Syukur kehadrat Ilahi, 18 Jan 2014 yang lepas, cukup setahun aku bersama si badak hitam (black rhino) aku tu. Rasa macam baru je aku amik motor ni kat kedai. Lepas tu tukar sana sini sikit, ride sana sini sikit, tau tau dah setahun.
Takde apa2 yang special aku buat pada back rhino tu. Tukar ekzos perang (satu kemestian), pasang itu ini sikit sikit. Itu pun untuk kemudahan dan kepentingan black rhino aku tu sendiri.
Aku rasa dalam setahun aku dengan black rhino ni ada la 7-8 kali aku join ride. Masa masa lain aku bawak pergi dan balik kerja je. Tak pernah lagi ride jauh jauh (solo atau dengan wife aku).
Ni antara gambar gambar aku bersama black rhino time join ride.
-First time ride jauh & berkonvoi. Ride ke Grik, Perak. Mostly geng geng chooper. Masa ni lesen L lagi dan ada tampal L kat mudguard depan tu. Milage belum pun sampai 1000km- |
-Kali kedua ride jauh dengan FMOG,ke Lata Kinjang, Perak. Kali ni wife aku ikut sama- |
-Yang ni masa dah sampai Awana. Lepas tu terus naik Genting. First time aku naik Genting dengan motor. Time turun cuak jugak sebab hujan- |
-Ride ke Taiping untuk pekena ketam lembut. Balik hari je- |
-Yang ni ride ke Penang, 2 hari 1 malam. Wife ikut sama. Memang seronok time tu- |
-Ride ke Ledang. Time ni ada 49 motor yang ikut. Penyertaan terbanyak!- |
Ada dua short ride yang aku tak sempat nak amik gambar.. Satu ride ke Morib dan satu lagi ride eskot member FMOG kawin.
Ni pulak gambar latest black rhino aku. Dah tak ada apa apa lagi nak tambah kot. Maintain je lah lepas ni.
Handling setakat ni memang best (bagi aku la). Pikup ada, speed pun ada. Lagipun aku biasa speed 150kmj je. Kalau 160kmj pun time kat hiway berkonvoi. Kalau bawak pergi balik kerja, biasa 130kmj je.
Maintainance pun biasa je. Tiap 3000km gi hantar servis. Tukar minyak hitam (2 botol) + oil filter + service charge ada la dalam RM200. Memang aku hantar kat authorized dealer. Kalau ada masalah, senang sikit nak refer ngan Kawasaki.
Ni pun tengah tunggu Kawasaki untuk call sebab nak kena tukar valve (4 batang) secara PERCUMA. Yup! Percuma sebab valve yang ada sekarang ni tak tahan. Banyak kes yang vave ni putus atau patah.
Next ride, insyaAllah akan ke Tasik Raban, Lenggong, Perak. Tidur sana satu malam. Ride kali ni wife aku ikut sama. Dapat la honeymoon kehkehkeh.
Safe ride!
Wassalam.