Seperti yang tertera di tajuk atas, aku dah ada black stallion. Black stallion yang aku maksudkan ialah sebuah motor Kawasaki Ninja 250R yang aku baru beli. Masa aku taip entry ni, motor tu dah sebulan lebih dengan aku.
Harga dalam RM20k lebih (termasuk insuran dan cukai jalan). Aku beli kat Chear Motor (Bukit Kuda, Klang).
Actually, aku cadang nak amik Ninja 250R (special edition). Warna hijau dengan ekzos Arrow. Tapi ada masalah sikit masa urusan nak beli tu, so aku pun pilih yang biasa punya je.
Aku dah buat "homework" sebelum beli motor Ninja ni. Aku cari review dia, cari kedai kedai yang jual motor ni (untuk bandingkan harga dan free gift yang kedai bagi), bandingkan dengan motor motor lain dipasaran, dan lain lain lagi lah.
So, kesimpulan yang dapat aku buat, Ninja 250R ni sesuai untuk naik pergi kerja, untuk konvoi, untuk santai dan untuk beli rokok Pall Mall hijau. Tak sesuai untuk redah padang pasir (lain la kalau Kawasaki Versys -- insyaAllah akan di upgrade ke Versys hehehe).
So, aku gi Chear Motor, tanya tanya sikit lagi pasal motor, free gift, deposit, bulanan.. pastu atas persetujuan mem besar (wife aku), aku pun book la satu.
Lepas selesai deposit, aku pun tunggu la untuk motor aku tu di daftarkan di JPJ. 1 Disember 2011 aku dapat call, kata motor aku dah siap dan boleh diambil dari kedai. Aku kata esok aku nak gi amik.
So, aku call anak sedara aku (dia pakai Blade 650), ajak dia amik motor esoknya.
Jumaat, 2 Disember 2011, kol 11.30am, aku dah ada kat Chear Motor. Cek cek sikit, test ride kejap, pastu kitorang pun balik.
Seram gak sebab dah lama aku tak naik motor kat jalan besar. Bawak motor ada clutch lak tu. Tapi alah bisa tegal biasa, dah puas merempit ngan RXZ dulu, skill bawak motor clutch tu masih ada lagi hehehehe. Syukur aku selamat sampai rumah. Anak anak aku suka la. Petang tu lepas solat Jumaat, semua aku bawak naik motor tu (kecuali mem aku la, dia jaga baby time tu).
Ni gambar masa motor baru sampai rumah:
Ni gambar anak anak aku bergaya dengan black stallion aku:
Seperti biasa, motor keluar kilang mana best, kan? So beberapa minor changes aku buat pada black stallion aku tu. Buang ekor belakang, tukar lampu belakang, pasang frame slider, pasang radiator cover, buang stiker, tampal stiker sikit, pasang rear hugger (fender belakang), pasang rim lining, pasang bobbin (untuk paddock stand), tampal tank pad dan tukar ekzos.
Barang barang lain yang aku beli helmet fullface (SOL dengan Beon), riding jacket Alpinestars, gloves Alpinestars, knee protector (AXO dan Fox) -- semua beli dua set (untuk aku dengan mem la). Pastu aku beli riding boot Alpinestars. Beli gak backpack dan pouch bag Alpinestars.
Baru je buat 1st service Sabtu lepas. So sekarang motor dah abis pantang, leh la test bawak lelaju nanti hehehe.
Selamat tahun baru 2012!
Wassalam.