25 February 2013

Helmet (pilihan ku).

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Hujung minggu lepas aku beli lagi helmet untuk riding, LS2 (matte black -- suka lak aku dengan color scheme ni). Aku beli 2 sebab satu untuk aku, satu lagi untuk wife aku. Kali ni aku beli helmet yang flip-up sekali dengan extra visor kat dalam (flip-up helmet with double visor). So, kalau ada orang cakap double visor, maknanya ada visor tambahan kat dalam helmet tu (berperanan sebagai sunglass, so tak payah la nak pakai spek hitam atau nak guna visor yang tinted).





Actually masa mula mula guna Ninja dulu aku dah cadang nak beli yang flip-up, tapi tah kenapa tah aku tak beli. Aku beli fullface biasa punya aje. Aku beli helmet fullface SOL kelabu, corak Terminator (untuk aku) dan helmet BEON merah, corak abstrak untuk wife aku.




Kemudian aku tukar visor helmet SOL tu kepada yang tinted (pelangi). Bukan apa, sebelum ni kalau pakai pergi dan balik kerja, mata aku silau. Bila dah tukar visor yang tinted, cerah je biji mata aku... time hari cerah la. Time hujan or ride malam, memang leceh.

Helmet wife aku dah memang asal tinted. Tapi kalau ride malam dia apa kisah, duduk belakang je hehehe.




Kemudian, ambil kira isu susah nak cakap dengan orang kalau pakai fullface biasa, aku amik keputusan untuk beli helmet flip-up dengan double visor. Tengok tengok kat Mudah.my, jumpa a helmet LS2 yang ada jual kat kedai Hiap Aik Meru. Harga pun aku rasa ok (untuk yang baru). Satu helmet dijual dengan harga RM280. So aku pun beli la dua.

Masa pergi kedai Hiap Aik Meru tu, aku tanya dulu samada stok ada lagi atau tak. Budak kedai tu kata dah habis stok, yang ada pun saiz M je (aku nak saiz L). Tapi bila dia cek semula, memang rezeki aku ada la masa tu. Memang ada stok baru sampai. Masih dalam kotak (kotak kotak helmet dalam kotak besar lagi).

So, aku pun cuba la saiz L. Alamak! Macam ketat je. Lepas tu aku try saiz XXL. Macam ok. Lepas tu baru aku perasan.. kalau nak senang pakai dan tanggalkan  helmet tu, kena angkat flip tu dulu, baru la senang nak pakai dan tanggalkan helmet tu (mana aku taaauuuuuuu!). So, aku beli saiz L untuk aku dan saiz XXL untuk wife aku. Aku pilih XXL sebab wife aku pakai tudung.

Sekarang ni aku perasan yang lain brand, lain sikit ukuran saiznya. Saiz L helmet SOL tak sama dengan saiz L helmet LS2. Perbezaaan ketara aku tengok pada span dalam helmet tu. Tapi semua helmet yang aku ada, semuanya ringan, kukuh dan selesa untuk dipakai.





Sikit tips nak memilih saiz helmet:
- Pastikan senang nak pakai.
- Bila dah pakai, pastikan pengikat (strap) sesuai dengan kita (kedudukan dan tahap ketat strap tu). Tapi jangan la sampai tercekik pulak.
- Bila dah pakai dan strap sesuai dengan kita, cuba goyang goyangkan helmet tu (kiri kanan depan belakang). Kalau rasa longgar, maknanya helmet tu terlalu besar bagi kita.
- Cuba juga untuk "tanggalkan" hemet tu. Kalau ada rasa terangkat, maknanya besar la helmet tu.
- Lain lain yang kena cek: tali pengikat tu (ada koyak ke tak), visor calar ke tak, ada mana mana retak ke tidak, keadaan span dalam dan lain lain yang patut.

Selamat memilih, membeli dan memakai.. safe ride you guys!


Wassalam.

13 February 2013

Ride ke Grik (11 Feb 2013).

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Plan ride ke Grik ni dianjurkan oleh ahli ahli kelab Walikota Bikers. Kebetulan anak buah aku yang inform pasal ride ni. Jadi aku pun join la dengan sebab utama nak tambah milage pada rhino aku tu.

Ni adalah ride pertama aku dengan Walikota Bikers. Dulu yang ride pergi Fraser Hill tu join Meru Bikers.

So pada hari kejadian, kitorang semua berkumpul di stesen minyak Petronas Puncak Alam antara pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Rata rata yang join ride kali ni adalah dikalangan pemilik easy rider. Motor lain 1 Versys 650, rhino aku, Blade 650 dan Blade 250. Total ada la 13 motor join ride ke Grik ni.

Tepat 8.30 pagi kitorang gerak. Aku pun tak sure mana chek point seterusnya, so follow je la. Kitorang dari Puncak Alam, masuk hiway LATAR. Tengah ride tu, aku nampak ada dua buah easy rider. Rupa rupanya diorang pun join ride ni gak.

So, kitorang stop kat salah satu perhentian rehat kat hiway LATAR tu. Kumpul kat situ untuk sesi penerangan ringkas dan bacaan doa mohon selamat untuk kitorang pergi dan balik.




-Sebelum sesi taklimat (gambar: dari fb Bro Sudirman)- 
Dalam kol 9.00 pagi kitorang pun gerak menuju destinasi. Check point pertama adalah di R&R Tapah. Namun kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Dalam perjalanan salah sebuah motor group kitorang mengalami kerosakan. So kitorang berenti kejap kat tepi jalan untuk check apa yang rosak. Macam rosak piston je (pendapat aku) sebab bila enjin start ada bunyi knocking. Then kitorang gerak slow sikit menuju ke R&R yang berdekatan.



Sampai di R&R, kitorang pun cek la apa masalahnya. Dekat 2 jam gak cuba repair motor tu. Last last memang tak dapat nak hilangkan "bunyi knocking" tu. So motor yang rosak tu kena patah balik (bukan tak boleh gerak, boleh.. tapi tak boleh gerak laju). So 2 motor lagi eskot motor yang rosak tu balik. Yang lain teruskan perjalanan seperti yang dirancang.

Next stop, R&R Tapah. Sampai kat R&R Tapah, kitorang lunch. Aku macam tak lalu nak makan, tapi perut kena isi jugak. Masuk angin nanti lagi leceh, sebab perjalanan jauh lagi. Lepas lunch, perjalanan pun diteruskan lagi dan berhenti di 2 lagi R&R untuk berehat kejap dan isi minyak. Lepas tu kitorang exit di Kuala Kangsar.



Lepas exit hiway, ddestinasi dah tak berapa jauh. Dalam pukul 2.45 petang, kitorang selamat sampai ke destinasi yang dituju: Syamille Agrofarm & Resort (http://syamille.com.my/) atau (http://www.facebook.com/pages/Syamille-Agrofarm-Resort-Sdn-Bhd/127854320652891).

Tempat yang menarik. Sesuai untuk berehat, bersantai dan boleh juga kalau nak buat kursus kat situ. Ada ladang rusa, arnab dan tempat buat madu lebah. Lepas minum kejap, kitorang solat berjemaah di surau. Lepas solat, kitorang dibawa untuk melihat air terjun yang ada kat situ. Nak ke sana kena naik 4x4 sebab keadaan jalan agak mencabar (naik motor cub boleh la). Sampai "atas" ada beberapa family tengah mandi. Memang sejuk air sungai tu. Anak buah aku mandi tak sampai 30 minit, dah naik semula. Lepas turun, kitorang dijamu dengan mee goreng dan minum air sirap ais dan air kopi. Cerah semula mata ni.









Pukul 6.00 petang, kitorang pun bergerak balik. Keadan trafik agak sesak dengan kereta, lebih lebih lagi bila lepas tol Cameron Highlands (banyak kereta turun dari Cameron).

Perhentian terakhir di R&R Ulu Bernam (isi minyak) dan plan untuk check point seterusnya. Kata putus dibuat untuk masuk semula ke hiway LATAR dan exit Puncak Alam dan terus bersurai ke destinasi masing masing. Aku dari LATAR terus ke Ijok dan balik rumah.




Overall ride kali ni aku amat berpuas hati. Speed antara 100 hingga 120km/j, so aku boleh la follow. Jarak yang aku cover kali ni ada la dalam 500+km. Isi minyak dalam RM40. Sampai rumah dalam pukul 11.15pm dan meter minyak aku pun dah berkelip kelip. Tapi apa yang penting, motor aku dah lebih 1000km (milage) dan boleh buat first servis. Lepas ni boleh la cuba berapa speed yang aku berani bawak kehkehkeh.

Bawak rhino, aku rasa lebih stabil. Amik selekoh pun lebih yakin (berbanding dengan ninja 250r aku dulu tu). Cuma kalau selekoh tu ada macam kesan minyak, aku dah mula rasa cuak nak layan selekoh.. takut jatuh beb.


Wassalam.