10 February 2021

The Red Project Siap!

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Dekat setahun baru dapat siapkan projek merah atau Red Project aku kat badak hitam tu. Mula masa PKP 1.0 dulu. Lepas tu tertangguh sebab keje opis lah, hujan lah, repair rumah lah, buat pagar baru lah..sampai la ke PKP 2.0. Alhamdulillah siap gak akhirnya.

Bukan projek besar pun, cuma spray merah semula pada panel yang merah sebelum ni. So nampak la berseri sikit. lepas tu ada la tambah tambah stiker sikit kat badak hitam aku tu.

So tengok lah a few gambar yang aku letak ni.

-Badak hitam sebelum du bajukan semula. Masa ni piping ekzos aku dah spray dengan hi-temp spray dan radiator grill aku spray dengan flat black dan cover dengan flat clear-

-Aku mulakan denga bukak side pannier tu. Malas nak biarkan kat situ. Kalau nak ride je baru aku pasang semula-


-Aku mulakan dengan pasang panel kat bahagian pillion tu. Kita pasang yang senang senang dulu-

-Lepas dah siap pasang rear huger dan mud guard, aku start pasang fairing kanan-

-Ni aku pasang fairing kiri. Pasang dengan penuh kasih sayang ye-



Kalau nak tengok video, silalah ke channel YouTube Mie On Bike. Klik SINI untuk tengok episod aku pasang, siapkan badak hitam aku tu. So, bila dah kat channel Mie On Bike tu, sila silah lah like, subscribe, share ya. Percuma je HAHAHA!

Ride safe!


Wassalam.