20 December 2014

Gatal Tangan (Part 4).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Hehehe.. gatal tangan datang lagi. Kali ni aku buat projek rim lining (pasang sendiri). Rim lining? Bukan ke black rhino tu dah ada rim lining warna merah yang pasang kat kedai haritu? Memang dah ada, tapi sebab ada sikit "kecacatan" pada stiker rim tu, sebab tu la aku try pasang rim lining sendiri. Tak sempat pulak aku nak amik gambar stiker rim tu, aku amik time dah pasang kat rim je.


-Rim lining yang senget semasa pemasangan menyebabkan rim nampak seperti bengkok (dalam bulatan)-

Rim lining tu aku beli kat kedai DIY. Dah lama aku nampak rim lining tu kat DIY, macam nak beli time tu tapi tak jadi sebab gambar kat packaging rim lining tu gambar kereta je, takde pun tulis untuk motor. Tapi haritu aku gamble je beli. Kalau boleh, boleh la.. kalau tak, jadi perhiasan je la (tak pun aku bagi anak anak aku je hehehe).

Kat packaging rim lining tu tulis untuk rim 17-20inci.. pastu gambar kereta je pulak tu. Aku beli je sebab harganya RM5.90 (yang rim lining pasang kat kedai tu RM35 siap pasang oooo!).

Rim lining tu ada 16 keping potongan (bayangkan satu bulatan, so satu bulatan tu dibahagi 4). So satu side rim kena tampal 4 keping la.

Mula mula motor tu di paddock stand kan. Aku buat slow slow. Maklum la, kalau salah pasang, malas aku nak beli lagi. Lupa lak.. aku beli yang ada corak corak (macam boom stiker bak kata wife aku). Lepas dah siap satu side rim, yang lain lain rasa senang dan cepat je aku pasang.







-Ada sape sape nak tukar suka sama suka dengan Versys 650 dia tak? hehehe-

Bila dah siap, black rhino aku tu nampak "ceria" sikit hehehe. Sebab rim dah macam "berbunga bunga" kehkehkeh.



Wassalam.

12 December 2014

2 Wheels Festival.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

2 Wheels Festival telah diadakan di Space U8 Shah Alam pada 5 hingga 7 Disember 2014 (Jumaat hingga Ahad) lepas. Festival ni macam expo pasal motor la. Ada pameran/jualan motor motor besar dan eksesori motor seperti helmet, jaket, t-shirt, gloves dan lain lain lagi. Ada jugak aktiviti seperti paintball, cabutan bertuah, kugiran dan macam macam lagi.

Aku pergi hari Ahad je. Tu pun saja saja bawak family aku round. Takde beli apa apa pun, just jalan jalan cuci mata je. Tapi dapat la majalah free dari Road Star, stiker Koyoko free dan stiker i-Moto.com.my.

So ni gambar gambar yang sempat aku amik masa 2 Wheels Festival tempohari.












-Gambar ni aku jumpa kat website i-moto.com.my. Kebetulan pulak ada gambar kitorang hehehe-


Wassalam.