29 May 2014

Persona Ku Merajuk (Part 1).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

28 Mei 2014 (Rabu) kejadian kedua enjin kereta Persona aku tiba tiba je mati. Alamak.. panik jap bila enjin kereta mati. Kalau tak boleh start dari rumah takpe la, ni still dalam perjalanan huhuhu.

Kisahnya, aku dari Rawang dengan 2 orang anak lelaki aku. Masuk hiway LATAR nk balik rumah. Dari Rawang kena lalu 3 tol kalau nak balik. Bila dah kat hiway LATAR tu, aku perasan yang air cond aku tak sejuk. Dah kuatkan kipas tapi still tak sejuk gak. Bagi aku memang biasa la macam tu time balik dari opis sebab parking kat open space (kena panas). So air cond lambat sikit nak sejuk sebab cuaca kat luar panas. Kali ni aku perasan yang air cond tak sejuk bila dah lepas tol pertama kat hiway LATAR tu. Aku on off air cond tu, still tak sejuk. Aku rasa angin kipas je yang kuat. Anak aku pun tak rasa sejuk. Lepas tu aku off kejap dan bukak tingkap. Tapi kejap je la sebab bunyi bising bila bukak tingkap.

Bila dah nak sampai tol yang ke dua, aku on semula air cond. Still sama gak. Bila dah nak sampai pondok tol tu aku rasa "senyap" pulak. Radio still on. Sampai pondok tol dan bayar, aku masuk gear, tekan minyak; takde bunyi enjin dan kereta tak bergerak. "Alamak!" kata aku sambil pandang budak tol yang amik duit tol. Kebetulan lak ada sekuriti guard Bangla kat situ. Dia la yang tolong aku tolak kereta ke tepi (actually dia sorang je yang tolak hehehe).

Sampai tepi, baru aku perasan yang tempreture gauge aku tu naik maximum. Hmm, second time jadi macam ni. Aku bukak hood depan, cek tabung air untuk radiator, langsung takde air. Tetiba je Bangla tu bukak radiator cap kereta tu. Tak panas kot, sebab tu dia selamba je bukak.

Bila dah bukak, pun takde air. Nasib baik aku ada bawak 2 botol air yang memang standby dalam kereta. Aku isi kat tabung radiator tu dan Bangla tu isi kat radiator. Bila dah ada air, terus berasap/berwap radiator tu. Bila kering semula, aku isi lagi sampai penuh. Dah stop berwap, Bangla tu tutup balik cap tu. Aku try nak start tak oleh.

Then sampai trak (4 wheel) petugas LATAR. Time tu aku baru balik dari toilet tambah air dalam 2 botol air tadi. So aku cerita la apa yang jadi. Diorang nasihatkan tunggu enjin betul betul sejuk dan try start semula. Diorang pun tak boleh buat apa apa sebab ianya berkaitan dengan enjin. Time tu anak anak aku dah lepak kat surau hentian tol tu. Kesian si Abang sebab demam.


-Lepak kat surau kejap-

Lepas inform wife aku, aku pun call abang ipar aku sebab dia memang ada tempat (bengkel) kereta ni. Lepas explain dengan dia, dan bincang dengan dia, memang kereta kena tarik ke bengkel.

Cina towing tu call aku, tanya lokasi kat mana. Aku pun call wife aku mintak tolong dia amik kitorang. Dalam 40 minit lepas call, towing pun sampai (dari Jinjang ke LATAR.. laju kot dia bawak kehkehkeh). Kejap je dia wat keje pasang towing kat kereta aku tu. Lepas tu geraklah ke bengkel di Batu Caves (tempat abang ipar aku tu).


-Apa apa hal, kita snap nombor plet lori towing ni hehehe-

-Persona aku buat wheelie-

Dalam 40 minit lepas lori towing tu gerak, wife akau pun sampai. Alhamdulillah semua setel tanpa sebarang masalah. Sekarang ni tunggu je la call dari abang ipar aku untuk status kereta aku tu.

First time kena macam ni masa aku mula mula guna Persona ni. Tengah drive nak ke opis, tetiba enjin mati. Try start boleh, dapat la jalan dalam 50 meter lepas tu mati balik. Cuba start lagi langsung tak boleh. Bukak hood depan, habis penuh dengan coolant (hijau). Then aku perasan yang hose dari enjin ke radiator dah tercabut. Then aku perasan yang tempreture naik ke maximum. Nasib bak time tu still under warranty, so tak yah bayar apa apa.


-Bye my Persona, jaga diri elok elok. I'll see you soon!-

So kesimpulannya, bila pasang air cond dan tak rasa sejuk, cek tempreture gauge tu. Kalau nampak ada perubahan (naik) stop kereta dan cek air. Tapi pastikan gas air cond masih ada la.. Kalau gas air cond dah habis, memang la panas hehehe.

Ni antara perkara perkara yang sepatutnya aku buat untuk mengelakkan dari perkara seperti ni terjadi:

1. Tukar hose after 5 years of usage.
2. Kalau nampak ada leaking (especially cecair hijau) kat parking rumah, bawak bawak la pergi cek.
3. Aircond tak sejuk - rajin rajinla menjeling ke arah tempreture gauge tu.
4. Tukar/ganti fresh coolant every 1 year.
5. Lain lain, korang boleh follow buku manual (kalau ada lagi la, kalau dah hilang atau kena makan dek anai anai, Encik Google kan ado hehehe).


Wassalam.

27 May 2014

Si Badak Hitam.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Ni namanya dah kurang kerja rumah hahaha! Saje je snap gambar gambar black rhino aku tu.


-Pandangan sisi kanan-

-Pandangan sisi kiri-

-Pandangan depan kanan-

-Pandangan depan kiri-

-Letak stiker pantul cahaya pada radiator cover-

-Pandangan belakang kanan-

-Pandangan belakang kiri-

-Lampu belakang-

-Damper untuk hilangkan gegaran handle masa ride-

-Close up sisi kiri-

-Rear hugger panjang dari yang asal-

-Fuuyoooo! No speed limit la motor ni hahahaha!-

-Stiker carbon fibre dan side tank pad-

-Boleh lipat (kot kot jatuh bodoh, takde la patah benda alah ni (clutch pun sama)-

-Gear indicator untuk mengelakkan kurang atau telebih gear-

-Laaaa.. baru 10k+ motor? Mana tak nya, asik berselimut je-

-Lampu depan hehehe-


-Eh! Nape tiba tiba ada gambar motor ni? Kehkehkeh-

Safe ride!


Wassalam.

26 May 2014

Mv Agusta Challenge Race.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Kasi video sikit hehehe..

-Motor no.3 dari depan: aku la tuuuu-

Khamis lepas (22 Mei) aku dapat sms dari kedai How Seng Motor. Katanya ada hari terbuka untuk pelanggannya. So kena register dulu kalau nak join event tu. So aku pun register la. Free aje pun, dan maybe dapat cenderahati la kot dari event tu.

Actually event tu anjuran Chear Motor Klang (Bukit Kuda) untuk promote barisan motor motor MV Agusta yang diorang jual. Event test ride MV Agusta diorang buat kat stadium Kuala Selangor, Ahad 25 Mei. Kebetulan How Seng Motor ada link dengan Chear Motor, so customer How Seng adalah customer Chear Motor gak la. Tapi takpe, aku beli badak hitam tu pun kat Chear Motor, so apa de hal hehehe.

Ahad (25 Mei) aku pergi kedai How Seng Motor sbb rv kat sana. Sampai kol 9.30 pagi, tapi takde motor langsung. Lepas a few minutes, si Ah Wee pun sampai. Lepas tu a few bikers pun sampai untuk ride sama sama ke stadium Kuala Selangor. Dalam 10.30 pagi, baru gerak ke Kuala Selangor, dengan total 8 buah motor semuanya.




Perjalanan lancar, cuma aku cuak sikit sebab ni la first time aku ride dengan side box ada kat black rhino aku tu. So far ok la, takde la rasa tak balance ke, goyang ke.. Cuma time nak menyelit je aku kena pastikan ada gap yang cukup untuk aku lalu.

Sampai Kuala, dah ada satu group bikers sampai. Kitorang pun park motor dan pergi ke khemah pendaftaran. Nak daftar apa? Daftar untuk test ride MV Agusta la hehehe. Mula mula macam malas (takut pub ada) tapi kalau tak register, tak dapat free gift la pulak. So aku pun register la (dapat la 2 stiker MV Agusta, pen dan key chain MV Agusta).




Dalam kol 12 tghari wife aku, si kakak dan Rina pun sampai. Time tu dah ramai bikers lain sampai. Lepas tu ada satu group bikers MV Agusta sampai. Dalam group tu ada la jugak Fauziah Latif. Aku tak sure bike apa dia bawak, tapi rasanya MV Agusta gak. Tak sempat nak bergambar dengan dia hehehe.

Tak lama lepas tu (dalam20 minit kot), dah start acara test ride motor untuk bikers. Nama aku antara yang terawal dipanggil. Nasib baik wife aku dah sampai, so boleh la tolong amikkan gambar aku dengan motor Agusta tu.

Actually ada 3 model masa tu: Rivale, F3, Brutale (kalau tak silap la, aku mana cam sangat model Agusta ni). Isi je borang, tapi lepas tu naik je la mana mana motor yang kosong.


-Motor ni la yang aku dapat test hehehe-

Aku dapat Rivale 800. Cutting macam Ducati Hypermotard. Agak tinggi bagi aku. Bila dah naik, dua dua kaki aku kena jengket sikit. Tak sure samada selesa nak bawak pembonceng atau tidak (kalau aku beli la motor tu). Lepas sesi test ride (5 pusingan semuanya) aku rasa motor tu memang ringan dan nak amik selekoh pun agak mudah. Kira berani gak la aku nak kona kona kat trek tu. Cuma cuak sikit sebab bukan motor sendiri. Kalau jatuh, malu ooo... silap silap kena bayar ganti rugi lak hehehe.

-Standby nak test ride-

-Belum apa apa dah thumb up kehkehkeh-

-Macam tak sesuai je aku naik motor ni hmmm-

Event habis kol 4.30 ptg, tapi aku dah kepanasan. Fauziah Latif pun takde nak borak borak dengan aku HAHAHAH!! Wife & anak anak dah balik, so dekat kol 2 ptg aku pun balik.






So, kalau ada event macam ni lagi, insyaAllah aku akan join. Bila lagi nak merasa test ride motor besar secara free? (Kalau kena bayar, tak yah la join kehkehkeh).

Safe ride!


Wassalam.

16 May 2014

Side Box Universal.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Puas aku mencari side box yang sesuai dengan motor dan citarasa aku. Last last dapat jugak. Actually bukannya tak ada side box yang memang untuk ER6F tu, ada, tapi aku macam tak berapa berkenan. Biasanya motor ER6F akan pasang side box Givi yang 35 liter tu. Aku tak berani pasang sebab bagi aku side box tu besar dan takut kalau menyelit nanti, ada yang sangkut kat side mirror kereta lak. Lagipun brand Givi kan mahal, mana aku mampu hehehe.

Untuk side box aku ni, asalnya aku nampak ada orang post kat group FB FMOG.  Side box universal katanya. Bila aku tengok, takde la besar sangat. So aku riki lagi pasal side box ni. Lepas dah puas hati dengan info yang aku dapat, aku pun oder la satu set. Masa tu harga RM1250 siap pos. Actually kita oder, lepas tu bayar dan seller (orang Malaysia) akan oder terus dari kilang di China. So nanti, pengeluar dri China yang akan pos terus ke rumah kita. Tapi kalau ada stok, boleh je nak COD. Korang boleh tengok kat page ni, banyak lagi barang yang dijualnya.. Rider88


-Universal Side box. Antara warna warna pilihan-

-Side box dengan braket asal-

-Side box terbuka. Tak lepas nak letak helmet, tapi baju baju boleh la-

-Hijau pada Versys-

-Merah pada Benelli-

-Putih pada Benelli-

-Kuning pada motor kuning hehehe-

Lepas dah dapat barang, misi mencari tempat nak modi braket tu pun bermula. Senang je actually. Pergi je mana mana tempat yang buat gril atau pagar rumah, lepas tu bawak motor dan braket asal. Tunjuk kat tukang tu macamana nak modi braket asal tu supaya boleh pasang kat motor. Aku buat macam tu. Bila diorang tengok je, diorang tau la nak buat macamana.. dah memang tu kerja diorang.


-Sedang ukur posisi braket asal pada motor-

-Black rhino sedang menunggu braket hehehe-

-Aku pun sibuk tolong (konon konon laa)-

-Dah siap sebelah, buat yang sebelah lagi pulak-

Aku punya kerja kerja modi makan masa hampir 2 jam. Bila dah siap ukur, welding sebelah.. yang satu lagi tu cepat sikit nak dibuatnya. Masa modi tu, aku bawak sekali side box tu sebab boleh tunjukkan ada tukang tu macamana rupenya nanti bila dah siap pasang.

Bila semua dah siap, aku tanye berapa upah? Orang tu jawab RM60. Bagi aku ok la sebab ada gak besi besi yang ditambah pada braket asal tu.

Proses seterusnya, ialah spray warna hitam pada braket tu. Memang dah warna hitam, tapi maklum la, dalam proses modi tu, sah sah ada calar balar, kan? Mula mula spray hitam, lepas tu aku spray clear, bagi kilat sikit dan dapat la cover cat hitam tu sikit. Aku biarkan kering selama 2 hari. Lepas tu mula la proses pemasangan braket dan side box aku tu.


-Pastikan alas lantai tu, kalau tak alas, penat je nak menyental balik lantai tu hehehe-

-Dah pasang pada motor-

-Dah pasang pada motor-

So, bila dah siap pasang, nampak la motor aku tu besar sikit. Black rhino aku dah besar punggungnya hahaha! Bila aku tengok dari belakang, memang agak selari dengan side mirror motor. Maknanya, kalau lepas side mirror time menyelit, side box pun (insyaAllah) akan lepas. Lepas ni kalau nk overnite mana mana dengan wife aku, senang la nak bawak barang. Kalau tak, sebelum ni aku guna saddle bag je. Bukan tak boleh, tapi tak boleh bawak berat berat. Balik ride Penang haritu pun dan ada koyak sikit saddle bag aku tu.










Lupa nak bagitau.. Sebelum modi dan pasang side box tu, pastikan korang dapat agak jarak antara side box tu dengan foot rest orang belakang. Kalau rapat sangat, nanti pembonceng tak selesa lak nak letak kaki. Kalau korang dah kahwin dan wife pun ada naik motor sebagai pembonceng, pastikan korang ajar atau mintak dia belajar teknik naik motor yang ada side box ni. Kena kangkang lebih sikit hehehe.

Safe ride!


Wassalam.