3 minggu lepas punya cerita ni. Aku gi kerja naik motor, wife aku bawak kereta sebab dia keluar awal. Seperti biasa aku ikut la laluan yang aku selalu guna. Hari cerah, takde pun tanda tanda nak hujan, tu yang aku nak naik motor gi kerja.
Sampai laluan pintas yang aku (selalu jugak) guna, aku speed macam biasa. Jalan 2 hala je, melalui ladang kelapa sawit. Beberapa minit kat jalan tu, aku nampak ada kumpulan lembu dewasa tengah makan rumput kat kiri kanan jalan. As usual, aku pun reduce speed. Manalah tau kot kot lembu lembu tu nak lintas jalan lak. Laju laju kang tak sempat brek pulak.
Bila dah lepas kumpulan lembu tu, aku pun speed la macam biasa. Rasanya time tu baru sampai 100kmj aku pulas, tiba tiba dari semak semak belah kanan jalan, aku nampak ada objek meluru laju je ke jalan. Aku lepas minyak serta merta. A few seconds lepas tu aku nampak ada anak lembu tengah berlari nak lintas jalan. Hampeh! Aku ingatkan anjing, boleh la digagahkan lagi kalau nak langgar, ini anak lembu.. laju lak tu.
Aku sempat hon, tekan brek depan belakang, pastu terus pikir macamana la nak jatuh motor nanti huhuhuhu.
Duum! Anak lembu tu sondol bahagian kanan motor aku. Time tu aku sempat angkat kaki kanan aku dan syukur anak lembu tu tak sondol tayar depan aku. Bergegar gak la motor aku time tu, melencong ke kiri sikit tapi aku tak jatuh.
Motor terus bergerak. aku tengok kat side mirror, aku nampak anak lembu tu terbaring kat tengah jalan. Takkan mati kot. Aku pun stop motor sebab nak tengok apa yang rosak. Bila aku toleh belakang, anak lembu tu dah takde.
Time turun motor aku risau gak kalau firing atau mud guard pecah. Syukur takde apa apa yang pecah. Tengok tayar belakang, ada serpihan najis anak lembu tu.. hampeh! Patut la ada bau semacam. Pastu aku nampak ada cecair hijau cerah kat rim depan. Aik, takkan najis lembu tu ada 2 warna?
Bila aku cek lagi rupa rupanya tank coolant motor aku dah pecah. Abis semua coolant keluar. Cek radiator, ok, takde apa apa.
Lepas tu aku bawak slow. Dalam hati dok pikir nak terus gi opis atau gi kedai motor. Aku tak nak amik risiko, so terus tuju kedai motor. Nasib baik ada kedai motor sbk kat area berdekatan.
-Aku bulatkan 2 tempat je. Actually ada 3 tempat yang rosak/pecah- |
Lepas tu call wife aku mintak dia jemput aku kat kedai tu.
Hari Jumaat motor dah siap, gi kedai, terus amik si black rhino aku tu. Balik bawak slow je.. fobia kejap pasal anak lembu hampeh tu.
Safe ride!
Wassalam.