13 September 2014

Ride ke Kuala Terengganu (September 2014).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Punya la lama aku tak join mana mana ride. Kalau ada ride pun, hanyalah ride pergi opis dan balik opis dengan wife aku hehehe.

Kali ni FMOG V2 buat acara ride ke Kuala Terengganu. 16 orang semuanya termasuk para isteri yang join sekali. Kali ni ada sorang dari Kedah dan sorang dari Kelantan. Sorang dari member V2 join dengan naik kereta (maklum la, wife tengah mengandung, so better naik kereta).

Aku keluar rumah dalam kol 7.45 pagi. Sampai kat BHP Gombak (lepas tol Gombak tu) dalam pukul 8.20 pagi rasanya. Sampai sampai je chief konvoi dah start bagi taklimat. Aku terus isi minyak dan join group lepas tu.

Time tu banyak gak motor dari group group lain.. masing masing dengan tujuan yang tersendiri.

Hmm..malas lak aku nak taip panjang panjang, just letak gambar dengan caption je lah untuk korang baca hehehe.


-BHP Gombak: sesi taklimat dari Abang Long kepada jema'ah FMOG V2-

-Lepas sesi taklimat, sesi bacaan doa diadakan bagi memberkati perjalanan dan aktiviti. Tayar golek dalam jam 8.45 pagi-

-Sarapan di R&R Gambang. Time ni dalam pukul 10.50 pagi kalau tak silap aku-

-Singgah selama sejam di Gambang Bike Week. Meriah jugak-

-Antara motor motor yang ada di Gambang Bike Week tu-

-Barisan motor motor retro yang turut serta-

-Menarik.. Ye tak?-

-Sekadar hiasan (saje saje je snap)-

-Singgah makan tengahari di Kemaman (masa ni dah pukul 3.30 ptg kalau tak silap aku)-

-Syukur, dalam pukul 5.30 petang, semua selamat sampai ke Kuala Terengganu- 

-Menginap di Nina's Homestay-

-Ruang tamu Nina's Homestay. Actually rumah teres 2 tingkat (5 bilik) owner buat homestay. Ada dapur, pinggan mangkuk, mesinbasuh, peti ais, TV dan Astro. Yang datang dengan wife, dapat satu bilik. Yang datang solo, kena la kongsi kongsi. Apa apa pun, kira boleh tahan la, takde la teruk. Selesa je untuk aku dan wife-

-Sesi BBQ (ada ayam, sosej, sotong, daging burger)-

-Ayam yang sedang di BBQ hehehe-

-Singgah di Institut Pendidikan Perguruan untuk bertemu beberapa tenaga pengajar di sana yang juga merupakan bikers- 

-Pekena nasi dagang.. sedap boh!-

-KTM Duke 690 milik salah seorang pensyarah di IPP yang kitorang hadiri-

-Di tempat letak kereta Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu-

-Pintu masik ke Taman Tamadun Islam. Kena beli tiket (RM20 kalau tak silap aku) untuk dewasa-

-Dah masuk dalam. Nak naik basikal ni kena beli tiket lain-

-Tengah berbincang nak naik apa hehehe- 

-Replika Masjid Al-Aqsa-

-Replika jugak ni.. Tapi macam amik gambar bangunan betul je, kan?-

-Bergaya di kincir air-

-Replika banguna Masjid Al-Aqsa dari dekat-

-Replika Masjidil Haram-

-Pintu masuk Noor Arfa Batik untuk shopping sikit sikit hehehe-

-Antara barangan kraf yang dijual di Noor Arfa Batik-

-Bahagian demonstrasi buat batik dan songket Terengganu-

-Sesi mengecop batik-

-Bahagian buat blok cop batik-

-Bahagian tenun songket (secara manual)-

-Santai santai di Pantai Batu Buruk-

-Sarapan nasi kerabu sebelum balik-

-Sebelum balik, singgah di Pasar Payang untuk shopping sikit sikit lagi-

-Beli apa tuuuu..? Hehehe-

-Keadaan di dalam Pasar Payang-

-Lepak minum/alas perut di Pantai Geliga-

-Sata (3-4 pinggan gak diorang belasah sata ni hehehe)-

-Alhamdulillah, sampai R&R Gombak dekat kol 7.45 malam. Dari R&R Gambang pukul 6.30 petang kalau tak silap aku. Tinggal 4 motor je sebab yang lain ada yang dah balik awal-

Alhamdulillah, semua selamat sampai. Yang ke Kedah dah selamat sampai, yang balik Kelantan pun selamat, yang balik Kajang pun selamat, aku and wife pun selamat.

Overall milage 1162km (dari BHP Gombak-->Kuala Terengganu (campur jalan jalan)-->R&R Gombak-->rumah). Minyak total RM95.00 (RON95 jeeee). Speed masa kat hiway antara 130km/j hingga ke 160km/j. Ada sekali tu dah nak cecah 170km/j, terus aku slow motor hahahaha (sayang bini, nyawa & motor maaa).

Safe rife!


Wassalam.

P/s: aku memang tak suka lalu Karak.. memang cuak hahaha. Masa pergi ok lagi (sebab cerah kot), tapi time balik, berapa kali aku overshoot (sebab dah senja/gelap kot). Kena gi Karak selalu ni hehehe.