08 February 2012

Sikit Info Pasal Kawasaki Ninja 250R

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ok.. masa taip entry ni, Black Stallion aku milage dia dah 1.6k lebih. So far performance dia, Alhamdulillah, memuaskan hati.

Kadang kadang tu ada gak orang tanya kenapa tak amik cc besar terus? Aku jawab takpe, biasakan dengan motor entry level dulu. Sebab Black Stallion aku ni consider sportbike la, bukan superbike lagi. Lagipun lesen aku lesen kecik, boleh bawak sampai 250cc je.

Nak bawak cc besar, kena la amik lesen B full. Tapi ada gak niat nak pakai ZX6R kemudian hari, tapi kena pikir beribu ribu kali kot sebab harganya sebijik (baru) dalam RM69k+. Pastu teringin gak dengan ER6N dan Versys (dua dua 650cc). Harga pun dalam RM35k+.. ok la tu, insyaAllah mampu hehehe.

-Kawasaki ZX6R idaman ku (gambar hiasan)-

-Kawasaki ER6N (gambar hiasan)-

-Kawasaki Versys 650 (gambar hiasan)-

So far handling Black Stallion aku ni memuaskan hati. Respon agak sekata dengan tindakan rider. Speed setakat ni aku dah bawak 120km/j (dengan ada penumpang kat belakang). Tu pun try kat jalan lurus la. Mana berani aku nak layan koner.. hati tak kering. Lagipun ada wife kat belakang, takmo la bawak lelaju.

Kalau aku bawak sorang pun, aku berani takat 160km/j jugak. Sayang motor, sayang badan beb. Tapi dapat 120km/j tu pun sekali sekala ja aku buat. Mana leh selalu. Enjin kena jaga gak. Tapi kalau nak try dapat lenih dari 160km/j tu, kena la aku tunduk macam rider MotoGP tu. Tapi segan lak nak buat macam tu hehehe. Tunggu la bila bila aku ride dengan anak buah aku, leh la aku try “cium tank” nanti.

Sikit specs standard Kawasaki Ninja 250R ni:

Maximum horsepower: 24kW (33PS) @ 11,000 rpm
Maximum torque: 22.0Nm @ 8,200 rpm

Overal length: 2,085 mm
Overall width: 135 mm

Front tire: 110/70/17
Rear tire: 130/70/17

Tank capicity: 17 litres

Engine
Type: DOCH, 2 cylinder, 4 stroke. Liqued cooled
Bore and stroke: 62.0 mm x 41.2 mm
Starting system: electric starter
Fuel system: fuel injection (FI)

Transmission
Type: 6 speed, return shift
Clutch: wet, multi disc
Driving system: chain drive

Menarik perhatian ke motor ni? Hmm.. sudah semestinya. Kalau berenti kat trafic light, ada la gak yang tengok tengok. Aritu singgah kedai beli rokok dengan gas memasak, orang kedai tu siap cakap, “Wah, motor besar aaa”. Aku jawab, "Mana ada, ada lagi yang besar ooo". Maybe pasal aku pakai full face, jaket, knee protector, gloves dan riding boot kot? Kalau pakai biasa biasa je, orang tak tengok sangat kot?

-Kawasaki Ninja 250R (gambar hiasan)-
So far, belum lagi join mana mana ride yang jauh jauh. Tak ada kesempatan lagi. Kalau ada rezeki, insyaAllah aku join la.


Wassalam.