Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.
Banyak kali dah aku tengok kat certain group motor di fb, ada orang nak jual motor dari Singapura. Memang la murah tapi ada risikonya. Risikonya ialah ditahan oleh pihak berkuasa dan motor dirampas kerana membeli motor/kenderaan dari luar negara.
Takyah nak cerita banyak, baca saja artikel ni pasal motor/kenderaan yang dibeli dari luar negara.
-----
Mungkin ada di kalangan kita yang kurang memahami atau tidak
tahu mengenai perkara ini. Jadi info ini sangat berguna untuk kita semua.
Sejam yang lalu, menerusi laman media sosial FB, Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaparkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia
tidak pernah mengeluarkan Approved Permit (AP) kenderaan untuk negara ASEAN. Di
mana sebarang pembelian kenderaan dari Singapura, Thailand, Brunei dan
Indonesia adalah tidak sah dan tidak boleh didaftarkan di Malaysia.
Ini bermakna semua kenderaan dari negara berkenaan yang
dibeli oleh rakyat Malaysia adalah menyalahi undang-undang Malaysia. Jadi,
sebelum anda terjebak dengan isu sebegini, eloklah terlebih dahulu merujuk ke
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Berikut merupakan kenyataan selanjutnya yang disiarkan di FB
rasmi JPJ :
Pembelian kenderaan Singapura (kereta/motosikal)
Rakyat Malaysia boleh beli kenderaan Singapura dan bagi
kerajaan Singapura tiada masalah, asalkan dokumen lengkap bagi pihak Singapura.
Masalah akan timbul selepas rakyat Malaysia membeli dan hendak membawa masuk ke
Malaysia. Kenderaan ini perlu melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
JKDM akan bertanya di mana Approved Permit (AP) dan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sahaja yang mempunyai
kuasa mengeluarkan AP. Jika tiada AP, JKDM akan merampas kenderaan tersebut,
pembeli boleh ditahan serta dikompaun sebanyak RM5,000.00 atau sekiranya di
bawa ke mahkamah maka dendanya adalah 20 kali harga kenderaan tersebut.
Jika ingin memohon AP, perlu ke MITI tetapi AP hanya di
keluarkan kepada :-
i) Pelajar yang belajar di luar negara.
ii) Pekerja yang bekerja di luar negara.
iii) Syarikat pengimpot kenderaan.
Motosikal Singapura yang berada dipasaran Malaysia (jualan
melalui media sosial) oleh pihak ketiga
Rakyat Singapura adalah digalakkan melupuskan kenderaan
mereka selepas 5 tahun. Kenderaan yang lebih 5 tahun tapi jika masih hendak
digunakan maka insurannya akan menjadi tinggi. Jadi mereka terpaksa melupuskan
kenderaan tersebut dan membeli kenderaan baru yang mana kenderaan baru tersebut
akan diberi rebet oleh kerajaan Singapura. Jadi lebih menguntungkan mereka
melupuskan kenderaan tersebut.
Dengan kesempatan ini ada satu sendikit membuat perniagaan
dengan membeli kenderaan ini dan menjual di Malaysia. Cara sendikit ini beroperasi akan menghubungi rakyat
Singapura yang hendak menjual kenderaan dan dilupuskan dengan harga yang amat
murah. Rakyat Singapura ini akan bawak masuk kenderaan ini ke Malaysia dan jual
pada sindiket tersebut.
Sindiket ini akan membuat dokumen palsu (di mana dokumen
asal telah diambil oleh kerajan Singapura). Dan menjualnya kepada rakyat
Malaysia yang berminat. Pernah terjadi pada seorang rakyat Malaysia yang
membeli motosikal Singapura, dan selepas itu pergi ke Singapura.
Semasa hendak
melepasi sempadan Singapura, rakyat Malaysia tersebut ditahan oleh kastam
Singapura atas kesalahan memiliki motosikal yang tidak wujud di Singapura.
Telah tahan semalam, di denda sebanyak $2,500.00 dan motorsikal dirampas.
Peminat motorsikal berkuasa besar yang membeli motorsikal
Singapura dan menetap di Malaysia
Adalah dinasihatkan berhati-hati, JKDM dan PDRM sentiasa
mengadakan operasi mencari kereta/motosikal Singapura. Sebab itu rakyat
Malaysia yang beli motosikal Singapura ini akan bertempiaran lari jika
ternampak skuad pencegah dari JKDM. Mungkin ada yang bertanya, mengapa mereka
lari? Sebab mereka mengetahui jawapannya beli secara haram.
Nota kaki : Menurut laman FB JPJ, kenyataan ini adalah hasil
kiriman ahli SM1JPJ yang prihatin.
-----
Wasalam.