26 May 2014

Mv Agusta Challenge Race.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Kasi video sikit hehehe..

-Motor no.3 dari depan: aku la tuuuu-

Khamis lepas (22 Mei) aku dapat sms dari kedai How Seng Motor. Katanya ada hari terbuka untuk pelanggannya. So kena register dulu kalau nak join event tu. So aku pun register la. Free aje pun, dan maybe dapat cenderahati la kot dari event tu.

Actually event tu anjuran Chear Motor Klang (Bukit Kuda) untuk promote barisan motor motor MV Agusta yang diorang jual. Event test ride MV Agusta diorang buat kat stadium Kuala Selangor, Ahad 25 Mei. Kebetulan How Seng Motor ada link dengan Chear Motor, so customer How Seng adalah customer Chear Motor gak la. Tapi takpe, aku beli badak hitam tu pun kat Chear Motor, so apa de hal hehehe.

Ahad (25 Mei) aku pergi kedai How Seng Motor sbb rv kat sana. Sampai kol 9.30 pagi, tapi takde motor langsung. Lepas a few minutes, si Ah Wee pun sampai. Lepas tu a few bikers pun sampai untuk ride sama sama ke stadium Kuala Selangor. Dalam 10.30 pagi, baru gerak ke Kuala Selangor, dengan total 8 buah motor semuanya.




Perjalanan lancar, cuma aku cuak sikit sebab ni la first time aku ride dengan side box ada kat black rhino aku tu. So far ok la, takde la rasa tak balance ke, goyang ke.. Cuma time nak menyelit je aku kena pastikan ada gap yang cukup untuk aku lalu.

Sampai Kuala, dah ada satu group bikers sampai. Kitorang pun park motor dan pergi ke khemah pendaftaran. Nak daftar apa? Daftar untuk test ride MV Agusta la hehehe. Mula mula macam malas (takut pub ada) tapi kalau tak register, tak dapat free gift la pulak. So aku pun register la (dapat la 2 stiker MV Agusta, pen dan key chain MV Agusta).




Dalam kol 12 tghari wife aku, si kakak dan Rina pun sampai. Time tu dah ramai bikers lain sampai. Lepas tu ada satu group bikers MV Agusta sampai. Dalam group tu ada la jugak Fauziah Latif. Aku tak sure bike apa dia bawak, tapi rasanya MV Agusta gak. Tak sempat nak bergambar dengan dia hehehe.

Tak lama lepas tu (dalam20 minit kot), dah start acara test ride motor untuk bikers. Nama aku antara yang terawal dipanggil. Nasib baik wife aku dah sampai, so boleh la tolong amikkan gambar aku dengan motor Agusta tu.

Actually ada 3 model masa tu: Rivale, F3, Brutale (kalau tak silap la, aku mana cam sangat model Agusta ni). Isi je borang, tapi lepas tu naik je la mana mana motor yang kosong.


-Motor ni la yang aku dapat test hehehe-

Aku dapat Rivale 800. Cutting macam Ducati Hypermotard. Agak tinggi bagi aku. Bila dah naik, dua dua kaki aku kena jengket sikit. Tak sure samada selesa nak bawak pembonceng atau tidak (kalau aku beli la motor tu). Lepas sesi test ride (5 pusingan semuanya) aku rasa motor tu memang ringan dan nak amik selekoh pun agak mudah. Kira berani gak la aku nak kona kona kat trek tu. Cuma cuak sikit sebab bukan motor sendiri. Kalau jatuh, malu ooo... silap silap kena bayar ganti rugi lak hehehe.

-Standby nak test ride-

-Belum apa apa dah thumb up kehkehkeh-

-Macam tak sesuai je aku naik motor ni hmmm-

Event habis kol 4.30 ptg, tapi aku dah kepanasan. Fauziah Latif pun takde nak borak borak dengan aku HAHAHAH!! Wife & anak anak dah balik, so dekat kol 2 ptg aku pun balik.






So, kalau ada event macam ni lagi, insyaAllah aku akan join. Bila lagi nak merasa test ride motor besar secara free? (Kalau kena bayar, tak yah la join kehkehkeh).

Safe ride!


Wassalam.