11 February 2014

Ride ke Tasik Raban (8-9 Feb 2014).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

FMOG buat ride ke Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 8-9 Februari 2014 (Sabtu-Ahad) haritu. Ada dalam 10 buah motor dari yang RV di R&R Rawang. Aku boleh lambat pulak pagi tu. Patutnya pukul 8 am kumpul, pukul 8.30 am gerak.. tapi pukul 8.10 am baru aku nak gerak dari rumah. Aku tawakal je la. Kalau sampai sana diorang ada lagi, aku join la. Kalau tak, aku shoot sendiri ke Tasik Raban hehehe.

Sampai R&R Rawang, diorang ada lagi. Sempat la mengaminkan doa sebelum ride. Lepas tu kitorang terus ke destinasi seterusnya iaitu R&R Simpang Pulai untuk isi minyak.

Sampai Simpang Pulai dalam pukul 10.30m rasanya. Isi minyak, lepas tu      rehat kejap. Kemudian terus ke pit stop seterusnya, Kuala Kangsar. Lepas exit Kuala Kangsar, stop di Petronas untuk tunggu kawan kawan dari utara. Lepas semua dah ada, kitorang terus ke destinasi yang dituju, Tasik Raban.


-Kuala Kangsar-

Kitorang menginap di Tasik Raban Resort. Ok la tempat tu. Memang sesuai untuk berehat atau berkursus. Aku mintak bilik couple. Yang bujang duduk dorm/rumah yang ada bilik bilik.


-Katil queen untuk aku dan wife-

-TV ada, ok la tu. Astro je takde hehehe-

-Sekitar Tasik Raban Resort-

-Sekitar Tasik Raban Resort-

Lepas check in, kitorang lunch di Restoran Tasik Raban. Memang dah pre-oder ikan bakar untuk geng geng FMOG. Lepas lunch, kitorang terus tuju ke Galeri Arkeologi Lenggong. Kat situ ada pemeran mengenai hasil hasi kajian arkeologi yang dijalankan di Lenggong. Memang menarik tempat tu.


-Restoran Tasik Raban-

-Ikan bakar yang sedap (menurut wife aku la, sebab aku tak makan sangat ikan bakar)-

-Antara maklumat/gambar yang dipamerkan-

-Replika tulang manusia zaman purba-

-Ruang pameran di tingkat atas-

-Laluan menuju ke menara tinjau-

-Menara tinjau-

Lepas tu kitorang gerak ke medan selera berdekatan untuk minum (hari panas, tekak pun kering). Tapi geng geng utara dah balik lepas melawat galeri tu. Aku sempat beli gam gajah dan double sided tape. Aku beli sebab throttle grip aku ada masalah sikit.

Lepas tu, kembali ke resort untuk sesi santai. Lepas mandi kat bilik, aku pun mula repair throttle grip aku tu. Alhamdulillah, guna gam gajah memang terbaiklah hehehe.


-Tengah meng"repair" la ni-


-Suasana senja di Tasik Raban Resort-

Malam, dalam pukul 8, sesi "tampal stiker" FMOG baru. Yang ni siap ada nombor siri lagi. Aku punya nombor "C 055". C tu untuk "Central".


-Gambar ni masa kat opis aku, dah tampal masa kat rumah, bukan masa kat Tasik Raban tu-

Lepas tu mula la sesi BBQ. Ada ayam, sosej, nasi goreng, fries dan bihun goreng. Kemudian ada sesi kenal kenal antara satu sama lain. Abis sesi tu, kitorang pun bersurai. Aku terus balik bilik sebab dah letih.


-Bara yang membara-

-Ayam dah nak masak-

Esoknya, dalam pukul 8.30 am, semua dah siap untuk gerak (kena check out awal la pulak) bagi aktiviti seterusnya -- naik bot mengelilingi Tasik Raban. Sampai tempat tu, sarapan la dulu hehehe. Lepas sarapan, baru la kitorang naik bot. Kena naik dua bot sebab mana boleh naik ramai ramai satu bot.


-Siap siap untuk aktiviti seterusnya-

Rasa lama jugak naik bot tu. Ada la dalam 40 minit agaknya. Sempat amik gambar, tengok tengok keadaan sekeliling. Abang driver bot tu siap bagi penerangan lagi. Kira macam tour guide la.

Kemudian kitorang singgah kawasan kampung. Takde menda pun, just amik amik gambar dan sambung balik naik bot.







Sampai jeti, minum kejap lepas tu terus ke Lata Kekabu (kawasan mandi manda air terjun). Sampai sana, ramai yang mandi. Aku rendam kaki je. Dalam pukul 4 pm kitorang siap siap nak teruskan perjalanan lagi. Singgah sebentar tepi jalan untuk beli ikan pekasam.






Lepas tu terus untuk isi minyak di R&R Sungai Perak. Kemudian perjalanan diteruskan ke Ipoh untuk ke restoran "mee udang dan ketam sempoi". Memang sedap! Aku makan mee goreng sotong sempoi (kongsi dengan wife aku).




Dekat pukul 7 pm, kitorang gerak menuju ke R&R Ulu Bernam. Jalan agak sibuk dengan kereta. Perlahan jugak la flow kitorang walaupun ada marshal.

Sampai R&R Ulu Bernam, rehat kejap. Kat situ kitorang mula tuju ke haluan               masing masing. Dalam pukul 9.30 pm aku pun balik sendiri. Kali ni aku confident nak bawak laju. Guna lane tengah dan kanan je. Sekali sekala guna lane kiri bila slow.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah dalam pukul 10.30 pm. Kira sejam la dari R&R Ulu Bernam tu.

Total milage: 639km (set dari depan rumah time pergi dan cek semula time dah park kat rumah).
Minyak: RON95 Petronas.
Tempat/jumlah isi: RM20/dekat rumah + RM20/Simpang Pulai + RM20/Sungai Perak + RM14/Ulu Bernam = RM74.





Semua selamat pergi dan balik.. syukur alhamdulilah!


Wassalam.

04 February 2014

Setahun Bersama Black Rhino.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Syukur kehadrat Ilahi, 18 Jan 2014 yang lepas, cukup setahun aku bersama si badak hitam (black rhino) aku tu. Rasa macam baru je aku amik motor ni kat kedai. Lepas tu tukar sana sini sikit, ride sana sini sikit, tau tau dah setahun.

Takde apa2 yang special aku buat pada back rhino tu. Tukar ekzos perang (satu kemestian), pasang itu ini sikit sikit. Itu pun untuk kemudahan dan kepentingan black rhino aku tu sendiri.

Aku rasa dalam setahun aku dengan black rhino ni ada la 7-8 kali aku join ride. Masa masa lain aku bawak pergi dan balik kerja je. Tak pernah lagi ride jauh jauh (solo atau dengan wife aku).

Ni antara gambar gambar aku bersama black rhino time join ride.


-First time ride jauh & berkonvoi. Ride ke Grik, Perak. Mostly geng geng chooper. Masa ni lesen L lagi dan ada tampal L kat mudguard depan tu. Milage belum pun sampai 1000km-

-Kali kedua ride jauh dengan FMOG,ke Lata Kinjang, Perak. Kali ni wife aku ikut sama-

-Yang ni masa dah sampai Awana. Lepas tu terus naik Genting. First time aku naik Genting dengan motor. Time turun cuak jugak sebab hujan-

-Ride ke Taiping untuk pekena ketam lembut. Balik hari je- 

-Yang ni ride ke Penang, 2 hari 1 malam. Wife ikut sama. Memang seronok time tu-

-Ride ke Ledang. Time ni ada 49 motor yang ikut. Penyertaan terbanyak!-

Ada dua short ride yang aku tak sempat nak amik gambar.. Satu ride ke Morib dan satu lagi ride eskot member FMOG kawin.

Ni pulak gambar latest black rhino aku. Dah tak ada apa apa lagi nak tambah kot. Maintain je lah lepas ni.






Handling setakat ni memang best (bagi aku la). Pikup ada, speed pun ada. Lagipun aku biasa speed 150kmj je. Kalau 160kmj pun time kat hiway berkonvoi. Kalau bawak pergi balik kerja, biasa 130kmj je.

Maintainance pun biasa je. Tiap 3000km gi hantar servis. Tukar minyak hitam (2 botol) + oil filter + service charge ada la dalam RM200. Memang aku hantar kat authorized dealer. Kalau ada masalah, senang sikit nak refer ngan Kawasaki.

Ni pun tengah tunggu Kawasaki untuk call sebab nak kena tukar valve (4 batang) secara PERCUMA. Yup! Percuma sebab valve yang ada sekarang ni tak tahan. Banyak kes yang vave ni putus atau patah.

Next ride, insyaAllah akan ke Tasik Raban, Lenggong, Perak. Tidur sana satu malam. Ride kali ni wife aku ikut sama. Dapat la honeymoon kehkehkeh.

Safe ride!


Wassalam.