12 September 2012

Cornea Vision Optometrist

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Minggu lepas, bawak mak dan ayah mertua aku buat cermin mata. Mak mertua aku baru buat pembedahan laser kat mata dan ayah mertua aku nak buat cermin mata baru, sebab yang lama dah hilang.

So, mana lagi nak ku tuju kalau bukan ke Cornea Vision Optometrist. Kedai ni terletak di Kuala Selangor. Ada satu lagi cawangan di Meru. Kalau tak silap, ni la kedai cermin mata bumiputra yang pertama kat Kuala Selangor ni.




Dari segi harga, insyaAllah lagi murah dari kedai kedai lain. Servis pun terbaik. Segala nasihat mengenai cermin mata, mata akan diberikan secara jujur. Rata rata pilihan bingkai cermin mata pun banyak. Kalau ada design bingkai yang kita nak, tapi takde kat kedai tu, boleh oder. Nak bawak gambar bingkai yang kita nak pun boleh, insyaAllah takde masalah.

Kedai ni start tahun 2007. Pemilk adalah Ahmad Syamzari, lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalambidang optometrik. Sebelum bukak kedai ni, beliau mempunyai pengalaman bekerja di beberapa buah kedai cermin mata/optometrik di Lembah Klang (tak yah la sebut nama kedai tu, sebab memang ternama pun). So, berbekalkan keazaman, kemahiran serta pengalaman yang ada, beliau pun membuka kedai cermin mata sendiri. Alhamdulillah, sekarang dah ada satu lagi cawangan di Meru.

Mak dan ayah mertua aku buat pemeriksaan mata dulu. Memula guna mesin "scan" tu, lepas tu buat secara manual bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat pasal tahap "power" kanta cermin mata tu. Lepas tu, mak dan ayah mertua aku pilih bingkai cermin mata.






4 hari lepas tu, semua dah siap.

Harga? InsyaAllah ada diskaun. So, pada sesapa yang nak buat cermin mata, bolehlah ke kedai ni.

Cornea Vision Optometrist (Kuala Selangor)
No. 58, Jalan 1, Taman Paduka
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
Tel: 016-520 34 07 (Man)


Cornea Vision Optometrist (Meru)
No. 32, Jalan Meranti Putih 9/KU10
Taman Desa Permai, Meru
41050 Klang
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 017-570 66 34 (Syamzari)

Gambar gambar cawangan di Meru:







Selingan: ni anak aku dok lepak kat kedai tu..







Wassalam.