16 October 2011

Battlefury Paintball Championship UNISEL 2011

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

15 Oktober 2011 (Sabtu) satu pertandingan paintball telah diadakan di UNISEL bersempena Konvokesyen ke 6 UNISEL. Pertandingan Battlefury Paintball Championship UNISEL 2011 diadakan di padang IPIS.

Sebanyak 9 pasukan bertanding. Salah satu darinya adalah team aku -- The White Hornets. Teamates aku terdiri dari Jazly, Awin, Haikal dan Faizol. Semua ada experience main paintball kecuali si Faizol. Tapi aku tak kisah sebab masuk game ni pun sebab dah lama tak main paintball dan untuk suka suka je.

Sebelum first game, memang gementar. Bukan tak pernah main, tapi pasal dah lama tak masuk tourney, tu yang nervous semacam je hahaha.

Alhamdulillah, first match menang, pastu menang, pastu menang dan terus la menang sampai ke final. Pastu juara la, dapat medal dan RM500 (RM100 seorang hehehe).

Tapi team White Hornets memang ada keserasian. Haikal, Awin dan Faizol study game team lain. So masa dah masuk suku akhir, kitorang dah tau game team lain, so dapat la target certain player lawan.

Team lain yang agak baru pun ada gak peningkatan aku tengok. Memula diorang main agak berterabur, tapi bila dah masuk game 4-5, masing masing dah agak organize bila "game on".


Seronok sebab menang hehehe. Harap harap ada lagi game lain yang kitorang boleh join. Thanks to Jazly sebab inform aku pasal tourney ni.


Wassalam.

30 July 2011

Pertandingan Boling

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

30 Julai 2011, satu pertandingan boling telah diadakan khusus hanya untuk warga FITM (Fakulti Industri Teknologi Maklumat). Nama pertandingan tu ialah Pertandingan Boling Tertutup FITM 2011 (anjuran Kelab Multimedia).

Pertandingan telah diadakan di Ole Ole Superbowl, Seksyen 18 Shah Alam. Game start pukul 10.30 pagi. Tapi disebabkan pagi hujandengan agak lebat, separuh dari pasukan yangmenyertai telah sampai lewat. Tapi syukur sebab semua game habis sebelum pukl 1.00 petang.

20 pasukan telah menyertai game yang julung kali diadakan ini. Setiap pasukan disertai oleh 4 orang pemain. Jadi jumlah kesemuanya ialah 80 orang. Memang seronok.

Apa yang seronok? Seronok sebab dapat kumpulkan staf, ex-staf, students dan ex-students FITM. memang seronok dapat jumpa pelajar pelajar lama dan suka juga dengar diorang dah bekerja sekarang.

Tempat pertama dimenangi oleh Team Bravo, kedua Team Network Security & Computer Security dan ketiga Team Le Humanoid. Team aku? Ok la untuk tempat ke 5.

Bagi jatuhan pin terbanyak, dimenangi oleh salah seorang pemain dari Team Bravo. Aku kat tempat ke 7. Ok la tu dari 80 orang pemain. Total jatuhan pin aku pun improved jugak kali ini. Main 2 game, dan dua dua game aku dapat markah atas 100. Ok la untuk personal improvement ;)

-Antara piala yang disediakan (foto: Anna Farhana)-

-Antara pemain yang menyertai pertandingan (foto: Anna Farhana)-

Overall boleh aku katakan semua enjoy main (walaupun 2 game je). Semua bagi support, sporting dan happenning.

Ada gak yang mintak buat lagi.. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Syukur gak sebab aku dapat handle event ni dengan agak smooth. Sebab dari book tempat, sampai la ke hari game, semua aku buat. Puas hati aku. Thanks gak to my wife sebab dia ada tolong pada awal awal game ni nak dibuat.

Anyway, semua adalah pemenang sebab join dan menyokong event ni.


Wassalam.

15 June 2011

3 On 3 Paintball Challenge

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Since 1st time aku main paintball, aku nak & suka ajak orang lain cuba paintball ni. Memang seronok main tembak tembak, tapi kali ni memang sakit la kalau kena tembak hehehe.

So, aku organize satu game paintball di fakulti. Aku ajak student yang berminat nak join. So game PEMATEK/FITM 3-ON-3 PAINTBALL CHALLENGE pun diadakan.



Format senang je, satu team ada 3 orang. Setiap orang bayar RM55 sebagai yuran penyertaan. RM55 tu diorang dapat 300 palet, sewa facemask, marker, refill gas Co2, padang & pengadil. Operator tu sediakan 6 orang pengadil lak tu heheheh macam dah pertandingan besar pulak.

Target 10 team, tapi aku dapat 12 team yang join game ni. Ok la tu. Dah la sampai tak lena tido aku bila nak organize game ni. Bukannya susah, cuma remeh je. Nak kena buat proposal, cari penaja, deal dengan operator paintball, cari hadiah dan lain lain. Tapi bila semua berjalan lancar, rasa puas hati.



Kitorang buat game ni di MDKS Paintball Park Kuala Selangor (sebelah stadium Kuala Selangor tu). Park tu pula diuruskan oleh Hardy Sports. Nice and friendly people to deal with.

Game senang je, team yang menang akan dapat 3 markah, seri 1 markah, kalah 0 markah. Game 5 minit je. Undian dah dibuat dan setiap team main 3 kali. Then ada next round. At the end kita akan dapat pemenangnya.

Puas hati juga sebab nampak semangat kesukanan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pemain. Game pun start & end on-time. Start 8 pagi, habis pukul 1.30 petang. Tempat pertama hingga ketiga dapat medal (setiap sorang), hamper & hadiah wang tunai. Lain lain dapat cenderahati.








Terima kasih kepada semua yang terlibat (langsung atau secara tidak langsung) dalam menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada penaja iaitu Cornea Optometrist (hamper) dan Ree Boot Enterprise (sistem PA). Juga kepada Puan Zainon Kassim yang menyumbang sarapan pagi kepada para pemain.

InsyaAllah aku akan organize game lagi, tapi kali ni plan nak buat open kepada semua pelajar. Harap harap menjadi la hehehe.



Wassalam.

Paintball

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Dah lama tak main paintball. First time main paintball ni masa tahun 2009. Time tu kena pergi kursus kat Negeri Sembilan (arahan kerja). Salah satu modul/program yang disediakan adalah paintball. So mula dari situ la aku start kenal dan main paintball ni.

Secara ringkasnya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui sebelum kita mula main paintball ni. Antaranya ialah peralatan dan langkah langkah keselamatan yang perlu kita tahu.


Peralatan.
Basic equipment yang perlu ada untuk main paintball ni ialah facemask (paling penting), marker (senjatanya), palet (pelurunya) dan tempat yang sesuai/selamat. So, kalau dah ada semua, kena cari la ahli ahli yang nak join paintball ni.




Basic rules.
Main dengan 2 kumpulan. Setiap kumpulan boleh disertai oleh 3 orang (minima) dan seeloknya tak lebih 8 orang untuk satu pasukan. Setiap ahli pasukan haruslah menembak pihak lawan. Siapa yang kena tembakan, kira mati dan dikehendaki keluar dari padang/kawasan perlawanan. So, apa objektifnya? Kebiasaannya paintball ni dimainkan untuk capture bendera pihak lawan.

Bayangkan senario ni: dalam satu kawasan (at least setengah padang bola). Di setiap hujung padang tu ada bendera pasukan masing masing. Setiap pasukan akan bermula di hujung (base) bahagian sendiri. Bila pengadil kata "Go! Go! Go!" atau "Game on!", kita akan berlari berlindung disebalik belon belon besar atau bunker. Time tu kita tembaklah musuh kita. Bila semua musuh dah "mati", kita akan mengambil bendera pihak lawan dan bawa balik ke base kita. Lepas tu pengadil akan jerit "Game over!"

Ada beberapa tempat yang kita boleh main paintball ni. Antaranya padang (untuk speedball), hutan (woodsball atau scenario) dan dalam bangunan. Tapi kalau ada kawasan sendiri, korang setup la macam mana pun.





Tips keselamat:
1. Pastikan kawasan paintball tu ada jaring keselamatan. Kalau tak ada, sure orang luar yang datang tengok pun kena tembak sekali.
2. Facemask kena pakai sepanjang masa bila ada kat dalam padang (tak kira la game belum start ke, game dah abis ke atau dah kena tembak).
3. Jangan hala marker tu ke arah orang, haiwan atau harta benda orang lain. Tembak bila dalam game je.
4. Jangan hempas marker.
5. Jangan tembak lagi orang yang dah kena tembak.
6. Angkat tangan bila dah kena tembak (jangan main tipu!)
7. Barrel sock (sarung muncung marker tu) kena pasang bila dah abis game.
8. Lain lain tip safety, korang tanya la operator tempat paintball tu hehehe.

Berapa harga utk main paintball nih? Biasanya operator padang paintball akan sediakan semua peralatan asas seperti padang paintball, pengadil, facemask dan marker. Palet (peluru) korang kena beli sendiri. Berapa RM kena bayar bergantung kepada berapa banyak palet yang korang nak guna.

Contoh: ada yang caj RM75 untuk 500 palet + peralatan asas, ada yang caj RM60 je untuk padang + peralatan asas (tak termasuk palet). So korang kena rajin rajin la Google untul dapatkan rate.

Kalau nak beli peralatan sendiri pun boleh juga. Complete set paintball marker starting dari RM900 (paling cikai la) hingga ke RM7000++ (paling top la). Facemask dari RM130 hingga ke RM700+. Jersi, seluar, pod, harnest, sarung tangan, body vest dan lain lain pun boleh beli sendiri, tapi ikut kemampuan sendiri la. Kalau nak beli peralatan, dinasihatkan beli facemask dulu, then harnest, pod (at least 3 pod) dan seluar. Macam aku, memang dah ada complete set. Cuma marker je aku dah jual sebab jarang guna dah.

Kalau berminat untuk masuk kejohanan, kat Malaysia ni ada beberapa kejohanan yang aku tau. Antaranya MPOC (Malaysian Paintabll Official Circuit), MyNPL (Malaysia National Paintball Legue), CPCL (Cyberjaya Paintball Championship Legue) dan a few more.

Tapi sekarang ni banyak program program team building ada masukkan slot paintball ni. Sebab paintball ni perlukan kerjasama pasukan untuk menang. Jangan nak jadi hero sorang sorang. Satu lagi, memang sakit kalau kena tembak!

Nak try? Carik la 6-10 orang member untuk main paintball ni. Dijamin puas hati!


Wassalam.

Welcome to Myself

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Nothing to write at the moment. But I have a lot of things to write, especially about people, people I've watched when I'm going places. I know that I'm not perfect, but sometimes people do act weird hahahaha..

Wait for my next post.


Wassalam.