14 February 2018

Solo Ride Johor (3-4 Feb 2018).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Alhamdulillah... tercapai gak hasrat aku nak ride solo (wife ada sekali laaa...). Maksud ride solo aku ialah ride satu motor je, takde member lain follow.

Alkisah, aku ke sana sebab anak buah aku kawin. Haritu dah buat kat rumah pompuan, ni kira bertandang ke rumah pengantin lelaki la pulak. Mak, ayah, kakak dan abang aku dah gerak ke Johor hari Jumaat (2 Feb). Diorang duduk homestay kat Bandar Mas tu. Aku & wife book hotel je kat Kota Tinggi tu. Nama hotel tu Kota Heritage Hotel.

So ni antara gambar gambar pasal ride solo aku tu..


-Badak hitam aku dah ready untuk beraksi-

-Check dulu apa yang patut sebelum ride-

-Si kenit aku nak berposing dengan ayahnya-

-All good to go-

-Dari rumah terus ke Restoran Jejantas Air Keroh Melaka. Isi minyak kat sini. Tapi sebelum tu aku dah isi minyak penuh kat Kapar. Kat sini rehat jap-

-Terpaksa stop kat sini kejap sebab tetiba rasa macam ada semut kat muka aku. Ni kat R&R Yong Peng. Makan karipap dan minum Red Bull. Perjalanan agak slow sebab angin kuat dari tepi, bukan dari depan. Traffic lancar-

-Sampai Bandar Mas terus ke rumah pengantin. Ni la pengantinnya. Oh sebelum tu aku isi minyak lagi kat err.. highway Desaru kot-

-Ni la homestaynya-


-Lepas lepak kejap kat homestay tu, kitorangterus gerak ke Kota Tinggi. Dalam sejam gak la sebab aku bawak biasa je. Alhamdulillah selamat sampai-

-Belakang hotel ni ada mall dan pasaraya-




-Lepas asar gi makan. Kitorang oder mee goreng mamak dan rojak. Lupa lak nak amik gambar restoran ni. Tapi dekat je ngan hotel tu-

-Ni hari Ahad. Lepas sarapan kat hotel, kitorang gerak dalam kol 9.30 pagi. Ni kat stesen minyak Kulai kalau tak silap aku. Dari sini aku off GPS sebab ikut papan tanda arah masuk hiway plus je-


-R&R Yong Peng. Kena rehat sebab penat lawan angin masa ride-

-Dah sampai Restoran Jejantas Air Keroh Melaka. Makan tengahari kat sini-


-Ni dah stop kejap kat R&R USJ kalau tak silap.. yang ada galeri pekena rokok sebatang, lepas tu gerak.. Terus ke rumah- 

-Alhamdulillah selamat sampai. Hari cerah, traffic lancar. Badak hitam pun cemerlang-



Bajet
Minyak: RM96.00
Hotel: RM96 (termasuk GST dan tax).
Makan+jajan: tak tau sebab wife aku belanja hehehe.
Mileage: 912km pergi balik.

Safe ride!


Wassalam.