19 April 2015

Final Year Project Exhibition (14-15 April 2015).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Pada 14-15 April 2015 (Selasa-Rabu), telah diadakan pameran (dan pembentangan) projek pelajar pelajar. Event ni campur student yang buat projek 1 dan projek 2. Kali ni diadakan di Dewan Canselor, UNISEL. Sebelum ni buat kat fakulti je.

Hari Selasa student dah setup segala bagai. Dan hari Selasa tu juga masa untuk penilai/pensyarah buat penilaian terhadap projek diorang. Hari Rabu barulah ada event untuk orang ramai.

Ni antara gambar yang sempat aku rakamkan dengan camera phone aku. Tak banyak sebab bertugas time tu.

-Antara pelajar pelajar sekolah yang hadir. Ramai gak sebab ada sekolah yang hantar 3 bas-

-VIP tengah berucap. Yang pakai blazer kat row belakang ni adalah pelajar pelajar yang terlibaat dengan pembentangan/pameran- 

-Yang ni bahagian untuk pelajar perempuan yang datang-

-Booth pasal make-up motor. Kenal tak motor kat sebelah tu? Hehehehe-

-Pelajar memberi penerangan pasal projek yang dihasilkan-

-Pelajar yang melawat sedang menjawab soalan berdasarkan video yang ditonton-

-Suasana dewan-

-Sesi soal jawab (kalau tak silap aku kehkehkeh)-

Wassalam.

04 April 2015

Klana Beach Resort Port Dickson.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. kira 2-dalam-1 satu la bila pergi kursus luar daripada opis. Satu dapat gi kursus dan satu lagi dapat "rehat" dan berjalan ke tempat orang.

27-29 Mac 2015 (Jumaat-Ahad) opis buat kursus di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kalau dari rumah aku dalam 1 jam 45 minit la kalau tak de jem atau takde stop stop gi toilet ke, apa ke. Dan jarak lebih kurang 140km (sehala).

Resort ni memang bersih, nyaman dan memang sesuai kalau memang nak berehat. Bilik pun ok (ala ala Seri Malaysia). Kalau dari Teluk Kemang, terus sikit lepas tu masuk simpang kanan. Memang ada pantai, tapi memang tak nak mandi sebab diorang tambak dengan batu batu. Kalau nak mandi laut gak, boleh la berjalan menyusuri denai/laluan dalam 300-400 meter untuk ke pantai atau kawasan yang ramai orang mandi manda.

Yang menariknya kat resort ni ada balai cerap yang digunakan secara rasmi untuk melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal. Kalau nak naik masa tu petugas kat situ kata RM10 sekali naik. Tapi disebabkan kitorang datang berkursus, so bayaran tu dan di kira sekali. Tapi malangnya, malam pertama kitorang habis event lewat dan malam kedua nak hujan. So kalau naik pun memang tak nampak apa apa la.

Makanan pun sedap. Aku bagi 4/5 bintang sebab time kitorang kat sana, banyak pulak lalat. Baik time kat dewan kursus mahupun di cafe time makan. Kat bilik je takde lalat. Tapi tak pasti samada lalat tu ada sebab memang musim lalat atau pun sepanjang masa ada lalat.


-Klana Beach Resort,Port Dickson, Negeri Sembilan-

-Kawasan check-in & check-out (lobi)-

-Aku dapat bilik yang dua katil. Bilik mandi shower. Keperluan asas cukup untuk dalam bilik ni + ada terjemahan Al-Quran lagi.. Terbaik!-

-Kolam mandi yang dibahagi kepada kolam lelaki dan wanita-

-Pandangan balai cerap dari resort/hotel-

-Bangunan balai cerap: ada bilik seminar, ruang pameran dan tempat santai (kat belakang)-

-Ruang santai/lepak kat belakang balai cerap-

-Ruang pameran di balai cerap-

-Sebahagian dari bahan pameran-

-Pameran mengenai astronomi-

-Bilik/dewan mesyuarat- 

Room rate aku tak sure berapa. Rasa rasanya dalam RM170++ la kot.
Wassalam.