Plan ride ke Grik ni dianjurkan oleh ahli ahli kelab Walikota Bikers. Kebetulan anak buah aku yang inform pasal ride ni. Jadi aku pun join la dengan sebab utama nak tambah milage pada rhino aku tu.
Ni adalah ride pertama aku dengan Walikota Bikers. Dulu yang ride pergi Fraser Hill tu join Meru Bikers.
So pada hari kejadian, kitorang semua berkumpul di stesen minyak Petronas Puncak Alam antara pukul 8.00 hingga 8.30 pagi. Rata rata yang join ride kali ni adalah dikalangan pemilik easy rider. Motor lain 1 Versys 650, rhino aku, Blade 650 dan Blade 250. Total ada la 13 motor join ride ke Grik ni.
Tepat 8.30 pagi kitorang gerak. Aku pun tak sure mana chek point seterusnya, so follow je la. Kitorang dari Puncak Alam, masuk hiway LATAR. Tengah ride tu, aku nampak ada dua buah easy rider. Rupa rupanya diorang pun join ride ni gak.
So, kitorang stop kat salah satu perhentian rehat kat hiway LATAR tu. Kumpul kat situ untuk sesi penerangan ringkas dan bacaan doa mohon selamat untuk kitorang pergi dan balik.
-Sebelum sesi taklimat (gambar: dari fb Bro Sudirman)- |
Sampai di R&R, kitorang pun cek la apa masalahnya. Dekat 2 jam gak cuba repair motor tu. Last last memang tak dapat nak hilangkan "bunyi knocking" tu. So motor yang rosak tu kena patah balik (bukan tak boleh gerak, boleh.. tapi tak boleh gerak laju). So 2 motor lagi eskot motor yang rosak tu balik. Yang lain teruskan perjalanan seperti yang dirancang.
Next stop, R&R Tapah. Sampai kat R&R Tapah, kitorang lunch. Aku macam tak lalu nak makan, tapi perut kena isi jugak. Masuk angin nanti lagi leceh, sebab perjalanan jauh lagi. Lepas lunch, perjalanan pun diteruskan lagi dan berhenti di 2 lagi R&R untuk berehat kejap dan isi minyak. Lepas tu kitorang exit di Kuala Kangsar.
Lepas exit hiway, ddestinasi dah tak berapa jauh. Dalam pukul 2.45 petang, kitorang selamat sampai ke destinasi yang dituju: Syamille Agrofarm & Resort (http://syamille.com.my/) atau (http://www.facebook.com/pages/Syamille-Agrofarm-Resort-Sdn-Bhd/127854320652891).
Tempat yang menarik. Sesuai untuk berehat, bersantai dan boleh juga kalau nak buat kursus kat situ. Ada ladang rusa, arnab dan tempat buat madu lebah. Lepas minum kejap, kitorang solat berjemaah di surau. Lepas solat, kitorang dibawa untuk melihat air terjun yang ada kat situ. Nak ke sana kena naik 4x4 sebab keadaan jalan agak mencabar (naik motor cub boleh la). Sampai "atas" ada beberapa family tengah mandi. Memang sejuk air sungai tu. Anak buah aku mandi tak sampai 30 minit, dah naik semula. Lepas turun, kitorang dijamu dengan mee goreng dan minum air sirap ais dan air kopi. Cerah semula mata ni.
Pukul 6.00 petang, kitorang pun bergerak balik. Keadan trafik agak sesak dengan kereta, lebih lebih lagi bila lepas tol Cameron Highlands (banyak kereta turun dari Cameron).
Perhentian terakhir di R&R Ulu Bernam (isi minyak) dan plan untuk check point seterusnya. Kata putus dibuat untuk masuk semula ke hiway LATAR dan exit Puncak Alam dan terus bersurai ke destinasi masing masing. Aku dari LATAR terus ke Ijok dan balik rumah.
Overall ride kali ni aku amat berpuas hati. Speed antara 100 hingga 120km/j, so aku boleh la follow. Jarak yang aku cover kali ni ada la dalam 500+km. Isi minyak dalam RM40. Sampai rumah dalam pukul 11.15pm dan meter minyak aku pun dah berkelip kelip. Tapi apa yang penting, motor aku dah lebih 1000km (milage) dan boleh buat first servis. Lepas ni boleh la cuba berapa speed yang aku berani bawak kehkehkeh.
Bawak rhino, aku rasa lebih stabil. Amik selekoh pun lebih yakin (berbanding dengan ninja 250r aku dulu tu). Cuma kalau selekoh tu ada macam kesan minyak, aku dah mula rasa cuak nak layan selekoh.. takut jatuh beb.
Wassalam.