06 November 2020

MIE ON BIKE (MOB).

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Just nak inform yang aku dah ada YouTube Channel. Channel tu aku letak nama MIE ON BIKE (MOB). (klik SINI).

So korang boleh la cari kat YouTube, MIE ON BIKE tu. Baru je nak mula. Tak banyak video lagi. Ada video ride pun lepas abis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu... bila dah start PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) baru la ada ride sikit.

Sebelum COVID bagai ada la gak shoot video, tapi belum sempat aku edit, abis external aku corrupt. So takde la video sangat dalamchannel aku tu.

Aku shoot guna dua SJCAM. Satu SJ4000 dan satu lagi SJ5000 plus. Boleh la dari segi kualitinya. Cuma dua dua kamera ni takde adapter untuk external microphone. Aku tak kisah sebab bukannya aku nak membebel masa ride hahaha!

So, sila la cari MIE ON BIKE. Sila la juga Like, Comment, Share dan Subscribe. Free aje pun hehehe. Tapi jangan kondem over over dah lah. Aku ni sensitif orangnya kehkehkeh.




Ride safe!


Wassalam.

Gatal Tangan (Part 11).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Lama dah tak update blog... busy sokmo. Lebih lebih musim misum COVID 19 ni. Mana boleh ride sangat. Time buat entry ni pun kena work from home.

Kali ni aku godek ekzos badak hitam aku tu. Dah berkarat/lusuh aku tengok. Dulu ada la sekali dua aku gosok ekzos (part depan tu) supaya kilat sikit. Ikut petua petua dan cara dari group motor kat Facebook tu. Tapi lelama jadi balik kusam/karat nya tu.

So kali ni aku spray je dengan Samurai Hi-Temp, macam aku buat kat Black Stallion (Ninja 250) aku dulu.

Kejap je proses nya. Buka semua apa yang patut, pastu gosok dengan kertas pasir supaya licin. Then spray. Biar kering 24 jam. Pastu pasang balik. Done!

-Ini la rupa spray Samurai Hi-Temp tu. Boleh beli kat kedai hardware atau beli online-

-Part chrome ni pun aku sental dengan Autosol bior kilat sikit-

-Selesai masalah karat karat kat ekzos ni HAHAHA!-

-Payah gak aku nak pasang bahagian ni-



-Dah siap pasang, aku kasi start badak hitam ni sekali. Memang akan berasap pada ekzos tu sebab dia "masak" powder hi-temp tu. Bila dah panas, asap tu hilang. So jangan la risau-

-Ni next projek aku... nak re-spray panel yang warna merah. Semua part aku dah tanggalkan kecual part kat kepala.lampu tu sebab aky tak tahu/tak berani nak tanggalkan HEHEHE-




Ride safe!


Wassalam.