,000,000+ (masa aku buat entry ni).

Masa nak balik, kitorang mintak tolong staf hotel panggilkan teksi. Kejap je dah sampai. Sampai airport ada la lagi dalam 4 jam baru boleh check-in flight. So tunggu je la kat airport tu.


-Driver teksi Vinasun yang peramah-

Polis dan imigresen kat sana macam tegas. Langsung takde senyum. Masa nak lalu mesin sccan bag dan metal detector tu, kena bukak tali pinggang. Tapi masa kitorang tu, bila dia tengok orang Malaysia, macam ok je. Cuma time tu kalau mat saleh, memang kena cek paspot dengan lebih detail lagi. 

Lepas check-in, flight delay lak. Nasib baik tak lama, 30 minit je delay. Lepas     tu dalam pukul 9.45pm waktu Vietnam kitorang pun berlepas. Sampai Malaysia dalam pukul 11.45pm. Pak mertua aku jemput kat LCCT. Sampai rumah dalam pukul 1.30am.


-Aktiviti buang masa di airport sebab flight delay-

Alhamdulillah, semua selamat pergi dan balik. InsyaAllah ada rezeki akan pergi lagi ke HCMC bawak family.

Tips:
1. Jangan tukar duit VND banyak banyak. Tukar untuk tambang teksi dan makan je.
2. Hati hati dengan penjual yang berjaja sambil berjalan. Diorang tu suka mendesak.
3. Jangan berhenti (tak bergerak) kalau kat luat kawasan pasar Ben Thanh tu, nanti korang kena serbu dengan penjaja jalanan tu desak korang beli barang diorang).
4. Hati hati time jalan kat pasar malam: peragut dan pick pocket banyak.
5. Bawak sling bag dan silangkan bag tu ke depan.
6. Jangan simpan duit dalam satu tempat je.
7. Hati hati kalau amik gambar dengan handphone, boleh kena ragut.
8. Masa nak beli, tanya harga dalam RM, VND.. lepas tu convert sendiri.
9. Bawak air mineral masa jalan jalan tu.
10. Paspot pihak hotel akan simpan untuk tujuan keselamatan dan laporan kehadiran kepada polis sana.
11. Ramai orang Malaysia (Melayu) kat area sana.
12. Cuaca macam kat Malaysia gak.
13. Lintas jalan kena berani, tapi jangan risau sebab motor motor akan elak kita (tapi tengok gak la kiri kanan dulu jugak).
14. Boleh book hotel di sini: www.agoda.com
15. Cuba dulu convert duit kat sini: http://themoneyconverter.com/MYR/VND.aspx 
16. Kalau nak beli borong (banyak), cari penjual yang boleh cakap Melayu atau Inggeris.
17. Jangan lupa solat!


-Rumput di HCMC. Sama je dengan rumput kat Malaysia ni hehehe-

Tu je sikit catatan aku pasal jalan jalan ke HCMC. Klik SINI untuk Bahagian 2 cerita di HCMC. 


Wassalam.