12 May 2015

Ride ke Cherating (9-10 Mei 2015).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Rasanya ni la first time ride dengan FMOG V2 untuk tahun 2015 ni. Sebelum ni ada gak FMOG V2 buat ride, tapi tak dapat nak join sebab ada kelas. So kali ni FMOG V2 buat ride ke Cherating pada 9 - 10 Mei 2015 (Sabtu-Ahad). Riders menginap di Residence Inn Cherating (klik SINI untuk FB atau SINI untuk website). Rate khas untuk bikers, tapi dengan syarat kena naik motor la dan kalau boleh dalam berkumpulan.

Rider lain berkumpul di BHP selepas tol Gombak tu. Aku & wife gerak lambat/sendiri sebab ada hal sebelum tu. So dalam jam 10.30 pagi kitorang gerak dari rumah. Tapi memang singgah kat BHP tu pun untuk isi minyak dan minum sikit. Lepas tu teruskan perjalanan.


-Black Rhino berehat sebentar-

Singgah kejap di R&R Temerloh untuk berehat. Then teruskan perjalanan sampai ke Kuantan untuk makan tengahari. Kitorang singgah Warung Mazenah (klik SINI). Pekena nasi kukus kari kambing. Wife aku lauk ayam pulak. Motor tak boleh nak speed sangat sebab (aku rasa) balancing tayar depan tak betul. Speed 110-130 km/j tangan dapat rasa getaran halus. Bila stop memang "bergetar halus" je tangan aku ni.

-Nasi kukus lauk kambing & ayam goreng-

Lepas lunch guna GPS untuk ke Residence Inn. Jarak ada la lagi dalam 45km. Alhamdulillah sampai dalam jam 4.20 ptg.

-Residence Inn Cherating-

Sampai je terus check-in. Bilik ok, dapat bilik dengan 2 katil queen dan mengadap kolam. Cuma aircond je lambat nk sejuk. 








Tengok ke luar dari bilik, geng geng FMOG V2 ada yang dah mandi kolam.Lepas dah rehat kejap & solat, aku & wife turun, round round area kolam. Lepas tu sewa basikal untuk ronda ronda area kat situ. Sewa basikal RM15/basikal. Selagi nak guna, korang guna la, tiada had waktu (jangan bawak naik ke bilik udah le).





Makan malam di Mail Ikan Bakar (klik SINI) di Tanjung Lumpur. Memang ramai orang kat sana. Nasib baik ada tempat.


-Sebelum ke Tanjung Lumpur untuk makan malam-

-Alhamdulillah kenyang-

-Motor nak masuk tidur, lepas tu tuannya pulak-

Lepas makan cadangnya diorang nak berkaraoke, tapi last last tak jadi sebab dah agak lewat. Sampai hotel terus berehat.

Esoknya kitorang turun sarapan dalam jam 8.30 pagi. Dalam jam 10.30 pagi dah siap check-out. Tapi malangnya, motor salah sorang member rosak (tak boleh start). Lepas tu hujan lebat lak, tapi kejap je. Diorang cadangan nak ke Kemaman, so aku undur diri sebab nak ke Kuantan & cadangannya nak singgah Lanchang. So kitorang berpisah kat hotel tu.


-Taklimat sebelum keluar dari Residence Inn Cherating-

Sampai Kuantan minum kejap lepas tu terus gerak. Ikut arah nak ke hiway, tapi aku ikut jalan dalam lalu Maran (kalau tak silap aku). Lepas tu masuk hiway ikut Gambang. Make a few pit stop untuk solat & berehat.

-Rehat jap.. solat-

Last pit stop kat R&R Genting Sempah. Isi minyak dan makan "tenghari" walaupun dah dekat kol 5 petang. Langit dah mendung. Lepas je terowong, kena hujan lebat sampai la ke tol Gombak. Lepas tu tak hujan dah.

Pit stop kejap kat Petronas hiway LATAR dan terus menuju ke rumah. Alhamdulillah selamat sampai dalam jam 7.20 petang.


-Sumber: FMOG V2-

Total milage 822.2km. Minyak dalam RM60.


Wassalam.