13 August 2012

Kawasaki Ninja 250 (2013)

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Memang dugaan bulan puasa la. Apa taknye, semua imej yang dipaparkan secara langsung boleh membuat air liur dan segala jenis air meleleh keluar.

Aku cakap pasal apa? Pasal design baru motor Kawasaki Ninja 250 ni la. Kenapa la baru sekarang keluar design yang macam ni? Kira ok la pada aku sebab dah 8 bulan guna blackstallion aku tu. Tapi ada lagi yang baru sebulan dua beli motor ninja (biasa or SE), tup tup dah kuar design baru untuk Ninja 250 ni.



Ni info asal: http://www.kawasaki-cp.khi.co.jp/mcy/street/13_ex250lm_e.html

So kat sini aku letak info yang sama dan tepek gambar gambar design baru Ninja 25 ni ye.


Introducing the all-new 2013 Ninja 250, a full fairing sports bike with a powerful 249-cm3 Parallel Twin engine. 
In addition to more aggressive new Ninja styling, the new Ninja 250 offers more exciting ride performance.



The engine features new crankcases, new pistons and an all-new aluminium die-cast cylinder. And complementing its new frame, a wider rear tyre and numerous other chassis improvements significantly improve the bike's overall performance.



Further, reduced vibration and new heat management technology result in ride quality and comfort that exceed the 250-class. Many small components were also redesigned and given better finishing for a higher quality appearance, ensuring new Ninja 250 outshines all other bikes in its class.

  • Liquid-cooled
  • 4-stroke Parallel Twin
  • DOHC 8-valve
  • Digital Fuel Injection (some markets)
  • 6-speed
  • 172 kg/174 kg (ABS model)

Faham? Tak faham? Takpe lah.. tengok je la gambar gambar motor ni.

-Pandangan sisi kiri-

-Pandangan sisi kanan-

-Pandagan sisi kanan (depan). Design "lubang angin" baru-

-Pandangan "mata" hadapan". Lebih menarik!-

-Pandangan sisi kiri (belakang). Sekali pandang macanER6F pun ye gak, kan?-

-Pandangan belakang. Tayar belakang lebar sikit dari yang sebelum ni. Maybe 140 kot-

-Pandangan atas-

Warna lain yang ada untuk Ninja 250 baru ini (selain dari hijau standard kat atas tu):

-Black-

-Black and silver-

-Green and black (Special Edition)-

-Red-

-Red and white (macam Honda CBR punya color scheme, kan?)-

So, amacam? Ada yang dah meleleh ke? hehehe

Ok, ni tengok pulak part part lain (close up) untuk Ninja 250 baru ni:

-Tempat letak barang yang boleh dibuka. Maksudnya macam 2-in-1 la. Ruangnya agak dalam. Boleh letak tools, manual Ninja 250 ni, sekotak rokok-

-Tempat letak barang (kecik kecik la),mana leh letak jek kereta dalam ni. Takat nak letak kain lap boleh la kot- 

-Ekzos bentuk baru! Menarik bagi aku. tapi tak tau bunyi macam mana. Maybe bunyi macam sekarang ni (mesin jahit). Tapi kalau bunyi macam Yoshi or Akra.. fuh! Memang mantop!-

-Footrest rider. Yang sebelum ni pemijak dia ada getah, yang ni semua besi-

-Front disc brake. Perhatikan: jejari rim pun design baru-

-Ni yang aku paling tak tahan.. Firing dan lampu depan design baru. Ala ala zx6, zx10 gitu-

-Sama gak yang ni.. memang aku tak tahan! Meter analog dan digital. Ada fuel indicator, jam (better than yang ada sekarang la) huhuhu-

-Hugger/mudguard belakang. Motor sebelum ni mana ada benda ni. Kena beli dan pasang asing (macam aku buat tu)-

-Ni kalau nak high-beam kenderaan dari depan-

-Tayar dan disc brake belakang. Yang ni ada ABS kalau tak silap aku-

-Ekor belakang yang baru. Kalau tengok yang sebelumnya, ekor belakang ni macam belalai gajah. Yang ni molek sikit (sikit apa, banyak der). Tapi still guna mentol untuk lampu belakang dan lampu signal-

-Seat penumpang. Tak pasti apa materialnya, tapi pasi ada kelainannya-

-Seat penunggang. Best kot kalau duduk-

-Signal depan. Mentol biasa je, bukan LED-

-Side mirror rekaan baru-

-Tanki yang lebih tinggi dan elegan bagi aku. Sedap sikit kalau nak kepit time riding. Macam design ER6 punya, kan?-

-Lebih kemas berbanding yang sebelum ni-
Ninja 25 baru ni dah dilancarkan di Indonesia. Aku pun tak tau kenapa Indon dulu, kenapa tak Malaysia. Tapi kalau nak sampai ke Malaysia pun, maybe awal 2013.

Harga tak pasti. Kalau Ninja biasa dah RM21k+, yang SE dalam RM23k+.. yang i tak tau la berapa. Jangan sama harga dengan ER6 dah le.

Tapi apa yang pasti, ramai dari rider Ninja 250 yang akan mencari set firing motor baru ni untuk dikacukkan dengan Ninja 250 yang sedia ada (termasuklah aku). Harap harap boleh muat dan didalam kemampuan untuk dimiliki.


Wassalam.

10 August 2012

Jiran Pendatang Yang Pengotor - Part 2

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni bahagian ke dua pasal jiran pendatang asing kat rumah aku tu.

Kalau tak silap, 2 weekend lepas (dari tarikh entry aku ni), hari Sabtu, rumah sebelah tu ada buat "kerja" sikit. Yang wife aku perasan, ada sorang perempuan Cina datang ke rumah tu, suruh kemas kemas rumah tu (luar dan dalam). Lepas tu ada buat piping dari luar rumah ke dalam rumah.

Kitorang ingatkan semua bagidol tu kena halau, rupanya kena bersihkan rumah diorang tu. So, pompuan Cina yang datang tu (rasa aku la), orang dari kilang Kossan yang bertanggungjawab pasal bagidol pendatang ni. Aku pernah nampak pompuan Cina ni datang rumah sebelah, tapi tak tau la pulak pasal apa.

So, petang tu bila kitorang nak keluar, dinding tikar getah dah tak ada kat luar tu. Pastu nampak ada longgokkan botol botol kosong kat laman rumah diorang tu (sebab dah kena sound dengan pompuan Cina tu tadi). Konon kemas la rumah tu, huh!

So, rasanya ni hasil aduan yang aku buat sebulan lepas. Kira ok la sebab management kilang Kossan tu amik tindakan pasal aduan dan amaran yang MDKS bagi pada management Kossan tu. So sekarang, dah tak de lagi bilik mandi kat luar tu.




Tapi apa yang diorang buat sekarang ialah, basuh baju kat tempat tu. Hmm, ok la kot, as long as tak ada air yang melimpah masuk kawasan rumah aku. Kalau ada, memang aku bising la.



Tapi satu lagi attitude bagidol pendatang yang aku tak suka ialah, suka tengok orang lain. Bila anak anak aku kat luar, siram pokok ke, main main ke, suka je tengok. Bila wife aku kat luar pun sama gak.

Ada sekali tu, aku saje je cakap kuat kuat pasal tengok tengok orang ni. Time tu ramai bagidol kat luar rumah tu. Anak anak aku kat luar siram pokok, diorang dok tengok aku. Apa aku kisah! Satu satu aku renung balik.

Ok, tu selingan je. So sekarang ni aku dah tau nak buat apa kalau ada komplen lagi. Tak payah buat aduan ke MDKS. Next time aku akan amik gambar, print, buat surat dan bagi terus ke management Kossan (cc ke MDKS). Senang, sebab terus ke pihak yang uruskan semua bagidol tu.


Wassalam.

02 August 2012

Jiran Pendatang Yang Pengotor

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni aku nak inform sikit pasal jiran rumah aku yang pengotor. Diorang ni warga pendatang (sah tak sah, aku tak tau). Yang aku tau diorang ni kerja kat kilang Kossan, Sg. Sembilang tu.

Sebelum diorng ni menyewa rumah tu, warga Bangladesh yang duduk kat situ. Kira ok la jugak time bangla tu yang menyewa. Ada la dengar diorang solat kat rumah tu, keadaan laman rumah pun agak bersih.

Tapi since penyewa baru ni duduk, memang hancur terus kebersihan rumah tu!

Diorang ni kalau tak silap aku warga Vietnam. Tapi ada yang panggil diorang ni Kemboja. Tapi ada la jugak sorang mamat bangla dengan Indon pompuan duduk sekali kat rumah tu. Yang si Vietnam tu pun campur laki pompuan gak. Tapi yang peliknya, ada sorang pompuan Vietnam ni, bila gi kerja dia pakai tudung (tapi nampak gak rambut dia). Islam ke? Menyamar ke? Ntah la labuuu..

Sekarang ni diorang buat "tempat mandi" kat depan rumah. Kepala hotak betul la! Apa masalahnya? Nak kata tekanan air tak kuat, sama la kat rumah aku. Ok je aku mandi kat bilik air dalam rumah.

Masa mula mula buat tempat mandi tu, selamba je takde tutup apa apa. 2-3 kali nampak yang jantan mandi pakai seluar dalam je. Bukan takat mandi je, basuh kain, basuh pinggan mangkuk dan siang ikan pun kat situ. Busuk la tempat tu!

Lagi sial bila diorang sidai seluar dalam kat pagar. Dah la dekat dengan tempat aku paking motor dan pasu bunga rumah aku. 2 kali air simbahan diorang masuk laman aku. 2 kali gak aku sound pasal tu. 2-3 kali aku sound pasal sidai seluar dalam kat pagar dan banyak kali gak aku buang seluar dalam yang bersidai kat pagar tu.

Sekarang ni dah pandai letak "dinding" tikar getah kat tempat mandi tu. Tapi still mencacatkan pandangan mata la.

Memang dasar pendatang yang pengotor. Aku pun hairan la apasalah bangsa diorang tu pengotor sangat? Selalu, bila aku ada kat luar, lepas tu diorang balik kerja, tetiba ada bau busuk/masam... rupenya diorang bukak pintu rumah. Pergh! Sib baik aku tak muntah!

Aku dah wakilkan pada pak mertua aku untuk report hal ni, tapi JKK Masjid tak amik tindakan. Kali kedua pun sama gak. Report pada JKKK, still takde apa apa sampai sekarang.

Lepas tu wife aku jumpa la satu website ni pasal aduan online: Sistem Taian Aduan Rakyat Selangor (http://stars.selangor.gov.my/). So buat la aduan online. Pilih daerah mana, PBT mana, apa masalah, contact aku la dan lain lain lagi. Lepas tu submit.




Bila aduan dah dibuat, boleh cek progress. Yang tah apa apanya ialah; aku adu pasal jiran pendatang yang pengotor, tapi diorang sedap sedap je tukar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mana aku tau diorang ni ada permit ke tak.

Yang aku adu pasal kebersihan. Lepas tu dapat surat dari MDKS (salinan untuk aku). Surat tu ditujukan ke Jabatan Imegresen Kuala Selangor pasal aduan aku. Aduss.. kang tak pasal pasal aku kena cas sebab bagi maklumat palsu huhuhuhu!

Pastu ada sekali tu nampak trak MDKS lalu depan rumah aku, buat u-turn dan terus blah. Bila cek email, dapat email dari MDKS kata yang diorang dah datang dan tengok rumah yang aku adu tu dan amaran lisan (lisan je?) dah diberi kepada majikan pendatang tu.

Soalan aku: mana kau tau sape majikan diorang tu?
(semua ni berlaku dalam tempoh 2 minggu selepas aku buat aduan online tu).

Gambar gambar penaik selera:









Dan sampai sekarang "bilik mandi" tu ada lagi dan diorang still lagi mandi kat luar tu (macam kat negara diorang tu la). Hampeh!

Apa nak buat sekarang?

Wassalam.