24 September 2015

Info Tayar.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Jom cerita sikit pasal tayar. Aku kongsikan info pasal tayar yang aku dapat dari majalah WTR. Ni diorang cerita pasal jenis jenis tayar dan kegunaannya. So bila dah sampai masa nak tukar tayar, senang la kita nak cari tayar jenis apa.

Ni aku tak cerita pasal brand ya sebab aku sendiri pun tak banyak brand tayar yang aku gunakan. Setakat ni aku pernah guna tayar jenis IRC (tayar standard untuk Ninja 250r aku yang dulu tu), tayar Dunlop (tayar standard ER6F aku tu), tayar Michelin, Bridgestone & Metzeler.

Jenis jenis tayar:

1. Tayar Touring
Terdiri dari satu jenis sabatian, mostly digunakan untuk cruiser atau easy rider. Sebatian (compound) keras untuk tahan lama sebab motor touring selalunya travel untuk jarak yang jauh dan bukan untuk layan selekoh.


-Tayar touring (sumber imej: internet/Google search)-

2. Tayar Sport Touring
Tayar khusus yang menggabungkan ketahanan dan prestasi. Tayar sport touring moden mempunyai sekurang kurangnya dua sebatian; dengan sebatian keras di tengah dan sebatian lembut pada bahagian sisi tayar. Sebatian keras untuk ketahanan bila high speed di jalan lurus, manakala sebatian lembut pada sisi digunakan semasa mengambil selekoh.


-Tayar sport touring (sumber imej: internet/Google search)-

3. Tayar Supersport
Sesuai untuk jentera berprestasi tinggi (memang untuk superbike la). Haus dengan cepat tetapi mempunyai tahap pengendalian yang cekap. Mempunyai tiga sebatian; keras ditengah (kurang keras sedikit berbanding sebatian tengah tayar sport touring), lembut di lapisan kedua dan paling lembut di bahagian sisi. Yang paling lembut untuk cengkaman paling efisyen apabila melayan selekoh (superbike kan selalu condong bila layan lap).


-Tayar touring. Kalau tayar MotoGP langsung tak ada "bunga", licin terus (sumber imej: internet/Google search)-

4. Tayar Offroad
Juga dikenali sebagai "tayar bonjol", sesuai untuk meredah permukaan jalan yang lasak seperti berlumpur, berpasir, tanah merah dan lain lain. Kalau tiada "bonjolan" tu, sah sah motor akan tergelincir.


-Tayar offroad (sumber imej: internet/Google search)-

Sumber asal: WTR, Vol 4, Issue 37, 2014 (pp.66-70).

Info tambahan:


-Tayar touring (sumber imej: internet/Google search)-

Untuk black rhino aku tu, aku pilih jenis sport touring. Sekarang guna Metzeler Roadtec Z8 (belakang) dan Bridgestone BT023 (depan). Dua dua sedap, yakin untuk aku ambil selekoh (walaupun motor takde la "condong" mana pun hehehe).

Safe ride!


Wassalam.

07 September 2015

Mengerjakan Si Black Rhino.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Ni last la kot aku godek godek black rhino aku tu. Bukannya apa.. asalnya bahagian merah fairing tu macam "cair".. Aku pun tak tau kenapa.. Takkan pasal panas enjin time ride (ye la kot). Dah kikis & spray balik pun jadi lagi ("mencair") time ride perlahan atau laju.

So aku spray dengan spray hi-temp Samurai. Mula mula macam hampeh sebab kat bahagian lekuk tu di "crack" pulak. Lepas tu aku spray flat black Samurai. Dah kering aku lapiskan dengan spray hi-temp. Alhamdulillah kali ni lekat/menjadi.

Pastu aku gatal tangan lagi spray bahagian cover "kepala" black rhino aku tu. Pastu bahagian bawah fairing (asal nk letak stiker, tapi nampak tak kemas pulak). Then tampal stiker sini sana sikit.. dah siap. Konon konon ikut skema warna Aprilia RSV4 la (hitam merah) kehkehkeh.

Ini la hasilnya..







Safe ride!


Wassalam.