FMOG sekali lagi buat ride. Kali ni ride terakhir bagi tahun 2013. Kawasan perkelahan atau peranginan Gunung Ledang, Johor telah menjadi pilihan rakan rakan FMOG.
Jadi, 8 Disember 2013, hari Ahad menjadi harinya untuk kitorang ride ke sana. Aku dari rumah, jumpa member kat Petronas Setia Alam. Aku sampai dalam pukul 7.15 pagi. Sampai je kat sana dah ada 2 motor yang sampai. Aku yang ketiga. Kemudian ada sebiji lagi motor sampai. Lepas tu si Boy (salah sorang member yang dah ada tu) bagitau nak tunggu sorang lagi sampai. Rupanya tak sampai sampai pun hehehe. So dari situ ada 4 motor, 6 orang sebab 2 motor lagi bawak pillion.
Destinasi perjumpaan adalah di Shell selepas tol Sungai Besi. Aku ingat si Boy tau jalan, rupanye dia pun tak sure. So, lepas dah pusing pusing kejap cari jalan ke tol Sungai Besi tak jumpa, kitorang pun teruslah ke meeting point yang ke dua iaitu di R&R Seremban, hiway Plus.
Sampai sana ada 3 motor lagi. So tunggu kejap sebab kumpulan dari Sungai Besi akan stop kat situ kejap. Bila diorang dah sampai, kitorang pun geraklah menuju ke destinasi pertama ride ni iaitu ke Tangkak untuk sarapan.
-Ni aku print screen dari video ride yang dihasilkan oleh salah sorang member FMOG- |
Sampai Tangkak, dah ada geng yang tunggu. So kitorang pun sarapan di warung yang menyediakan "roti canai terbang". Hahaha actually roti canai biasa, tapi orang yang buat roti canai tu boleh "baling baling" dan "terbang terbangkan" roti canai yang dia buat tu. Tapi aku makan nasi lemak je, sebab petang nanti baru jumpa makanan yang agak heavy (mee bandung Muar).
-Sesi mengambil sarapan- |
-Ini la orang yang buat "roti canai terbang" tu- |
-Sesi bergambar depan warung Roti Canai Terbang- |
Lepas sarapan, kitorang pun geraklah ke destinasi pilihan. On the way kena lalu pekan. Masa kat satu simpang lampu isyarat tu, ada la pulak polis buat road-block, betul betul depan IPD. Dalam hati ingat takde la kena tahan sebab kitorang ramai, rupa rupanya, kena gak tahan. Terus semua masuk kawasan IPD tu. Actually tak ada apa apa, polis cuma cek IC dengan lesen je. Lepas tu ada gak yang diorang cek saman hahaha.
Lepas dari IPD tu terus ke destinasi. Sampai sana dekat pukul 1 petang. Bayaran masuk RM1 untuk motor atau kereta (untuk parking actually) dan RM1 untuk orang (tiket la tu). Mula mula tak boleh masuk dalam kawasan. Lepas tu tak tau sapa buat rundingan dengan pakcik guard tu, kitorang boleh parking dalam. Lagi selamat nak parking.
Lepas dah amik gambar sikit, masa untuk lepak lepak, rehat dan solat. Ada gak yang mandi, tapi aku malas nak mandi. Cukup la basuh muka dengan air wudhu kehkehkeh.
-Susun motor elok elok ye- |
-Kawasan mandi manda- |
-Gerai jualan cenderahati- |
Dekat pukl 3.30 petang, kitorang gerak ke bandar Muar untuk pekena mee bandung muar. Sampai Muar memang jem. Tetiba aku teringat masa ride ke Penang haritu, memang banyak kereta.
Sampai tempat makan, kitorang pekena mee bandung. Penuh gak la gerai tu dengan kitorang. Lepas makan, sesi santai kejap, lepas tu briefing untuk ride balik.
-Dah sampai di Muar- |
-Black Rhino aku- |
-Gerai Mee Bandung Abang Sayang- |
-Geng geng FMOG- |
Last pit stop adalah di R&R Seremban (hala KL). Dah nak sampai exit Seremban, jalan dah mula jem. Mula mula jem pasal ada eksiden (laluan bertentangan), lepas tu jem pasal orang nak exit Seremban, pastu jem pasa orang nak exit ke Nilai, last sekali jem pasal orang nak masuk R&R Seremban. Nasib baik kitorang naik motor, boleh la mencelah celah. Berhenti di Shell, solat, minum air, hisap rokok, bersalam salaman dan bersurai.
Aku balik ikut Denkil, lepas tu masuk hiway Plus tuju ke Setia Alam. Alhamdulillah semua selamat sampai, hari redup dan tak hujan. Geng geng dari Penang (utara) pun dah selamat sampai. Total motor 49, total milage 450+km.
Safe ride!
Wassalam.