24 December 2012

Setahun Bersama Black Stallion.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Bulan Disember 2012 ni cukup setahun aku guna motor Kawasaki Ninja 250r efi. Tapi milage masih bawah 10,000km hahaha. Bukan tak best, tapi sebab aku jarang guna. Kalau guna pun naik gi kerja dengan wife aku je la. Sekali sekala bawak gi kelas kat Shah Alam tu.



Sekali je buat ride pergi Bukit Fraser. Dalam keadaan hujan, alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.

Rata rata aku bawak dengan kelajuan 120km/j (samada naik sorang atau berdua dengan wife aku). Tak berani bawak laju laju. Masa kat hiway nak pergi Bukit Fraser tu je aku pulun 150km/j, tapi tu pun tak lama, sekali sekala je bawak speed tu.
-Motor aku ada kat belakang tu.. tak nampak (malu hehehe)-
Dalam setahun ni, tak ada modifikasi yang besar aku buat. Macam dalam post yang lepas, aku tukar sikit sikit je.

Apa yang aku dah buat:
1.   buang "ekor" belakang,
2.   ganti lampu belakang LED,
3.   tukar windshield bubble Puig,
4.   tukar racing footrest R9,
5.   pasang balancer kat hujung handle tu (kiri, kanan),
6.   tukar ekzos Yoshimura slip-on (replika),
7.   pasang rear hugger,
8.   tukar tayar depan dan belakang,
9.   pasang frame slider atau frame protector,
10. pasang bobbin




Ada ada beli tank cover atau tank condom, tapi tak pasang pun.

Stiker jangan cerita la.. tah berapa ratus RM dah aku belanja untuk beli stiker. Lekat, tanggal, lekat tanggal. Last last tinggal stiker Alpinestars dengan Yoshimura je sekarang ni.




Overall handling Ninja 250r ni (bagi aku) amat puas hati. Dah lama guna, tak ada la rasa berat macam masa mula mula guna dulu. Nak mencelah pun confident. Pikup pun puas hati. Kalau kat traffic light, senang je nak nak dapat 100km/j dalam masa yang singkat (wife aku bonceng sama). Lepas tu aku tak kisah la kalau ada kereta or motor lain nak potong, potong la. Cuma sekali sekala je la aku main kejar kejar.


Sekarang guna tayar Bridgestone Battlax 016, saiz 120 depan dan Michelin Pilot 150/60 untuk belakang.. lebih confident bila ambil selekoh.






Maintainance pun senang. Tiap 3,000km aku gi hantar servis. Tukar minyak hitam, fuel filter dan cek apa apa patut macam rantai ke, timing ke. Lain lain pun si Ah Wee (mekanik/tokey kedai motor yang aku selalu pergi) tu akan cek. Sekali servis habis dalam RM130. Next servis nanti, dah tiba masanya untuk tukar plug. Nasib baik 2 plug je, kalau motor 4-in-line, dah kena tukar 4 plug hehehe.




So bagi sesiapa yang nak start guna sportbike ni, dicadangkan start dengan 250 dulu, second pun tak apa sebab kita nak dapatkan rasa handling dan power motor tu. Lepas dah ada keyakinan, kemampuan dan lesen B full, boleh upgrade motor 600cc ke atas.

Ni pun ada ura ura nak upgrade cc, loan dah approved, tapi malas nak amik lesen B full, macam mana tu? huhuhuhu. Tengok la macam mana nanti.





Safe riding guys!


Wassalam.

Mabuk Punya Pasal.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni kejadian dalam bulan November 2012 yang lepas. Bukan aku yang mabuk, tapi driver kereta lain yang mabuk.

Masa tu aku satu family nak pergi ke rumah mak aku. Kitorang dari Shah Alam. Dalam perjalanan hujan, tapi tak berapa lebat.

Sampai kat satu traffic light aku pun slow dan berentikan kereta sebab lampu isyarat merah. Tiba tiba kereta aku bergegar, macam "melompat" ke depan (alaa.. rasa macam kalau korang stop kereta, tapi dalam gear lagi, lepas tu lepas clutch.. so kereta melompat la sikit).

Aku terkejut gak la, terus cek gear.. Aik, memang dah free. Padahal dari tadi aku tekan brake.

Lepas beberapa saat, baru aku perasan, yang "gegeran" atau "hentakan" tu macam rasa kereta kena langgar dari belakang (dah ada pengalaman 2 kali sebelum ni, tapi lama dulu laaa). Then wife aku pun cakap yang kereta belakang dah hentam.

Aku keluar kereta, then aku nampak sebuah kereta Wira, memang rapat dengan bumper belakang kereta aku.

Tiba tiba ada drive kereta Kancil (belakang Wira tu) menjerit kat aku, "Dia mabuk bang!"

Oooh, driver mabuk ke? Patut la. Driver Wira tu tak keluar pun dari kereta dia. Aku tengok kepala dia terhoyong hayang.. sah mabuk!

Aku tengok bumper aku, tak ada yang pecah, serpihan apa apa pun tak ada.

Aku keluarkan handphone aku, amik gambar bumper, gambar driver (dia tak bukak pun cermin tingkap kereta dia tu) dengan nombor plet Wira tu (selamba je aku buat macam tu kat tengah tengah jalan lak tu hahaha).

-Masa ni, driver Wira tu dah undurkan sikit kereta dia-
-Hmm.. plet pun tak cukup sifat-
-Ini la driver Wira tu-
Lepas tu aku masuk kereta, belah dari situ. Aku tengok dari cermin sisi, Wira tu stay lagi kat situ.

Sampai rumah mak aku, aku terus cek bumper tu lagi. Tak ada yang pecah, senget atau calar. Ekzos aku pun tak lari, bengkok atau bocor.

Syukur sebab semua dalam kereta time tu tak ada yang terjatuh atau tersentak, semua selamat. Tu la pasal aku akan bising kalau diorang tak pakai seat belt!

Yang penting sekali, si kecik aku tu, nasib baik mama dia pegang time tu.

Safe driving guys!


Wassalam.

05 November 2012

Paintball (31 Oktober 2012)

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Dah lama tak main paintball. Last main paintball bulan Mei 2012 lepas.

Kali ni (dan yang bulan Mei lepas) aku join kelas Team Building untuk student fakulti aku. Actually kelas tu wife aku yang handle, so aku join sekali sebagai player import.

Semua student yang join kali ni memang tak pernah main paintball. So ni first time diorang la. Ada 5 team. Buat game simple je. Tiap team main 4 kali, kira liga la. Menang dapat 3 mata, seri 1 mata, kalah 0 mata.

Seperti biasa, kitorang main kat Dusun Ali King, Gombak. (http://www.facebook.com/dusun.aliking.9).

Student rate RM65 sorang dan bukan student RM75 sorang (weekdays dan weekend) untuk 500 palet, marker, vest, facemask, pengadil, sewa padang (boleh main kat 3 padang) dan lunch set nasi ayam.







Kitorang naik bas dari Unisel dalam pukul 8.30 pagi. Semuanya ada 35 player (termasuk aku, dan player import lagi 2 orang). Sampai sana dalam 9.30 pagi. Sampai je kat sana, isi borang, then ada sesi taklimat pasal safety dan format game. Masing masing nampak teruja.






So, bila semua dah ready, dalam pukul 10 pagi game pun start. Aku masuk juga, tapi ni la first time aku masuk dalam field tu amik gambar. Risau gak kalau kamera aku kena tembak, tapi aku dok tepi tepi je.

Bagi student ni, bila first time main, memang nak jimat palet. Tembak pun takut takut. Bagi yang perempuan, maybe agak berat nak bawak marker tu. Tapi bila dah masuk 2nd game dan seterusnya, aku tengok diorang dah dapat sesuaikan diri dengan naik turun bukit tu, dengan facemask dan bawak marker tu.

5 team yang "bertarung" haritu..







Walaupun aku tak main lagi masa tu, aku tetap mengah gak pasal kena naik turun bukit tu pasal nak amik gambar. Aku join game pun pasal ganti tempat wife aku. Time aku lak hujan turun, tapi tak de la lebat.

Gambar gambar "pertarungan" hehehe..










Kat Dusun Ali King ni apa yang aku suka ialah tempatnya yang bersih dan selesa. Dan bagi aku, harga pun berpatutan. Ada tempat solat, ada kolam kecik (air bukit), tandas atau tempat mandi.






InsyaAllah kalau ada peluang dan masa, aku main paintball lagi kat sana. So, bagi yang berminat nak main paintball, bolehlah mencubanya di Dusun Ali King, Gombak.

Try link di bawah ni:

http://dusunaliking.multiply.com/?&show_interstitial=1&u=

http://www.facebook.com/dusun.aliking.9


Wassalam. 

16 October 2012

Kawasaki Z800.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Sepertimana tajuk kat atas, ianya berkenaan motor Kawasaki model baru, Z800. Banyak dah blog lain yang sebut atau buat liputan pasal Z800 ni.

Kawasaki Malaysia buat pelancaran model Z800 ni sekali dengan model Ninja 250 (2013) pada 11 Oktober 2012 (Khamis) lepas. Tapi kat Eropah dah launch awal lagi (takde la awal sangat pun). Pasal motor Ninja 250 2013 tu aku dah ada buat post sebelum ni.

Harga untuk Ninja 250 (2013) ni adalah RM20,589 (belum OTR). Kalau tak silap kalau cash OTR dalam linkungan RM23k. Manakala Z800 ni harga jualan adalah RM47,989 (belum OTR). Kalau harga cash OTR tak lebih RM51k.

Buat masa sekarang (masa buat entry ni), takde lagi kedai motor yang ada display unit. Ada yang kata kat sesetengah kedai dah ada display unitnya, tapi aku sendiri tak pasti.

Masa pelancaran (di Malaysia), dua warna dipamerkan iaitu hitam/hijau dan hitam/putih. Dan kalau ada yang bertanye, kenapa body motor Z800 ni nampak macam tak cukup cover atau firing, sebab motor ni adalah dari kategori naked bike. Actually Z800 ni adalah adik beradik Z750.


-Kawasaki Z800 hijau/hitam-
-Kawasaki Z800 putih/hitam-
-Kawasaki Z800 hitam-
Ok, kenapa harga boleh murah? Sebab, ianya CKD (complete knock down) unit. Maknanya, unit motor ni dipasang tempatan. Actually, "tempatan" disini bukan bermaksud di Malaysia, tapi di Asia Tenggara. Ya, Z800 ni dipasang di Thailand. Jadi bab bab cukai dapatlah dikurangkan. Berbanding dengan motor Z750 yang mana ianya adalah CBU (complete buildup unit) yang diimpot terus dari Jepun... mahal sebab kena pelbagai cukai.

Buat masa sekarang tempahan untuk motor Z800 ni dah dibuka. Dikhabarkan juga, pembeli akan mendapat motor Z800 yang ditempah seawal bulan Disember 2012/Januari 2013.

Kenapa aku tertarik dengan Z800 ni? Actually, sebelum ni aku memang ada perancangan untuk upgrade ke 600cc dan ke atas. Antara pilihan aku adalah ER6N, ER6F, XJ6 dan akhir sekali Z750.

Mula mula berkenan dengan ER6N, tapi memandangkan ianya motor "naked" dan dikhuatiri dada akan "sakit" kena angin sebab takde windshield, so aku beralih pada ER6F. Aku pun bukannya nak bawak jauh jauh, setakat bawak pergi kerja,balik kerja je.

Kemudian aku terfikir pasal bunyi motor plak. Kalau bunyi 4 in-line (4 stroke, 4 piston) sure la lagi sedap dari 2 in-line (4 stroke, 2 piston). So aku mula tengok tengok XJ6 dan Z750. Tapi harga Z750 agak mahal bagi aku. So aku amik keputusan untuk ambil ER6F.

Tapi bila berita pasal Z800 ni nak keluar, aku lagi teruja. So, tunggu la berita pasal pelancarannya dan harganya. Bila dah tau harga, insyaAllah aku mampu memilikinya (kalau ada rezeki la ye).


-Bahagian depan (dah macam muka Megatron lak aku tengok)-
-Lamp belakang LED dengan 2 huruf Z (korang perasan tak?)-
-Meter digital Z800-
-Under cowl (cover bahagian bawah enjin)-
-Inverted fork (fork terbalik)-
-Rupa enjin Z800 ni-
-Dah macam extractor kereta pulak aku tengok hehehe-
-Pandangan atas Z800 (nampak "padat", kan?)-

Sedikit gambar Z800 ni..







Nak tau review pasal Z800 ni, tak dapat aku nak bagi sebab aku sendiri pun tak naik lagi dan tak ada kat jalanraya Malaysia ni (lagi). So, tunggu orang lain review or aku sendiri yang buat review nanti (kalau ada rezeki aku la).

So,kalau orang tanya kenapa aku minat dengan Z800 ni (sedangkan ianya kategori naked), aku akan jawab, sebab ianya 4 in-line dan harganya berpatutuan (bagi aku).

Aku patut berterima kasih pada geng geng forum Ninja 250r Malaysia sebab sebarkan berita megenai Z800 ni. Kalau tak, langsung aku tak tau pun. Bila berita pasal pelancarannya dan tersebar, aku call kedai motor yang aku selalu pergi. Aku call dan tanya diorang pasal Z800 ni. Diorang tau pasal model ni, tapi tak sure. So, diorang kata akan call Kawasaki dan akan call aku semula.

Then diorang call aku dan bagitau yang Kawasaki pun tak tau pasal "berita" Z800 ni. Actually, Kawasaki Malaysia nak buat surprise la kononya.

Bila dah launch (11 Oktober), esoknya, orang kedai yang aku call tu telefon aku (awal gak la, dalam kol 10 pagi). Dia kata Z800 dah launch (padahal aku dah tau) dan boleh book sekarang. Dia kata kalau confirm nak, dia boleh bookkan dulu. Abis abis pun letak RM1000 dulu. Aku kata tunggu dulu, takut loan aku tak lepas hehehe.

Tapi, a few things yang kita perlu ingat sebelum upgrade ni. Antaranya, kos servis, roadtax, insurans dan eksesori tambahan. Plug ada 4 untuk motor in-line 4 ni, minyak enjin maybe lebih (sikit) dari motor in-line 2, oil filter lagi. So, fikir fikirkan semasak masaknya sebelum upgrade ni.

So, next step, bayar habis black stallion aku tu, then jual or trade in untuk Z800 ni nanti.



-Gambar black stallion aku yang terkini (ada sesiapa nak beli? kehkehkeh)- 

Maklumat lanjut mengenai Z800 ni, boleh klik sini: http://www.kawasaki.eu/Z800


Wasalam.