03 October 2012

Starcrest Alignment Specialist.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.


Tajuk kat atas tu actually nama kedai tayar yang aku selalu pergi untuk buat minor servis kereta aku. Sebenarnya, kedai tu kedai tayar, tapi biasa la, minor servis seperti tukar minyak hitam, oil filter, plug, air filter untuk kereta tempatan takde masalah. Kereta tempatan maksud aku, Proton dengan Perodua. Tapi pernah gak aku tengok ada kereta Honda servis kat situ.


Servis kat sini memang terbaik la aku rasa. Owner dia Simon memang peramah dan suka bagi nasihat yang masuk akal. Harga biasa la, tapi takde la rasa mencekik darah macam sesetengah kedai lain.

-Simon tengah buat alignment. Saje je amik gambo dari belakang, takut dia terkejut lak kalau amik dari depan hehehe-
Aku tau kedai tu pun pasal ada kawan aku yang rekemenkan. Asalnya pergi pasal nak cek brake pad kereta aku. Bila sampai sana, dia cakap memang boleh guna lagi. Banyak lagi brake pad tu. Tapi kalau nak tukar, terpulanglah. Masa tu Simon bukak pad tu, kasi gosok sikit (buang kotor kat pad tu). Lepas tu pasang semula. Time tu kalau tak silap aku dia caj RM3-RM5 je kot. Upah bukak dan pasang semula tayar.

Lepas tu aku selalu la gi sana untuk servis kereta. Kalau ada promosi minyak enjin kereta dia akan bagitau. Dapat la mug, beg, mangkuk. Kalau tak ada, dia akan cakap tak ada, kalau dah abis stok pun dia kata dah abis, kalau ada dia bagitau.


Tak macam ada satu tempat servis Proton yang aku pergi dulu. Patutnya minyak enjin Petronas yang aku gunakan tu ada promosi dapat toolset, tapi tak dapat. Aku pun tak tau. 2-3 hari lepas tu baru aku tau ada promosi, tu pun sebab tengok iklan kat tv.

Pernah tukar semua tayar kat kedai dia, pernah tukar absober belakang dengan dia, dan repair rim pun pernah.


Ada sekali tu, kereta aku semput, dia tak buat kat kedai tu, tapi dia bagi nasihat dan pendapat pasal masalah kereta aku tu. Ok la, dia nak luang masa dengar masalah kereta aku.


Si Simon ni, dia akan test semua kereta yang dia servis (especially yang servis tayar). Selagi tak best, selagi tu dia akan buat sampai rasa ok. Macam kereta aku tu, masa baru baru beli, memang perasan yang stereng kereta aku tu macam senget sikit (tak center). Kalau center kan stereng tu, kereta akan ke kanan sikit. Bukan aku sorang je kena macam tu, ramai lagi yang jadi macam tu (masa tu aku join forum, so tau la masalah kereta yang sejenis dengan aku tu).

Tapi lepas aku buat alignment dengan balancing, semua ok! Stereng dah center, puas hati aku hehehe. Tapi masa servis denga Proton, takleh pulak diorang buat macam tu.




Lokasi kedai Starcrest ni kat Sungai Buloh, Jeram. Kalau nak Google, korang taip Taman Aman, Jeram, sebab kedai ni teretak kat Taman Aman.

Apa apa hal, boleh contact si Simon ni: 012.268.20.33

Ada 2 perkara yang korang kena tau sebelum pergi kedai Simon ni; dia tutup setiap hari Isnin (bukak hari Selasa sampai Ahad) dan kedai dia ni selalunya ramai orang datang. Macam last servis kereta aku aritu, dekat 2 jam aku tunggu turn. Tapi takpe, servis baik!


Wassalam.