11 January 2013

Tips Jual Motor.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Sedikit tips kalau ada hasrat nak jual motor. Tak kira motor besar atau motor kecik beberapa perkara kena amik kira sebelum kita jual motor tu.

Keadaan motor.
Pastikan motor dalam keadaan bersih (luar dan dalam). Kalau pernah eksiden, jujur dengan bakal buyer dan inform apa yang dah repair lepas eksiden tu (walaupun pernah jatuh "bodoh"). Make sure tak ada minyak yang bocor. Kalau tayar tu dah nazak, tukar la dulu (beli yang second pun tak apa, asalkan ada bunga lagi).

Kalau ada retak atau calar teruk kat body atau firing motor tu, cuba la repair dulu. Kalau takat calar halus, tak apa la lagi. Kalau dah sopak sopak cat tu, pergi la cat baru dulu ye.

Eksesori motor.
Inform bakal buyer apa yang dah ditambah pada motor tu. Dah tuka ekzos ke, windshield ke, sport rim ke, footrest ke dan lain lain lagi. Lepas tu inform buyer samada barang asal dapat sekali atau pun tak. Kalau tak nak bagi sekali, pandai pandai la korang cover line.

Harga motor.
Tengok harga pasaran. Pastikan harga motor yang kita letak tu lebih kurang dengan harga pasaran. Maybe boleh up sikit sebab dah mod atau tambah eksesori, tapi kalau boleh sediakan ruangan untuk bakal buyer nego lagi harga tu (tak banyak, sikit pun jadi la).

Maybe boleh buat macam ni.. Letak harga RM10k sekali dengan eksesori dan barang asal motor tu. Kalau nak kurang sampai RM7.5k, barang asal tak dapat/bagi sekali.


-Gambar hiasan-
Jaminan.
Ikut suka korang la kalau nak bagi jaminan atau warranty pada bakal buyer tu. Maybe boleh letak jaminan 1 atau 2 bulan (untuk enjin saja). Kalau body atau firing gegar ke, lepas 2-3 hari guna retak ke, tu tanggungjawab owner baru.

Road tax dan insuran.
Kalau boleh pastikan road tax dan insuran ada lagi untuk 6 bulan. Jangan la jual motor yang road tax dan insuran dah habis 5 bulan, buat leceh buyer je nanti.




Tukar nama/hak milik.
Ada seller yang buatkan sekali dan ada seller yang siap siap inform yang urusan tukar nama kena buat sendiri (oleh owner baru). Ikut la mana suka dan mana yang korang rasa senang nak uruskan.

Test ride/pandu uji.
Pernah gak tengok iklan yang ada inform bakal buyer yang terst ride tak dibenarkan. Boleh start enjin, rem rem sikit, tu je. Bukan apa, sebab ada kes yang "bakal buyer" test ride tapi terus lesap. Datang pun dengan kenderaan curi. Hampeh!

Tapi kalau bakal buyer nak test ride gak, mintak diorang tinggalkan deposit (RM500,000) atau kad pengenalan.

Kita boleh gak inform bakal buyer tu pasal jaminan kita (seperti kat atas tadi).

Iklan.
Amik gambar dari pelbagai sudut. Close-up sikit mana mana eksesori tambahan. Kalau ada video lagi bagus (boleh dengar bunyi ekzos perang awal awal hehehe). Tapi kalau iklan kat FB tau blog sendiri la. Klau kat Mudah atau print out, mana leh letak video.. kan? ;D

Dalam iklan letakkan details pasal motor tu, harga (boleh nego atau tak), lokasi urusan jual beli, urgent atau tak, sebab nak jual (optional), contact details owner dan lain lain yang dirasakan perlu.

Free gift.
-Gambar hiasan-
Nak bagi free gift ke macam kat kedai tu? Ikut korang la. Kadang ada yang bagi baju hujan, helmet, glove, pad lock dan lain lain.

Payment.
Biasanya kita akan minta cash. Ada gak bakal buyer tanya pasal loan. Tu diorang kena uruskan sendiri la. Banyak personal loan ditawarkan sekarang. So kalau dah ada confirm buyer, mintak diorang bank in ke akaun kita. Time ni masing masing kena jujur la.

Kalau jual dengan sedara mara atau adik beradik, aku benarkan diorang bayar 2,3 kali atau pun bayar bulanan. Tapi selagi tak abis bayar, geran kita pegang la.

Ok, tu kalau nak jual dengan orang lain. Kalau nak trade-in (jual kat kedai), aku nasihatkan korang pasang balik eksesori asal. Eksesori tambahan tu kita boleh jual asing asing.

Bukan apa, kedai biasanya akan amik murah (walaupun kita dah solek motor tu). Budak kedai jual eksesori motor yang bagitau aku ni.. Dia kata, "Kalau abang tukar ekzos, yang asal simpan. Bila nak trade in pasang balik yang asal, kalau tak, harga jatuh lagi", kata budak itu kepada aku (kehkehkeh).

Haritu pun aku ada "gatal gatal" tanya pasal ninja aku tu. Satu kedai ni kata dia boleh amik RM16k motor aku tu (kalau trade in dengan ER6N atau F). Lepas Ninja 250 2013 keluar, dia kata harga jatuh.. dia nak amik RM8k je. Tersentak gak aku!

Then aku gi kedai lain, cakap kalau trade in brape kedai boleh amik? Orang tu kata dia amik RM13k+. Uiks, tinggi lak dari kedai memula tu.

So pengajarannya, kalau dah mod/solek motor tu, lepas tu nak jual, baik cari buyer sendiri. Tapi leceh sikit la urusannya.

Kalau aku, jual/trade in kat kedai je la, senang urus (dasar pemalas kehkehkeh).

Ok la.. tu je tips serba sedikit yang aku boleh bagi. Lain lain boleh tanya member motor yang lain.

Happy selling!


Wassalam.