02 August 2012

Jiran Pendatang Yang Pengotor

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ni aku nak inform sikit pasal jiran rumah aku yang pengotor. Diorang ni warga pendatang (sah tak sah, aku tak tau). Yang aku tau diorang ni kerja kat kilang Kossan, Sg. Sembilang tu.

Sebelum diorng ni menyewa rumah tu, warga Bangladesh yang duduk kat situ. Kira ok la jugak time bangla tu yang menyewa. Ada la dengar diorang solat kat rumah tu, keadaan laman rumah pun agak bersih.

Tapi since penyewa baru ni duduk, memang hancur terus kebersihan rumah tu!

Diorang ni kalau tak silap aku warga Vietnam. Tapi ada yang panggil diorang ni Kemboja. Tapi ada la jugak sorang mamat bangla dengan Indon pompuan duduk sekali kat rumah tu. Yang si Vietnam tu pun campur laki pompuan gak. Tapi yang peliknya, ada sorang pompuan Vietnam ni, bila gi kerja dia pakai tudung (tapi nampak gak rambut dia). Islam ke? Menyamar ke? Ntah la labuuu..

Sekarang ni diorang buat "tempat mandi" kat depan rumah. Kepala hotak betul la! Apa masalahnya? Nak kata tekanan air tak kuat, sama la kat rumah aku. Ok je aku mandi kat bilik air dalam rumah.

Masa mula mula buat tempat mandi tu, selamba je takde tutup apa apa. 2-3 kali nampak yang jantan mandi pakai seluar dalam je. Bukan takat mandi je, basuh kain, basuh pinggan mangkuk dan siang ikan pun kat situ. Busuk la tempat tu!

Lagi sial bila diorang sidai seluar dalam kat pagar. Dah la dekat dengan tempat aku paking motor dan pasu bunga rumah aku. 2 kali air simbahan diorang masuk laman aku. 2 kali gak aku sound pasal tu. 2-3 kali aku sound pasal sidai seluar dalam kat pagar dan banyak kali gak aku buang seluar dalam yang bersidai kat pagar tu.

Sekarang ni dah pandai letak "dinding" tikar getah kat tempat mandi tu. Tapi still mencacatkan pandangan mata la.

Memang dasar pendatang yang pengotor. Aku pun hairan la apasalah bangsa diorang tu pengotor sangat? Selalu, bila aku ada kat luar, lepas tu diorang balik kerja, tetiba ada bau busuk/masam... rupenya diorang bukak pintu rumah. Pergh! Sib baik aku tak muntah!

Aku dah wakilkan pada pak mertua aku untuk report hal ni, tapi JKK Masjid tak amik tindakan. Kali kedua pun sama gak. Report pada JKKK, still takde apa apa sampai sekarang.

Lepas tu wife aku jumpa la satu website ni pasal aduan online: Sistem Taian Aduan Rakyat Selangor (http://stars.selangor.gov.my/). So buat la aduan online. Pilih daerah mana, PBT mana, apa masalah, contact aku la dan lain lain lagi. Lepas tu submit.




Bila aduan dah dibuat, boleh cek progress. Yang tah apa apanya ialah; aku adu pasal jiran pendatang yang pengotor, tapi diorang sedap sedap je tukar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mana aku tau diorang ni ada permit ke tak.

Yang aku adu pasal kebersihan. Lepas tu dapat surat dari MDKS (salinan untuk aku). Surat tu ditujukan ke Jabatan Imegresen Kuala Selangor pasal aduan aku. Aduss.. kang tak pasal pasal aku kena cas sebab bagi maklumat palsu huhuhuhu!

Pastu ada sekali tu nampak trak MDKS lalu depan rumah aku, buat u-turn dan terus blah. Bila cek email, dapat email dari MDKS kata yang diorang dah datang dan tengok rumah yang aku adu tu dan amaran lisan (lisan je?) dah diberi kepada majikan pendatang tu.

Soalan aku: mana kau tau sape majikan diorang tu?
(semua ni berlaku dalam tempoh 2 minggu selepas aku buat aduan online tu).

Gambar gambar penaik selera:









Dan sampai sekarang "bilik mandi" tu ada lagi dan diorang still lagi mandi kat luar tu (macam kat negara diorang tu la). Hampeh!

Apa nak buat sekarang?

Wassalam.