18 December 2016

Final Year Project 2 (semester Aug 2016).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

8 Disember 2016 lepas ada presentation projek tahun akhir 2 (FYP2), untuk student diploma dan degree fakulti aku. FYP2 ni student present projek diorang sekali dengan produk. Kalau FYP1, biasanya akan present proposal atau idea pasal projek yang diorang nak buat.

Antara produk atau projek yang student present ialah pasal augmented reality (AR), virtual reality (VR), animation, game dan video. Ni semua budak budak multimedia punye projek la.



-Hologram pasal Ducati Hyperstrada guna Kinect- 
-Baru nak tampal poster-



-Try baju sebelum beli guna Kinect-

-Game untuk kanak kanak-

-Sungguh sungguh abang ni present hahaha-

-Projek guna Leap Motion-


-Projek pasal Augmented Reality-








-Dekan FCVAC, Prof. Dr. Azmuddin-



Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah dilakukan oleh dekan Prof. Dr. Azmuddin.


Wassalam.

14 December 2016

Ride ke Utara (10-12 Disember 2016).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

V3 Bikers buat ride last untuk tahun 2016. Ride dari 10 Disember (Sabtu) dan balik pada 12 Disember (Isnin). Alhamdulillah Selasa cuti umum (untuk Selangor je), so dapat la rehat sehari. Plan dari bulan Sept/Okt rasanya. Untuk ride kali ni V3 target ke Kedah dan Perlis. Dan kali ni juga kitorang rancang untuk singgah ke salah satu rumah jagaan anak anak yatim dan miskin di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Alhamdulillah, hajat kitorang tercapai dengan memberi sumbangan yang tak seberapa ke rumah anak yatim tu.

Perjalanan makan masa sikit sebab ada accident kat Terowong Menora tu. So semua traffic divert ikut jalan lama. Jalan lama pun jem. Pastu masuk balik hiway dari Kuala Kangsar dan kitorang teruskan perjalanan.

So, untuk kali ni aku malas nak taip banyak banyak.. aku just masukkan gambar dan taip sikit caption kat gambar gambar tu.

-R&R Simpang Pulai. Patutnya RV kat R&R Rawang, tapi sebab aku lewat 15 minit, so jumpa diorg kat sini. Then dapat news kata ada accident kat Terowong Menora & traffic divert ikut jalan lama. Next check point kat R&R Gunung Semanggol-

-Sampai R&R Gunung Semanggol untuk makan. Then hujan lebat. Terkandas dalam 2 jam jugak la. Then dekat kol 4 ptg kalau tak silap aku, hujandan renyai, so kitorang gerak semula. Sebelum tu dah call rumah anak anak yatim tu. So ada wakil tunggu kat Masjid Jawi nanti-

-Sebab kena divert ikut jalan lama, timing pun dah lari sikit. Jalan lama pun jem. Pastu kitorang masuk hiway kat Kuala Kangsar. Sebelum masuk tol, rehat jap. 

-Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah anak anak yatimtu dalam kol 5 lebih rasanya. Time tu ada 5 orang je pelajarnya. Yang lain ada function kat tempat lain-

-Syukur, sumbangan dapat diberikan. Tak ada upacara rasmi,sebab V3 ni terjah je hahaha-




-Plan seterusnya nak ke Pantai Merdeka. Tapi disebabkan aku terlepas simpang, so aku terus ke Alor Setar untuk cek in kat Hotel Rainbow. Lain lain terus ke Pantai Merdeka. Ada la gak tanye orang untuk tuju ke hotel ni. Sampai je, tengah nak parking kat tepi jalan, pekerja hotel tu suruh aku parking kat kaki lima sebelah hotel tu. OK la tuu. (aku sampai malam, gambar atas ni saje je aku letak time siang)-



-Check in kat depan, hotel kat bangunan belakang. Tu yang kaler merah tu-

-2nd day lepas sarapan terus gerakke Padang Besar-







-Menurut wife aku, kedai kedai kat luar ni lagi murah dari kedai kat dalam arked tu. Dia sempat gi yang kat area dalam gambar ni je. Ada lagi kat atas bukit nun, tapi kitorang dah tak larat nak jalan dah-

-Next stop ialah ke Tama Ular. Masuk RM5 (dewasa). Budak aku tak sure. Aku & wife tak masuk. Tandas & surau awam ada kat seberang jalan-


- Dari Taman Ular terus ke Kuala Perlis untuk alas perut. Singgah kat sini. Memang sedap!-










-Dari Kuala Perlis terus ke Jitra, rumah Megat. Kat sana rehat & solat. Ni sawah depan rumah dia. Tak dapat amik gambar sangat sebab dah nak Maghrib- 
-Malam singgah Alor Setar kejap. Lepas area menara. Sempat la beli coconut shake & burger hahaha-


-Last day. Check out kol 11am. Next target ialah ke rumah Shah-

-Sementara tunggu yang lain sampai, sempat la jugak berborak dengan Bangla ni-

-Singgah rumah Shah. Lepas tu akan ke Kuala Kedah untuk lunch-

-Makan di kedai Kak Yang Gulai Ikan Termenung. Punya la ramai orang, sampai kena beratur untuk tunggu tempat duduk. Tapi makanan memang puas hati la bagi aku-




-Pakcik ni minat motor besar. Dia kata nak pegang boleh tak? Aku kata boleh je. Terus amik gambar sekali dengan dia (photo credit: Megat)- 






-Lepas makan, terus shoot balik. Ya Allah! Jalan jem. Lenguh kaki tangan bonto bagai.Make a few pit stop untuk caj badan hehehe-

-Petronas LATAR, last pit stop bagi aku. Sampai rumah dalam 10pm lebih. Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing masing-


Total millage: 1248km.
Makan: RM60+/-.
Minyak: RM100.
Shopping: RM230.
Hotel: RM120 (3h 2m).

---
Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah
No. 3390, Bagan Buaya, Changkat, 14300 Nibong Tebal, SPS, Pulau Pinang.

Pusat Jagaan Permata Kasih (Rumah Permata Kasih)
No. 2, Lorong Pauh Jaya 2/3, Tmn Pauh Jaya, 13700 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Contact:
En. Nasaie: 018-9454048 | En. Fakhruddin: 011-19420042 | En. Fairuzzubadi: 013-4021778


Safe ride!


Wassalam.