24 December 2012

Setahun Bersama Black Stallion.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Bulan Disember 2012 ni cukup setahun aku guna motor Kawasaki Ninja 250r efi. Tapi milage masih bawah 10,000km hahaha. Bukan tak best, tapi sebab aku jarang guna. Kalau guna pun naik gi kerja dengan wife aku je la. Sekali sekala bawak gi kelas kat Shah Alam tu.



Sekali je buat ride pergi Bukit Fraser. Dalam keadaan hujan, alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.

Rata rata aku bawak dengan kelajuan 120km/j (samada naik sorang atau berdua dengan wife aku). Tak berani bawak laju laju. Masa kat hiway nak pergi Bukit Fraser tu je aku pulun 150km/j, tapi tu pun tak lama, sekali sekala je bawak speed tu.
-Motor aku ada kat belakang tu.. tak nampak (malu hehehe)-
Dalam setahun ni, tak ada modifikasi yang besar aku buat. Macam dalam post yang lepas, aku tukar sikit sikit je.

Apa yang aku dah buat:
1.   buang "ekor" belakang,
2.   ganti lampu belakang LED,
3.   tukar windshield bubble Puig,
4.   tukar racing footrest R9,
5.   pasang balancer kat hujung handle tu (kiri, kanan),
6.   tukar ekzos Yoshimura slip-on (replika),
7.   pasang rear hugger,
8.   tukar tayar depan dan belakang,
9.   pasang frame slider atau frame protector,
10. pasang bobbin




Ada ada beli tank cover atau tank condom, tapi tak pasang pun.

Stiker jangan cerita la.. tah berapa ratus RM dah aku belanja untuk beli stiker. Lekat, tanggal, lekat tanggal. Last last tinggal stiker Alpinestars dengan Yoshimura je sekarang ni.




Overall handling Ninja 250r ni (bagi aku) amat puas hati. Dah lama guna, tak ada la rasa berat macam masa mula mula guna dulu. Nak mencelah pun confident. Pikup pun puas hati. Kalau kat traffic light, senang je nak nak dapat 100km/j dalam masa yang singkat (wife aku bonceng sama). Lepas tu aku tak kisah la kalau ada kereta or motor lain nak potong, potong la. Cuma sekali sekala je la aku main kejar kejar.


Sekarang guna tayar Bridgestone Battlax 016, saiz 120 depan dan Michelin Pilot 150/60 untuk belakang.. lebih confident bila ambil selekoh.






Maintainance pun senang. Tiap 3,000km aku gi hantar servis. Tukar minyak hitam, fuel filter dan cek apa apa patut macam rantai ke, timing ke. Lain lain pun si Ah Wee (mekanik/tokey kedai motor yang aku selalu pergi) tu akan cek. Sekali servis habis dalam RM130. Next servis nanti, dah tiba masanya untuk tukar plug. Nasib baik 2 plug je, kalau motor 4-in-line, dah kena tukar 4 plug hehehe.




So bagi sesiapa yang nak start guna sportbike ni, dicadangkan start dengan 250 dulu, second pun tak apa sebab kita nak dapatkan rasa handling dan power motor tu. Lepas dah ada keyakinan, kemampuan dan lesen B full, boleh upgrade motor 600cc ke atas.

Ni pun ada ura ura nak upgrade cc, loan dah approved, tapi malas nak amik lesen B full, macam mana tu? huhuhuhu. Tengok la macam mana nanti.





Safe riding guys!


Wassalam.

Mabuk Punya Pasal.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni kejadian dalam bulan November 2012 yang lepas. Bukan aku yang mabuk, tapi driver kereta lain yang mabuk.

Masa tu aku satu family nak pergi ke rumah mak aku. Kitorang dari Shah Alam. Dalam perjalanan hujan, tapi tak berapa lebat.

Sampai kat satu traffic light aku pun slow dan berentikan kereta sebab lampu isyarat merah. Tiba tiba kereta aku bergegar, macam "melompat" ke depan (alaa.. rasa macam kalau korang stop kereta, tapi dalam gear lagi, lepas tu lepas clutch.. so kereta melompat la sikit).

Aku terkejut gak la, terus cek gear.. Aik, memang dah free. Padahal dari tadi aku tekan brake.

Lepas beberapa saat, baru aku perasan, yang "gegeran" atau "hentakan" tu macam rasa kereta kena langgar dari belakang (dah ada pengalaman 2 kali sebelum ni, tapi lama dulu laaa). Then wife aku pun cakap yang kereta belakang dah hentam.

Aku keluar kereta, then aku nampak sebuah kereta Wira, memang rapat dengan bumper belakang kereta aku.

Tiba tiba ada drive kereta Kancil (belakang Wira tu) menjerit kat aku, "Dia mabuk bang!"

Oooh, driver mabuk ke? Patut la. Driver Wira tu tak keluar pun dari kereta dia. Aku tengok kepala dia terhoyong hayang.. sah mabuk!

Aku tengok bumper aku, tak ada yang pecah, serpihan apa apa pun tak ada.

Aku keluarkan handphone aku, amik gambar bumper, gambar driver (dia tak bukak pun cermin tingkap kereta dia tu) dengan nombor plet Wira tu (selamba je aku buat macam tu kat tengah tengah jalan lak tu hahaha).

-Masa ni, driver Wira tu dah undurkan sikit kereta dia-
-Hmm.. plet pun tak cukup sifat-
-Ini la driver Wira tu-
Lepas tu aku masuk kereta, belah dari situ. Aku tengok dari cermin sisi, Wira tu stay lagi kat situ.

Sampai rumah mak aku, aku terus cek bumper tu lagi. Tak ada yang pecah, senget atau calar. Ekzos aku pun tak lari, bengkok atau bocor.

Syukur sebab semua dalam kereta time tu tak ada yang terjatuh atau tersentak, semua selamat. Tu la pasal aku akan bising kalau diorang tak pakai seat belt!

Yang penting sekali, si kecik aku tu, nasib baik mama dia pegang time tu.

Safe driving guys!


Wassalam.