12 April 2012

Ride ke Fraser Hill (14 April 2012)

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.


14 Apri 2012 (Rabu) adalah hari cuti umum sempena pertabalan Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agong. Jadi geng Walikota Bikers ada la buat ride ke Fraser Hill pada hari tersebut.


Perjumpaa awal ditetapkan pada pukul 8 pagi di restoran MK Fatimah, Setia Alam. Then 8.30 pagi mula bergerak. Tapi Allah lebih mengetahui.. Pagi tu hujan agak lebat sekitar Kapar dan Meru.


Aku pun lencun gak. Lepas isi minyak kat Shell Kapar, ride dalam 100 meter, hujan terus lebat. Nak patah balik, dah lebih dari separuh jalan dari rumah. So aku terus ride. Disebabkan hujan lebat, air pun tembus la ke dalam jaket aku. Glove jangan cerita la, memang basah. Air pun dah masuk dalam kasut aku.


Memula ingat nak singgah rumah mak aku, tapi malas. Then terpikir nak berteduh jap kat kedai Ah Wei, tapi dah dekat lak ngan restoran tu. So aku terus je la.


Lepas je Giant Setia Alam tu, hujan terus stop (tapi langit still mendung la). Hahaha, apa nak buat!


Sampai je kat MK Fatimah, Abg Mat dengan wife dia dah ada. So kira sebijik je la motor yang dah sampai, campur aku punye, 2 biji. Ake dengan basah kuyup, lepak la kat restoran tu sementara mengunggu ketibaan jemaah yang lain.


Dalam sejam mengunggu, ada la 3-4 biji motor lain sampai. Rata rata yang sampai time tu semua motor Versys (650cc), aku je 250cc huhuhu sah sah kena tinggal nanti.


Dekat 10.30 pagi, ramai dah sampai. motor 1000cc pun ada (mampus aku kena tinggal hahaha!)







So kitorang pun gerak la ke Restoran Jejantas Sungai Buloh (meeting point ke dua) sebab ada lagi satu group tunggu kat sana.


Kat NKVE, memang aku pecut habis. Mana taknya, semua berdesup desup.. Tu la first time aku baak motor 150km/j. Ngeri beb! Tapi aku kena tunduk ke tank la, sebab angin kuat dari depan.


Lepas tu hujan lak time tu. Huhuhuhuh dugaan betol la.


Sampai Sungai Buloh, paking motor, lepak hisap rokok 2-3 batang jap. Group yang ada kat situ baru je selesai sarapan. Then dalam kol 11.30 pagi, semua gerak menuju ke destinasi yang dituju. Semua sekali ada 20 biji motor.





Kitorang exit di Bukit Beruntung. Dari situ ikut jalan dalam untuk ke Fraser Hill. Memula tu ok la jalannya. Then dah mula berliku liku. Dalam hati aku kata "Patut la nak ikut jalan ni". Aku pun follow je la, mengikut kemampuan motor dan aku sendiri.


Jalan yang berliku, sekali dengan jalan basah sebab hujan, memang mencabar aku la. Sebeum ni kalau lalu di jalan yang macam tu, biasanya dengan kereta, tapi kali ni naik motor.. seram aku!


2 kali aku rasa tayar depan slip. Syukur sebab tak jatuh. Apa yang aku rasa mencabar ialah keadaan jalan yang agak kecil (2 hala), tak rata, basah dan berpasir.


Alhamdulillah, rasanye dalam kol 12 tghari kitorang sampai di kaki bukit. Lepak jap, buat sesi bergambar dan hisap rokok.





Dalam 15 minit rehat, kitorang pun terus naik ke Fraser Hill. Jalan satu hala, memang mencabar. Jalan agak licin dan penuh dengan ranting ranting, tanah, pasir serta daun daun. Mungkin sebab kat situ pun hujangak pagi tadi.


Aku bawak memang slow la, yang lain abis dok potong aku.. lantaklah, janji aku selamat.


Sampai atas dalam kol 12.30 tghari. Syukur, aku dan lain lain selamat. Kat atas diorang amik amik gambar, lepas tu gi minum dan makan kuih kat gerai.




Masa kat gerai tu takde la aku makan berat berat. Ramai yang makan pisang goreng dengan popia goreng je. Lagipun aku still kesejukan hehehe.


Tapi malang memang tak berbau, tengah kitorang minum minum tu, tetiba ada sorang brader tu jerit "Superbike jatuh! Superbike jatuh!". Aku dengan a few rider gi tengok. Rupanya ada kete Mercades dah terlanggar motor salah sorang group member kitorang.





Tapi, firing tu pecah sebab kena footrest motor sebelah. Kalau jatuh mcm tu je, mungkin tak pecah kot. Abis abis pun calar calar je la. Ntah la..


Lepas kejadian tu, kitorang pun gerak turun ke Raub. Ikut jalan lain tapi jalan sama je, berliku liku, dan sekali lagi mencabar kemampuan aku dan motor aku.


Sampai Raub, isi minyak. Aku isi RM5 je, sebab minyak ada lagi dalam tank tu.




Kemudian, gerak ke Bentong untuk mengisi perut dengan nasi. Sebab masa kat atas tadi, ramai yang tak makan berat berat.


Kitorang ke medan selera untuk makan. Mulanya aku tak mau makan, tapi makan la jugak sikit sebab takut sakit perut masuk angin. Makan nasi, lauk ikan kembung goreng dengan sotong. Minum air limau ais.. semua RM5.70. OK la tu.




Lepas makan, gerak ke highway Karak dan ke KL. Apa lagi, masing masing mencanak laju.. Masuk Karak, aku sah sah yang terakhir. Lepas tu malas dah nak kejar. Jalan memang la besar, tapi selekoh agak tajam gak bila naik motor. Kalau bawak keta, tak rasa sangat tajam selekoh tu.


Alhamdulillah, sampai gak aku kat tol Gombak. Kumpul kat sana, hisap rokok jap, amik gambar, lepas tu bersalam salaman untuk berpisah.




Aku terus balik ikut MRR2. Sampai rumah kol 7 malam.


So, ni la pengalaman aku yang pertama ride dengan motor motor besar. Segan ada, seronok ada, seram ada (masa naik dan turun bukit). Lepas tu rasa serik ada, rasa nak join lagi pun ada. Entah la, tengoklah macamana nanti, kalau ada rezeki, aku join la ride yang lain.


Ni antara motor motor yang join ride ke Fraser Hill..









Wassalam.