Ni nak cerita pasal shopping kat Ho Chi Minh City (HCMC) pulak. Kalau pandai tawar menawar dan beli banyak, memang boleh dapat harga rendah.
Kitorang mula shopping kat pasar Ben Thanh tu bila dah petang. Dalam pukul 1pm (waktu Vietnam) rasanya. Time tu aku perasan memang tak ramai orang (Malaysia) shopping. Mungkin sebab hari Khamis kot. Kalau weekend maybe ramai la.
-Pasar Ben Thanh- |
Masuk je dalam terus round round. Tak tau nak tuju mana dulu. Deretan kedai memang rapat dan laluan pun sempit. Jalan punya jalan, jumpa la satu kedai yang wife aku "kenal" dengan penjualnya. Perempuan muda Vietnam yang kawan kitorang pernah berurusan dengannya. Tapi dia jual kain potong je, takde jual baju siap jahit. Nama dia Lynn, boleh cakap Melayu. Senang la nak berurusan dengan dia nanti. Kitorang nak jalan jalan dulu sebab nak cari kedai yang ada jual baju siap.
-Salah satu pintu masuk ke pasar BenThanh- |
-Bahagian dalam pasar Ben Thanh- |
-Bahagian dalam pasar Ben Thanh- |
-Kebanyakkan peniaga akan panggil kita dalam Bahasa Melayu- |
Lepas tu jumpa satu kedai ni yang memang jual baju dah siap. Wife aku target baju chiffon dengan cotton. So singgah la kedai ni. Banyak juga kitorang beli. So dapat la kurang sikit harga.
Awek tu namanya Moon. Boleh cakap Inggeris. Sangat membantu dalam pemilihan barang yang nak dibeli. Dia ni jugak la yang banyak tolong kitorang uruskan masalah kad ATM hehehe.
-Moon sedang membantu kitorang pilih kain- |
-Pilihan baju siap di kedai Moon- |
So bila dah siap membeli atau memborong, kita boleh mintak diorang tolong hantarkan ke hotel. Lepas tu hari dah agak petang, kitorang pun makan dan jalan jalan sikit keliling bandar.
Bila malam, kitorang jalan jalan ke pasar malam. Memang sebelah dengan hotel. Kat sini barang mahal sikit dari yang di pasar Ben Thanh tu. Kalau tak nak beli, tak yah tawar tawar harga. Yang murah adalah t-shirt yang dijual dengan harga RM7 sehelai. Saiz budak dengan saiz orang dewasa sama je. Sesuai untuk cenderahati la.
-Pasar malam di HCMC- |
-Pasar malam di HCMC- |
-Hingar bingar motor di HCMC- |
Esoknya, kitorang borong kain cotton pulak. Kali ni pergi kedai Lynn yang boleh cakap Melayu tu. Time tu kitorang pergi dalam pukul 9am. Memang ramai orang. Leceh gak nak memilih sebab ramai orang. Jalan pun sempit. Tapi akhirnya berjaya gak borong hehehe. Kitorang buat cepat sebab pukul 12pm nak kena chek out dari hotel. So kol 10.45am kitorang dah ada kat hotel, siap siap nak packing barang.
-Lynn (kiri) yang boleh berbahasa Melayu- |
Ok, sikit tips pasal nak bawak balik barang ke Malaysia. Kalau nak bawak balik banyak cenderahati, korang kena stay kat mana mana negara tu at least 3 hari 2 malam. Kalau tak, cenderahati tu boleh dikenakan cukai masa kat airport Malaysia nanti. Hampeh, kan?
Kalau nak bawak balik barang barang yang dah diborong tu, baik letak dalam beg roda, jangan letak dalam beg plastik biru besar tu sebab nampak sangat memang korang beli borong untuk dijual semula. Kalau nak beli gak beg plastik besar tu, jangan beli yang warna biru, beli yang ada corak corak. Takde la nampak sangat macam beg borong.
Aku bagitau ni sebab aku dah kena masa kat airport Malaysia. Aku je yang kena panggil padahal ada gak yang guna beg plastik besar tu, tapi diorang tu punya ada corak corak sebab tu nampak macam beg biasa.
So bila aku dah kena panggil dengan kastam tu, kena la bayar cukai. Nasib baik la kastam tu friendly. Lagipun memang aku tak tau procedure, so aku dimaafkan la sebab first time hehehe. Berapa cukai aku kena bayar? Takyah la cerita ye kehkehkeh.
Tapi kalau nak berniaga cara jujur, bayar la cukai. Lebih berkat. Kalau nak pos dari Vietnam pun boleh, penjual sana boleh uruskan. InsyaAllah lepas ni, kitorang mintak si Moon dan Lynn poskan je dari Vietnam. Jimat masa dan tambang flight. Tapi aku dah cakap dengan wife aku, kalau pos pun kena cukai, kita bayar je lah. Bukan banyak mana pun. Lagipun nak berkat dalam berniaga ni, kalau tak bayar cukai, kira macam menyeludup la. Kalau dah jual barang "seludup" mana nak berkat, ye tak?
Sikit tips:
1. Pergi kedai time tengahari, kalau pagi ramai sangat orang.
2. Kalau nak memborong, pergi la weekdays.
3. Pergi at least 3 hari 2 malam, so takde la kastam Malaysia kat airport tu banyak sangat tanya nanti.
4. Guna beg roda tu kalau tak nak kena tahan dengan kastam Malaysia.
5. Kalau kena tahan, bagi kerjasama dan bersikap jujur.
6. Mintak email peniaga yang korang rasa boleh dipercayai untuk urusan jual beli tanpa pergi ke Vietnam.
7. Duit akan dihantar menggunakan khidmat Western Union ke Vietnam.
8. Jangan mula tawar menawar kalau tak nak beli.
9. Jual beli boleh dilakukan dalam matawang USD, RM dan VND.
10. Jangan lupa solat.
Klik SINI kalau korang ter miss Bahagian 1 cerita pasal HCMC ni.