25 May 2017

Final Year Project 2 (semester Jan 2017).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Final Year Project (FYP) bagi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, UNISEL telah diadakan pada 11 Mei 2017 yang lalu. Pembentangan projek akhir dari pelajar pelajar fakulti ini telah diadakan di Dewan Canselor, UNISEL.

Err.. korang tengok lah gambar gambar kat bawah ni hahaha



-Student aku lepas setup pameran mini fotografi diorg kat lobi dewan- 



-"VIP" nak masuk-

-Persembahan pembukaan-


-Antara pelajar yang terlibat-















-Dr. Fahmi (kiri) sebagai panel penilai jemputan-

-Dok try virtual reality-









-Saje je hehehe-




Wassalam.

24 May 2017

Persona Ku Merajuk (Part 4).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Hehehe merajuk sokmo Persona aku tu. Tapi dah memang masanya nak kena tukar barang kat Persona aku tu. Tapi mencabar gak la sebab Persona & badak hitam aku tu merajuk serentak hahaha.

Nak dijadikan cerita, Ahad lepas (16 April) wife aku guna kereta. Kebetulan singgah Pizza Hut nak tapau pizza. Syukur park kereta kat tempatnya. Bila nak balik dah tak boleh start langsung Persona tu. Ada crank tapi tak boleh hidup.

Kebetulan aku ada kat rumah, dia call. So aku, pak mertua aku & biras aku (adik ipar wife aku) pergi la ke sana. Sampai sana, biras aku tu call kawan makenik dia.. so lepas analisa melalui telefon, keputusannya adalah fuel pump dah kong. Macamana nak tau? Satu: start kereta macam nak hidup tapi tak mo hidup (dapat rasa macam petrol takde). Kedua: time on kunvi, takde bunyi "teeeeet" atau "bzzzzzz". Kalau ada bunyi, maknanya petrol sampai la ke enjin.

So, pak mertua aku call anak buah dia (dua pupu wife aku) untu bawak tow truck. Sampai,terus tow Persona aku tu awak ke bengkel dia.


-Syukur sebab stranded depan kedai & memang kat tempat park kereta-

-Cuba menghubungi seseorang yang ada tow truck hehehe-

-Yeay! Tow truck dah sampai-



Alhamdulliah, memang Allah nak permudahkan urusan kitorang, Isnin (17 April) semua siap repair. Memang fuel pump rosak. So, total cost untuk towing + fuel pump + fuel filter + upah = RM295.00.

Safe drive!


Wassalam.