30 April 2013

Ride ke Lata Kinjang (28 Apri 2013).

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

28 April (Ahad) aku join group ER6F ride ke Lata Kinjang, Perak. First time aku join ride anjuran group Kawasaki FMOG (Kawasaki ER6F Malaysia Official Group). Dan first time gak wife aku ikut sekali ride hehehe.



Bertolak dari rumah dalam kol 7.50 pagi. Aku singgah Petronas Setia Alam sebab nak jumpa sorang lagi group member kat situ. Sampai je sana dalam kol 8.10 pagi. Dia kata ada sorang lagi rider dari Pelabuhan Klang nak join. Tapi dekat pukul 8.45 pagi baru tau yang dia lambat, so kitorang gerak terus ke tempat perjumpaan (R&R Rawang).

Sampai R&R Rawang dalam kol 9.10 pagi. Banyak motor besar kat situ, tapi tak semua geng ER6. Nasib baik group ke Lata Kinjang ada lepak sekali. Apa susah, tanya je la nak berkonvoi ke mana, sebut je Lata Kinjang, confirm la group yang betul hehehe.






9.30 pagi ramai yang dah sampai. Dari KL/Selangor je daam 19 buah motor (ER6F dan ER6N). Lepas briefing sikit, kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya, Sungkai.

Lepas exit hiway, terus ke satu stesen minyak Shell (aku tak sure kat mana). Kat situ group dari Taiping (pelbagai motor) join sekali. Adal la dalam 10 buah motor. Then group kitorang pun bergeraklah ke destinasi yang dituju.

Ikut jalan dalam.. seronok gak sebab walaupun jalan agak kecil, tapi keadaan jalan elok, banyak selekoh. Bila dah banyak selekoh, dapat la aku uji Black Rhino aku tu layan kona dengan ada pillion. Keputusannya: memang mantop!

Sampai Lata Kinjang, aku, wife aku dan beberapa rider lain terus makan sebab lapar. Air jangan cerita la, stop je kat mana mana perhentian sebelum tu, beli air..beli air.. Dahaga beb!





Solat Zohor dan Asar (jamak) kat surau Lata Kinjang tu. Lepas tu jalan jalan sikit kat tepi sungai. Tak berapa ramai orang, mungkin sebab ramai sibuk berkempen untuk PRU13 ni kot hehehe.

Dalam kol 2.30 petang, dah siap siap nak bergerak. Amik gambar sikit, lepas tu konvoi bergerak balik. Tapi ada gak beberapa rider yang dah gerak awal sebab ada hal.

Singgah kat Bidor beli buah jambu. Memang aku dah standby saddle bag untuk bawak jambu. Tahan gak la saddle bag brand Tanked tu. Letak jambu 2 kilo belah kiri dan 2 kilo lagi belah kanan bag. Seimbang la kan.






Last stop kat R&R Ulu Bernam. Aku dan wife aku minum je (lagi). Most rider makan berat sebab diorang tak makan lagi masa kat Lata Kinjang tu.

Aku dan beberapa rider lain gerak awal sikit, termasuklah aku. Lepas bersalam salaman, aku dan wife pun mulakan destinasi balik. Bawak biasa je dalam 130kmj, memang santai.

Balik ikut LATAR, exir Puncak Alam sebab nak ke rumah mak aku. Tapi stop jap kat Petronas Puncak Alam sebab kaki wife aku krem sikit. Lepas 20 minit rehat, aku pun terus gi rumah mak aku. Lepas Maghrib baru gerak balik.



Syukur semuanya berjalan lancar.. Cuaca elok, tiada insiden yang tak diingini berlaku, aku dan wife enjoy. Perjalanan sejauh 350km+ yang amat berbaloi. 


Wassalam.

22 April 2013

ARRC 2013.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Ahad lepas (21 April 2013), aku bawak wife and anak anak aku gi Sepang International Circuit (SIC) sebab ada Asia Road Racing Championship (ARRC) pusingan 1. Padahal aku memang malas kalau nak gi SIC kalau ada MotoGP or Formla 1 sebab mesti jem punya lah. Tapi kali ni aku pergi gak sebab masuk dan parking adalah FREE hehehe.



Actually race motor besar 600cc ke atas start dari pukul 10 pagi. Tapi aku sampai lambat. Sampai SIC dalam kol 12 lebih (dekat kol 1 agaknya). So sempat la tengok race motor Honda 250cc (memang kategori Honda kot sebab semua motor design sama je, baik dari motor sampai la ke riding suit diorang.. helmet je design lain lain). Lepas tu Cubprix kalau tak silap aku. Dalam kol 3 lebih nak dekat kol 4, baru sambung race motor cc besar. Tapi malas nak tunggu sebab anak aku yang kecik tu dah start boring. So, abis je race motor Honda tu kitorang pun gerak la balik. Sebelum tu ronda ronda dulu kat tempat tempat diorang buat pameran dan jual barangan motor.

Hari mendung je, tapi ok a sebab tak hujan. Amik gambar sana sini, pastu anak anak ajak masuk muzium automobil kat SIC tu.

























Wassalam.

11 April 2013

MANEX-D 2013.

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

9 April 2013 (Selasa), Kelab Multimedia FSKTM telah menganjurkan hari multimedia. Acara tu dikenali sebagai Multimedia Annual Exhibition Day 2013 (MANEX-D 2013). Dibuka pada semua pelajar diploma dan ijazah multimedia untuk mempamerkan hasil kerja multimedia diorang.



Selain tu ada gak Career Talk. Yang ini, kitorang jemput ex-student multimedia kitorang untuk kongsi pengalaman (sebab dia dah kerja kat production house). Sorang lagi fotografer dari Snap Digital, En. Suzaini Sulaiman. Ni kali kedua dia sudi datang dan kongsi ilmu pasal fotografi.  Untuk aku, aku wajibkan student photo aku untuk pamerkan hasil kerja mid-term diorang.

Pada asalnya nak dibuat di Dewan Canselor, tapi disebabkan beberapa isu, maka tempat pameran diubah ke library. Ok gak buat kat library, at least nampak la ada aktiviti kat library tu. Tempat pun ok dan luas. Memang dapat kerjasama yang baik dari pihak library.

Isnin (8 April) semua crew (termasuk aku) kemas kemas ruang yang nak digunakan. Susun susan meja, kerusi untuk setup ruang student yang sertai pameran. Nasib baik meja library tu tak berat sangat. Cepat je siap susun susun sebab ramai crew yang tolong. Siap ruang pameran (kat tingkat 2), kitorang turun ke ground floor untuk setup ruang untuk majlis perasmian penutup.

Antara VIP yang datang, Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber FSKTM.













Yang ni bukan pameran kosong je. Ada gak anugerah atau award yang dipertandingkan. Antara award yang dipertandingkan:


  • Penyampai/Persembahan Terbaik 
  • Produk Paling Kreatif.
  • Produk Paling Menyerlah.
  • Produk Pilihan Pengunjung.
  • Produk Pilihan Dekan.
Habis je program, semua crew kemas balik ruang library yang kitorang gunakan tu. Kejap je kemas kalau ramai yang menolong.

InsyaAllah, tahun depan buat lagi dan harap akan lebih baik dari tahun ni. Maklumlah, ni la kali pertama kitorang anjurkan event yang macam ni.


Wassalam.