26 September 2012

Beli/Upgrade Motor Besar.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.


Kali ni kita cerita sikit pasal tips nak beli motor. Tapi aku lebih spesifik pada motor cc besar. Bila cakap motor besar, senang cerita kita letak dua kategori je lah.. Satu superbike dan satu lagi easy rider.

-Contoh superbike (gambar hiasan)-
Superbike (sbk) kedudukan agak “membongkok” atau condong ke depan. Kalau easy rider pula, kedudukan menunggang agak tegak dengan posisi tangan agak ke atas atau lurus sedikit.

Ok, jom cerita sikit pasal tips nak beli motor sbk ni. Sebelum tu kena la tengok diri sendiri. Maksud aku, dari segi penggunaan motor sebelum ni. Adakah selama ni kita pakai kapcai atau skuter je terus nak beli sbk?
-Contoh easyrider (gambar hiasan)-

Kalau macam tu, baik tak payah la (walaupun korang banyak duit). Sebab? Sebab tak biasa dengan karekter sbk tu la.

Kalau dah biasa dengan motor yang guna clutch, mungkin tak ada masalah nak guna sbk. Tapi ada masalah lain pulak.. masalah nak kawal kuasa motor sbk ni.

Ok, kalau dah minat dengan sbk baik mula dengan cc kecik dulu. Kalau nak start dengan 150cc pun boleh gak. Boleh cuba Kawasaki Kips 150cc. Tak mau? Kecik sangat? Ok, better start dengan cc 250.

-Kawasaki Kips 150RR (gambar hiasan)-
Body motor 250cc ni dah hampir sama dengan body sbk cc besar. Beberapa pilihan ada di pasaran. Antaranya, Honda CBR250R, Kawasaki Ninja 250R, Blade 250R. Apasal ada huruf ‘R” kat belakang tu? “R” tu untuk ”racing” la.
-Kawasaki Ninja 250R (gambar hiasan)-

Biasakan diri dulu dengan karekter motor 250cc ni. Biasakan dengan berat motor tu, speed motor tu, cornering macamana, brek macamana, kos maintainance dan lain lain lagi.

-Naza Blade 250R (gambar hiasan)-
-Honda CBR250R (gambar hiasan)-

Pakai la dalam setahun dua dulu. Dalam masa yang sama, join member member yang pakai motor cc lagi besar. Tanya diorang karekter motor yang diorang pakai tu.

So, bila dah ready nak upgrade (tukar motor cc lagi besar), banyak lagi pilihan. Ducati Monster 795, Kawasaki ZX6, Honda CBR600, Blade 650r dan lain lain lagi.

Harga sure la berbeza. Ducati Monster 795 dalam RM59k+, Kawasaki ZX6 dalam RM69k+, Honda CBR600r dalam RM67k+, Blade 650r dalam RM23k+, Kawasaki Z750r dalam RM75k+, Kawasaki ER6F dalam RM35k+, Yamaha XJ6 Diversion dalam RM39k+. Semua harga yang aku letak tu, bukan harga on-the-road (otr) ye.

-Naza Blade 650R (gambar hiasan)-
-Honda CBR600R (gambar hiasan)-
-Kawasaki ER6F (gambar hiasan)-
-Yamaha XJ6 Diversion (gambar hiasan)-
-Kawasaki Z750 (gambar hiasan)-
-Kawasaki Ninja ZX6R (gambar hiasan)-
-Ducati Monster 795 (gambar hiasan)-

Jenis Naked dan Touring pun boleh jadi pilihan. Sebagai contoh Kawasaki ER6N (RM35k+ otr) dan Versys (RM38k ke RM40k+ otr).

-Kawasaki ER6N (gambar hiasan)-

-Kawasaki Versys 650 (gambar hiasan)-

Tapi kalau nak amik yang 1000cc punya pun apa salahnya. Tepuk dada, tengok poket la hahaha! Banyak gak pilihan untuk motor yang 1000cc.

Berat tak? Sudah semestinya berat. Even Ninja 250r pun dah dekat 200 kg. Bila dah biasa, tak de masalah. Cuma masalah kalau motor tu tumbang. Kena ada gaya nak mengangkat motor besar yang tumbang.

-Kalau dah rosak tengah jalan, apa lagi.. kena tolak la
(gambar hiasan)-
Point lain yang agak penting, kena tengok la samada nak beli sbk yang baru atau yang second. Kalau second, maybe kena siapkan extra dalam RM3k-RM4k. Ye la, motor second mana kita tau keadaan dalaman enjin motor tu. 2, 3 bulan lepas tu mungkin mula meragam. Kalau beli ngan orang yang kita kenal dan tau macamana dia jaga motor tu takpe la jugak.

Kalau beli motor baru, insyaAllah 5, 6 tahun guna pun still ok lagi. Tapi tengok gak la kita guna macamana.

Kena rajin survey kat kedai, kat Mudah dan tanya kawan kawan pasal motor yang kita nak beli. Setiap motor ada pro and cons dia (walau motor baru sekalipun). Rajin rajin la cari info pasal motor yang kita nak beli (Google je la pasal review sesuatu motor tu). Bila dah bulat hati nak beli atau upgrade, teruskan. Tapi sebelum tu, buat la solat sunat hajat dan istiqorah, mohon petunjuk.

-Jom layan trek (gambar hiasan)- 
Tapi biasanya motor yang cc besar ni, diorang guna untuk weekend ride or main kat trek je. Tapi boleh gak la kalau nak buat ulang alik kerja, takde masalah pun (masalah bila hujan kot hehehe).

Apa yang aku taip kat sini adalah berdasarkan pengalaman dan bertanya dengan kawan kawan motor lain dan hasil join group motor kat FB dan forum. Dari situ kita boleh dapat info pasal sesuatu motor. Tapi jangan la percaya 100% sebab kadang kadang ada yang kondem sesuatu brand motor tu sebab diorang pakai brand lain. So, kena pandai la cari dan nilai info yang kita ada tu.

Satu lagi perkara yang penting, upgrade lesen kepada lesen B full. Murah je. Bawah RM500 dah boleh buat lesen (yang tulen tau, bukan yang “terbang” punya).

Ni antara website yang boleh dilawati sebagai rujukan:
http://www.ducati.com.my/
http://www.kawasaki.com.my/
http://www.boonsiewhonda.com.my/
http://www.yamaha-motor.com.my/products.aspx
http://www.facebook.com/nazabikes

Website pasal review motor:
http://www.superbike.co.uk/reviews/
http://www.motorcyclistonline.com/motorcycle_reviews/

Selamat meng”upgrade”!


Wassalam.

12 September 2012

Cornea Vision Optometrist

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Minggu lepas, bawak mak dan ayah mertua aku buat cermin mata. Mak mertua aku baru buat pembedahan laser kat mata dan ayah mertua aku nak buat cermin mata baru, sebab yang lama dah hilang.

So, mana lagi nak ku tuju kalau bukan ke Cornea Vision Optometrist. Kedai ni terletak di Kuala Selangor. Ada satu lagi cawangan di Meru. Kalau tak silap, ni la kedai cermin mata bumiputra yang pertama kat Kuala Selangor ni.




Dari segi harga, insyaAllah lagi murah dari kedai kedai lain. Servis pun terbaik. Segala nasihat mengenai cermin mata, mata akan diberikan secara jujur. Rata rata pilihan bingkai cermin mata pun banyak. Kalau ada design bingkai yang kita nak, tapi takde kat kedai tu, boleh oder. Nak bawak gambar bingkai yang kita nak pun boleh, insyaAllah takde masalah.

Kedai ni start tahun 2007. Pemilk adalah Ahmad Syamzari, lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalambidang optometrik. Sebelum bukak kedai ni, beliau mempunyai pengalaman bekerja di beberapa buah kedai cermin mata/optometrik di Lembah Klang (tak yah la sebut nama kedai tu, sebab memang ternama pun). So, berbekalkan keazaman, kemahiran serta pengalaman yang ada, beliau pun membuka kedai cermin mata sendiri. Alhamdulillah, sekarang dah ada satu lagi cawangan di Meru.

Mak dan ayah mertua aku buat pemeriksaan mata dulu. Memula guna mesin "scan" tu, lepas tu buat secara manual bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat pasal tahap "power" kanta cermin mata tu. Lepas tu, mak dan ayah mertua aku pilih bingkai cermin mata.






4 hari lepas tu, semua dah siap.

Harga? InsyaAllah ada diskaun. So, pada sesapa yang nak buat cermin mata, bolehlah ke kedai ni.

Cornea Vision Optometrist (Kuala Selangor)
No. 58, Jalan 1, Taman Paduka
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 016-520 34 07 (Man)


Cornea Vision Optometrist (Meru)
No. 32, Jalan Meranti Putih 9/KU10
Taman Desa Permai, Meru
41050 Klang
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 017-570 66 34 (Syamzari)

Gambar gambar cawangan di Meru:







Selingan: ni anak aku dok lepak kat kedai tu..







Wassalam.

05 September 2012

Godek Godek Ekzos

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Dah takde apa apa nak buat weekend lepas, so gatal la tangan ni nak buat sesuatu kat black stallion aku tu. Nak kerjakan ekzos motor tu. Bukan apa, ekzos tu dah start tak cantik, ada part yang dah terkopek dan berkarat (kesan dari besi bracket tu la).

So, apa aku buat? Aku spray hitam ekzos tu. Tapi bukan spary dengan warna hitam biasa tu, aku guna spray tahan panas. Sebelum ni pun dah spray kat ekzos tu, tapi kat bahagian lain ekzos tu. Part tu asalnya krom, tapi sebab dah ada karat, aku pun spray. Dah guna lama, takde pun tanda tanda mengelupas. So berani la aku nk spray kat semua bahagian ekzos tu.









Lepas bukak ekzos tu, aku pasang balik ekzos asal. Berat la pulak. Lepas tu baru la aku gosok gosok sikit ekzos tu dengan kertas pasir. Dah bersihkan, baru la aku spray dengan spray tahan panas tu. Ops.. sebelum tu, aku cover logo Yoshi tu dengan beberapa part lagi. Cover dengan masking tape je. Lepas tu spray.

Spray la satu lapisan dulu, agak agak dah kering, spray lagi satu lapisan. Buat la dalam 3 atau 4 lapisan, baru la tebal sikit.

Bila nak pasang semula, aku ada buang satu besi pengikat kat ekzos tu. Sekarang ni baru la nampak ekzos tu terjongket sikit. Sebelum ni kalau ada besi tambahan tu, ekzos tu macam "rata" je. Tu yang aku pelik bila tengok motor orang lain yang guna ekzos Yoshi.. apasal diorang punya macam cantik je posisi tu. So, ekzos aku sekarang pun dah nampak ok (bagi mata aku la...).







Pasal stiker lak, aku dah buang stiker yang banyak banyak tu. Sekarang ni cuma ada stiker Alpinestars (kat body), Yoshimura (kat body), Bridgestone (kecik kat fork kiri kanan). Stiker perkataan "The Black Stalion" still ada kehkehkeh.

Tapi satu la aku nak cerita, masa pasang ekzos asal, aku ada bawak gi Shah Alam sekali. Alamak! Senyap je motor aku tu. Cuak lak rasa. Bukan apa, sebab bunyi tak kuat, so rasa kurang yakin lak time nak potong kenderaan lain. Takut diorang tak perasan aku ada kat sebelah. Pecut pun time jalan clear. Nak potong pun aku pikir 2, 3 kali.

Kalau pakai eksoz Yoshi ni, yakin gak bila nak memotong, sebab orang akan perasan aku ada kat belakang or sebelah diorang tu.

So, kalau ninja lain nak tukar ekzos, tapi tak nak bunyi kuat sangat, boleh sarung ekzos Arrow. Yang tu bagi aku bunyi tak sekuat Yoshi, tapi still orang boleh notice kita ada kat belakang or tepi diorang.


-Antara pilihan ekzos Arrow untuk Ninja 250r-

Harga? Yang original ada la dekat RM3000. Try la usha Mudah untuk kepastian atau ke kedai superbike yang berdekatan anda hehehehe.


Wassalam.