25 January 2016

Ride ke Cameron Highlands (24 Januari 2016).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. 24 Januari 2016 lepas, aku dapat gak naik Cameron Highlands dengan badak hitam aku. Dah lama aku pasang angan angan nak ride naik atas tu dengan wife aku, tapi tak yakin sebab aku ni "segan" sikit dengan jalan yang banyak kona kona ni. Tapi sebab V3 Group Terjah dah buat plan, aku follow je. Ye la, bila lagi nak ride ke atas tu.. lagipun kalau jadi apa apa, ada gak member yang boleh tolong.

Jam 8.05 pagi aku dah sampai ke RV iaitu di R&R Rawang. Pastu ke Petronas untuk isi minyak (sebab dari rumah ke RV, minyak aku ada 2 bar je). So isi RM20. Bila semua ahli jemaah dah ada, kitorang pun mulakan perjalanan dalam lebih kurang jam 9 pagi.

-Bertukar tukar pendapat dan pandangan-

-Update gossip hahahaha!-



Dalam jam 10+ pagi, kitorang dah sampai di exit tol Simpang Pulai. Then tuju ke gerai makan yang dah memang sehaluan nak naik Cameron tu. Kitorang makan di Warong Pak Usop. Aku makan mee sup, wife aku makan nasi campur.






Lepas makan, isi minyak di Petronas (RM20 lagi) dan teruskan pendakian. Aku dah berdebar sebab tau ada otai otai superbike yang akan naik. Tapi awal awal aku dah inform jemaah V3, biar aku last sebab aku takkan laju hehehe. Memang pun, aku yang last sekali. So aku pun "layan" la kona sorang sorang. Kata orang ride sambil belajar la.

Sampai pertengahan perjalanan, ada satu kawasan pemandangan yang cantik. Ada gak kereta stop amik gambar, so aku pun stop untuk ambil gambar. Pastu terus ride dan jumpa jemaah V3 yang stop kejap tepi jalan (tunggu aku la tu).





Sampai atas terus stop di Kea Farm. Kat situ ada la dalam 2 jam. Beli jagung bakar & air dan cenderahati sikit untuk anak anak.





Then kitorang gerak untuk solat Zohor di masjid (kalau tak silap aku masjid kat Tanah Rata.. atas bukit.. dekat dengan area taman permainan).






Lepas solat, terus ride ke salah satu Bharat Tea punya outlet. Tapi punye la ramai orang, tempat pun full. So bergambar je la sikit. So perjalanan diteruskan -- apa lagi, turun la. Tapi stop kejap kat "sign" Cameron Highlands tepi jalan tu. Bergambar la, apa lagi.






Next pit stop kat Petronas kat bawah tu. Isi minyak lagi RM15. Then terus ke destinasi seterusnya: Setinggan Kafe, Laksa Telur Gorang Bersarang kat Taman Botani, Ipoh. Dalam 15 minit je dah sampai.

Sampai je, punyalah ramai orang. Beratur luar dalam. Yang kat luar untuk tapau.. Yang kat dalam untuk makan situ. Had order hanyalah 3 mangkuk laksa untuk setiap orang/pelanggan (itu yang wife aku bagitau). Kedai tu bukak jam 12 tengahari dan tutup jam 7 malam.


-Ini la kedainya-

-Beratur di luar untuk laksa/pesanan take away-




-Unik. Tempat basuh tangan-

-Ini la rupe laksanya. Nampak tak seberapa, tapi memang sedap- 
-Bagi aku memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga di sini-


Alhamdulillah, lepas makan, cari surau untuk solat. Pas solat terus shoot masuk hiway dan RV di R&R Ulu Bernam.

Sampai R&R Ulu Bernam, rehat kejap, minum air, hisap rokok sebatang.. aku pun gerak balik terlebih dahulu. Syukur, semua ahli jemaah V3 selamat sampai rumah.



-Masing masing dah letih hehehe-


Minyak: RM55.
Belanja makan: bawah RM50.
Jarak: 620+km.

Jemaah V3 yang join kali ni:

  • Man Barcelona & wife (ER6F)
  • Megat & wife (ER6F)
  • Sukri & wife (Z750)
  • Shuk & wife (Z750)
  • Rasid & wife (Z800)
  • Aku & wife (ER6F)



-Photo credit: Megat-

Safe ride!


Wasalam.