22 January 2018

EXHIBIT 1.18 (10 Jan 2018).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah masuk 2018, ni la first entry aku tahun ni. Tapi bukan pasal ride motor pun hahaha. Gi keje pun naik keta je sebab asik hujan je.

Entry ni pasal Universiti Selangor ICT Exhibition 2018 atau dikenali sebagai EXHIBIT 1.18. Ni pameran final year projek student fakulti aku. Kali ni diadakan di perpustakaan UNISEL. Sebelum sebelum ni buat kat Dewan Canselor, tapi kali ni tak boleh sebab dewan tu dah diorang dah setup untuk exam student asas.

So tengok je lah ye gambo gambo yang diambil oleh 2 orang student multimedia aku, Muhaimin dan Assyiq.


-Logo EXHIBIT yang aku design. Siap semua sekali lah promotional item aku design. Logo logo kecik bawah tu pun siap trace dalam Illustrator-


-Antara pelajar yang menyertai EXHIBIT 1.18- 

-Menerangkan hasil kerja pada panel penilai-

-Peserta lain mencuba Virtual Reality (VR)- 

-Yang ni projek Augmented Reality (AR) guna Kinect-

-Tengah cuba VR-

-Student ni buat projek pasal BEACON-

-Zumba guna AR KINECT-

-Amik gambar kat green screen, pastu tuka gambar background lain ikut pilihan diorang-

-Salah seorang peserta menerima medal dari pengarah COMNET UNISEL-









Wassalam.