30 April 2013

Ride ke Lata Kinjang (28 Apri 2013).

Dengan nama Allah.. Assalamu'alaikum wrt. wbt.

28 April (Ahad) aku join group ER6F ride ke Lata Kinjang, Perak. First time aku join ride anjuran group Kawasaki FMOG (Kawasaki ER6F Malaysia Official Group). Dan first time gak wife aku ikut sekali ride hehehe.



Bertolak dari rumah dalam kol 7.50 pagi. Aku singgah Petronas Setia Alam sebab nak jumpa sorang lagi group member kat situ. Sampai je sana dalam kol 8.10 pagi. Dia kata ada sorang lagi rider dari Pelabuhan Klang nak join. Tapi dekat pukul 8.45 pagi baru tau yang dia lambat, so kitorang gerak terus ke tempat perjumpaan (R&R Rawang).

Sampai R&R Rawang dalam kol 9.10 pagi. Banyak motor besar kat situ, tapi tak semua geng ER6. Nasib baik group ke Lata Kinjang ada lepak sekali. Apa susah, tanya je la nak berkonvoi ke mana, sebut je Lata Kinjang, confirm la group yang betul hehehe.






9.30 pagi ramai yang dah sampai. Dari KL/Selangor je daam 19 buah motor (ER6F dan ER6N). Lepas briefing sikit, kitorang terus gerak ke destinasi seterusnya, Sungkai.

Lepas exit hiway, terus ke satu stesen minyak Shell (aku tak sure kat mana). Kat situ group dari Taiping (pelbagai motor) join sekali. Adal la dalam 10 buah motor. Then group kitorang pun bergeraklah ke destinasi yang dituju.

Ikut jalan dalam.. seronok gak sebab walaupun jalan agak kecil, tapi keadaan jalan elok, banyak selekoh. Bila dah banyak selekoh, dapat la aku uji Black Rhino aku tu layan kona dengan ada pillion. Keputusannya: memang mantop!

Sampai Lata Kinjang, aku, wife aku dan beberapa rider lain terus makan sebab lapar. Air jangan cerita la, stop je kat mana mana perhentian sebelum tu, beli air..beli air.. Dahaga beb!





Solat Zohor dan Asar (jamak) kat surau Lata Kinjang tu. Lepas tu jalan jalan sikit kat tepi sungai. Tak berapa ramai orang, mungkin sebab ramai sibuk berkempen untuk PRU13 ni kot hehehe.

Dalam kol 2.30 petang, dah siap siap nak bergerak. Amik gambar sikit, lepas tu konvoi bergerak balik. Tapi ada gak beberapa rider yang dah gerak awal sebab ada hal.

Singgah kat Bidor beli buah jambu. Memang aku dah standby saddle bag untuk bawak jambu. Tahan gak la saddle bag brand Tanked tu. Letak jambu 2 kilo belah kiri dan 2 kilo lagi belah kanan bag. Seimbang la kan.






Last stop kat R&R Ulu Bernam. Aku dan wife aku minum je (lagi). Most rider makan berat sebab diorang tak makan lagi masa kat Lata Kinjang tu.

Aku dan beberapa rider lain gerak awal sikit, termasuklah aku. Lepas bersalam salaman, aku dan wife pun mulakan destinasi balik. Bawak biasa je dalam 130kmj, memang santai.

Balik ikut LATAR, exir Puncak Alam sebab nak ke rumah mak aku. Tapi stop jap kat Petronas Puncak Alam sebab kaki wife aku krem sikit. Lepas 20 minit rehat, aku pun terus gi rumah mak aku. Lepas Maghrib baru gerak balik.



Syukur semuanya berjalan lancar.. Cuaca elok, tiada insiden yang tak diingini berlaku, aku dan wife enjoy. Perjalanan sejauh 350km+ yang amat berbaloi. 


Wassalam.