Kelab Multimedia FSKTM menganjurkan lawatan ke RTM pada 17 April 2014 yang lalu. Kenapa ke RTM? Sebab layanan yang bagus (dulu aku dah pernah pergi) dan memang dibawa melawat ke studio studio TV serta ke stesen stesen radio dibawah RTM.
Dari UNISEL pukul 9 pagi. Ramai student yang join, dan bas boleh dikatakan penuh termasuk 2 pensyarah pengiring (aku la tu).
-"All aboard!!!"- |
-Abang driver sedang memberi taklimat- |
-Menunggu di lobi RTM- |
-Salah seorang pegawai RTM memberikan penerangan- |
-Di Studio 1: set program Feminin- |
-Green studio untuk green screen/chroma key effect- |
-Saje je berangan jadi pengacara hehehe- |
Dari studio kitorang dibawak melawat Auditorium Perdana Angkasapuri. Selama ni aku tengok je dalam TV, kali ni dapat tengok secara live (masa datang dengan lawatan dulu, auditorium tu tengah renovate, so tak dapat masuk).
Time tu, auditorium tu tengah dikemas kemas untuk sesi rakaman pada belah malam. Tapi dapat la tengok diorang test test lampu stage tu.
-Test lampu pentas di auditorium utama- |
Kemudian pergi pula ke stesen radio. Semua studio tu terletak sebaris (dalam bangunan). So nampak la Klasik FM, Muzik FM dan lain lain lagi.
Lawatan diakhiri dengan melawat mini muzium yang ada disitu. Pelbagai peralatan awal dan lama bidang penerbitan radio dan TV dipamerkan. Menarik gak bila tengok peralatan yang besar gedabak hehehe.
-Kamera lama yang dipamerkan- |
-Kenal tak artis artis ni (selain A.R Badul)?- |
Lawatan berakhir dalam 12.30 tghari. Lepas tu kitorang balik dan singgah di R&R Elmina untuk lunch. Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik.
Terima kasih RTM!
Wassalam.