15 June 2011

3 On 3 Paintball Challenge

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Since 1st time aku main paintball, aku nak & suka ajak orang lain cuba paintball ni. Memang seronok main tembak tembak, tapi kali ni memang sakit la kalau kena tembak hehehe.

So, aku organize satu game paintball di fakulti. Aku ajak student yang berminat nak join. So game PEMATEK/FITM 3-ON-3 PAINTBALL CHALLENGE pun diadakan.



Format senang je, satu team ada 3 orang. Setiap orang bayar RM55 sebagai yuran penyertaan. RM55 tu diorang dapat 300 palet, sewa facemask, marker, refill gas Co2, padang & pengadil. Operator tu sediakan 6 orang pengadil lak tu heheheh macam dah pertandingan besar pulak.

Target 10 team, tapi aku dapat 12 team yang join game ni. Ok la tu. Dah la sampai tak lena tido aku bila nak organize game ni. Bukannya susah, cuma remeh je. Nak kena buat proposal, cari penaja, deal dengan operator paintball, cari hadiah dan lain lain. Tapi bila semua berjalan lancar, rasa puas hati.



Kitorang buat game ni di MDKS Paintball Park Kuala Selangor (sebelah stadium Kuala Selangor tu). Park tu pula diuruskan oleh Hardy Sports. Nice and friendly people to deal with.

Game senang je, team yang menang akan dapat 3 markah, seri 1 markah, kalah 0 markah. Game 5 minit je. Undian dah dibuat dan setiap team main 3 kali. Then ada next round. At the end kita akan dapat pemenangnya.

Puas hati juga sebab nampak semangat kesukanan dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pemain. Game pun start & end on-time. Start 8 pagi, habis pukul 1.30 petang. Tempat pertama hingga ketiga dapat medal (setiap sorang), hamper & hadiah wang tunai. Lain lain dapat cenderahati.








Terima kasih kepada semua yang terlibat (langsung atau secara tidak langsung) dalam menjayakan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada penaja iaitu Cornea Optometrist (hamper) dan Ree Boot Enterprise (sistem PA). Juga kepada Puan Zainon Kassim yang menyumbang sarapan pagi kepada para pemain.

InsyaAllah aku akan organize game lagi, tapi kali ni plan nak buat open kepada semua pelajar. Harap harap menjadi la hehehe.



Wassalam.