Seperti tajuk, aku hanya beli pannier/side rack nya sahaja. Aku tak beli complete set dengan side box. Mau makan ribu riban kalau complete set hahaha. Lagi pun aku tak berapa pandai nak cilok cilok kalau pasang yang complete side box tu. Lagipun aku rasa tak balance masa kona (bagi aku la). Aku rasa macam tu sebab aku dah pernah pasang side box yang universal punya (baca sini --> SIDE BOX UNIVERSAL).
So kali ni aku beli pannier/side rack nya sahaja. Beli yang GIVI punye sebab memang buat untuk ER6f (2012-2015) punye. So takyah nak modi modi bagai. Skru bagai semua ada diberi sekali.
Aku beli kat Shopee. Asalnya dah wishlist kat Lazada, tapi harganya RM800+, tapi yang ni harganya dalam RM600+. Apa lagi, beralih arah la aku hehehe. Tapi serius, seller memang cepat. Aku oder/beli Ahad malam, Selasa tengahari dah sampai.
Nak pasang senang je. Bukak skru (asal) apa yang patut, pasang semula guna skru yang ada sekali tu dah siap.
-Fast delivery. Packaging pun bagus, takde kemek atau koyak. Bagus seller dan abang PosLaju yang hantar- |
-Pannier, skru bagai semua dalam plastik yang di shrink wrap kan- |
-OK, semua item cukup- |
Tapi kalau takde side box apasal aku beli pannier tu? Sebab aku nak gandingkan dengan saddle bag Komine aku tu. Bukan apa, sebelum ni kalau pasang/sangkut saddle bag tu, kiri kanan beg akan "termasuk" sikit ke bahagian tayar belakang. So kena ikat betul betul saddle bag tu. Sebab tu aku pasang side rack ni sebab ada la jugak besi yang menahan saddle bag tu dari bertemu tayar belakang badak hitam aku tu. (Cerita saddle bag kat sini --> SADDLE BAG)
-Aku dah try letak saddle bag tu, memang tak kacau signal belakang tu dan tak de nak "melengkung" masuk ke arah tayar (lupa lak nak amik gambar)- |
-Ni tempat lock side box yang aku tanggalkan. So takde la kacau saddle bag aku tu nanti- |
Begitulah ceritanya.
Ride safe!
Wassalam.