Pada 8 hingga 10 November 2014 (Sabtu hingga Isnin) lepas, Universiti Selangor (UNISEL) telah melangsungkan Istiadat Konvokesyen Kali Ke 9 di Dewan Canselor, kamus induknya di Bestari Jaya. Aku pun involved gak, tapi involved dalam perarakan akademik untuk sesi 3 (Ahad pagi). Bagus gak sebab time tu ada student multimedia aku yang konvo, so dapat la jumpa diorang kejap.
Disebabkan nak kena ada kat UNISEL dalam jam 7.30 pagi, aku dan wife pun buat keputusan untuk tidur je malam Sabtu tu kat opis. Senang.. takde la nanti nak terkejar kejar dari rumah pagi tu. Anak anak tidur rumah nenek diorang. Suka je diorang tu.
Ambil jubah untuk pensyarah start jam 7.30 hingga 8 pagi. Lepas dah amik jubah, terus gi sarapan yang telah disediakan. Lepas sarapan, dalam 8.30 pagi kitorang pun start beratur. Dalam 8.45 pagi student mula berarak masuk. 15 minit selepas tu lecturer pulak masuk, lepas tu VIP dan akhir sekali Pro Canselor masuk.
-Ambil dan try saiz jubah akademik- |
Dalam 11.15 pagi sidang ke 3 ni pun habis. Aku dengan wife pun jalan jalan la kat tapak pesta. Jumpa la a few student yang konvo tadi dan sempat la diorang bergambar dengan aku dan wife. Suka je aku tengok diorang ni sebab dah abis belajar. So sekarang ni masa untuk menghadapi dunia sebenar atau dunia pekerjaan.
-Di luar dewan bersama student sebelum perarakan masuk (foto: Amlya)- |
-Suasana dalam dewan- |
-Suasana dalam dewan- |
-Pelajar pelajar multimedia FSKTM- |
-Pelajar pelajar multimedia (berdiri)- |
Apa apa pun, tahniah kepada semua graduan UNISEL, terutamanya graduan dari FSKTM. All the best to you guys :D
Wassalam.