20 August 2018

18-19 Ogos 2018 Punye Kerja.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama tak buat entry... kali ni saje je aku masukkan sikit pasal apa aku buat pada Persona & badak hitam aku tu.

Untuk Persona tu aku letak emblem lain kat depan dan belakang kereta tu. Dah lama dah tak ber emblem Persona aku tu. Kali ni aku letak emblem Alien yang aku beli melalui Shopee. Tu pun import dari China.

-Cover dulu bahagian yang sepatutnya-

-Bahagian belakang pun sama jugak, cover mana yang patut-

-Hasil lepas dah spray. Aku guna spray Samurai hitam biasan. Aku buat 3 layer. Lepas tu sembur dengan cspray Samurai clear coat, 3 layer jugak-

-Dah siap clear coat. Nampak tak rata sebab aku tak gosok betul betul sebelum aku spray (dasar pemalas hehehe)-

-ila dah kering, sila lah lekatkan emblem tu dengan lafaz BIsmillah dan dengan hati hati-




Lepas tu ada gak beli stiker (pun melalui Shopee) untuk badak hitam aku tu. Saje je letak stiker kaler hitam gak sebab aku nak efek antara nampak tak nampak.

-Sticker Captain Amerika satu warna. Test letak dulu hehehe- 


-Dah siap tampal. Juga dimulakan dengan lafaz Bismillah dan tampal dengan hati hati hahaha-



Wassalam.