31 December 2015

Persona Ku Merajuk (Part 2).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Persona aku merajuk lagi. Dah lama tak "mandi"kan persona tu, bila dah dimandikan, di vakum, dipolish seat.. terus merajuk esoknya hahaha.

26 Disember lepas aku, wife & 2 orang anak aku gi KL kejap, nak riki tempat. Bila dah jumpa tempat yang nak dituju nanti, terus gerak ke Selayang. Singgah Tesco Extra kejap untuk cari barang and makan.

Dalam kol 4 petang terus balik ikut hiway LATAR. BAwak macam biasa je. Bila dah lepas tol Ijok, dah nak sampai ke penghujung hiway, tetiba ada rasa "tersengguk" kat persona aku tu dan terus engine cut-off.

Akau susur ke tepi, tengok suhu, ok.. lampu lampu kat panel meter semua menyala. Sah bukan bateri atau radiator (macam dulu) yang problem.

Buka bonet, tak ada apa apa yang pelik. Cuma ada bau petrol sikit. Bila cek takde lak bocor kat mana mana bahagian enjin tul. Yang keluar hanyalah air aircond.

Terus contact beberapa member yang berdekatan kot kot boleh membantu. Dalam 10 minit lepas tesadai tu, ada kereta peronda polis singgah. Borak borak kejap je sebab diorang pun tak boleh nak buat apa apa. Lepas peronda tu pergi, sampai lak peronda hiway LATAR.





Salah sorang staf tu cek cek la jugak apa masalah. Dia mintak aku start enjin. Bila tengah crank, tetiba anak aku nampak ada petrol meleleh/keluar dari bahagian bawah belakang (kat tangki). Bila aku cek memang petrol. Staf LATAR tu suspek tank bocor.

Time tu dah dapat call tow truck dan bengkel yang boleh aku hantar nanti. Thanks to kawan kitorang sebab bagi nombor contact. Tapi sebelum tu dah call pak mertua aku mintak datang jemput.

So bila semua dah ada, staf peronda LATAR tu pun dah pasangkan kon, aku sefamily tumpang keta pak mertua aku & follow tow truck ke Puncak Alam untuk ke bengkel.


-Gayat la persona aku sebab dalam kedudukan tinggi hehehe-

-Follow.. jangan tak follow-


Sampai benkel (KZ Auto Garage, Dataran Mentari Puncak Alam), terus inform pomen apa masalah. Dia kata Isnin nanti dia cek & inform apa masalahnya.

Alhamdulillah, Isnin dia wassup kata kereta dah siap dan boleh ambil. Kerosakan bukan pada tangki minyak, tapi pada salah satu hose minyak kat tangki tu.

Caj keseluruhan:
Tow truck: RM160
Repair: RM280

Apa apa hal korang boleh contact nombor ni kalau ada masalah area Puncak Alam, Meru, LATAR.

KZ Auto Garage: 012-6103544 (Kenit).
Tow truck: 019-2725313 / 011-10611423.

Syukur sebab Allah dah permudahkan urusanaku haritu. Cuaca pun takde la panas terik, senang nak dapat tow truck dan bengkel, ramai yang membantu.. Rezeki Allah tu.. Allahuakhbar!


Wassalam.