30 July 2011

Pertandingan Boling

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

30 Julai 2011, satu pertandingan boling telah diadakan khusus hanya untuk warga FITM (Fakulti Industri Teknologi Maklumat). Nama pertandingan tu ialah Pertandingan Boling Tertutup FITM 2011 (anjuran Kelab Multimedia).

Pertandingan telah diadakan di Ole Ole Superbowl, Seksyen 18 Shah Alam. Game start pukul 10.30 pagi. Tapi disebabkan pagi hujandengan agak lebat, separuh dari pasukan yangmenyertai telah sampai lewat. Tapi syukur sebab semua game habis sebelum pukl 1.00 petang.

20 pasukan telah menyertai game yang julung kali diadakan ini. Setiap pasukan disertai oleh 4 orang pemain. Jadi jumlah kesemuanya ialah 80 orang. Memang seronok.

Apa yang seronok? Seronok sebab dapat kumpulkan staf, ex-staf, students dan ex-students FITM. memang seronok dapat jumpa pelajar pelajar lama dan suka juga dengar diorang dah bekerja sekarang.

Tempat pertama dimenangi oleh Team Bravo, kedua Team Network Security & Computer Security dan ketiga Team Le Humanoid. Team aku? Ok la untuk tempat ke 5.

Bagi jatuhan pin terbanyak, dimenangi oleh salah seorang pemain dari Team Bravo. Aku kat tempat ke 7. Ok la tu dari 80 orang pemain. Total jatuhan pin aku pun improved jugak kali ini. Main 2 game, dan dua dua game aku dapat markah atas 100. Ok la untuk personal improvement ;)

-Antara piala yang disediakan (foto: Anna Farhana)-

-Antara pemain yang menyertai pertandingan (foto: Anna Farhana)-

Overall boleh aku katakan semua enjoy main (walaupun 2 game je). Semua bagi support, sporting dan happenning.

Ada gak yang mintak buat lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Syukur gak sebab aku dapat handle event ni dengan agak smooth. Sebab dari book tempat, sampai la ke hari game, semua aku buat. Puas hati aku. Thanks gak to my wife sebab dia ada tolong pada awal awal game ni nak dibuat.

Anyway, semua adalah pemenang sebab join dan menyokong event ni.


Wassalam.