31 December 2015

Persona Ku Merajuk (Part 2).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Persona aku merajuk lagi. Dah lama tak "mandi"kan persona tu, bila dah dimandikan, di vakum, dipolish seat.. terus merajuk esoknya hahaha.

26 Disember lepas aku, wife & 2 orang anak aku gi KL kejap, nak riki tempat. Bila dah jumpa tempat yang nak dituju nanti, terus gerak ke Selayang. Singgah Tesco Extra kejap untuk cari barang and makan.

Dalam kol 4 petang terus balik ikut hiway LATAR. BAwak macam biasa je. Bila dah lepas tol Ijok, dah nak sampai ke penghujung hiway, tetiba ada rasa "tersengguk" kat persona aku tu dan terus engine cut-off.

Akau susur ke tepi, tengok suhu, ok.. lampu lampu kat panel meter semua menyala. Sah bukan bateri atau radiator (macam dulu) yang problem.

Buka bonet, tak ada apa apa yang pelik. Cuma ada bau petrol sikit. Bila cek takde lak bocor kat mana mana bahagian enjin tul. Yang keluar hanyalah air aircond.

Terus contact beberapa member yang berdekatan kot kot boleh membantu. Dalam 10 minit lepas tesadai tu, ada kereta peronda polis singgah. Borak borak kejap je sebab diorang pun tak boleh nak buat apa apa. Lepas peronda tu pergi, sampai lak peronda hiway LATAR.





Salah sorang staf tu cek cek la jugak apa masalah. Dia mintak aku start enjin. Bila tengah crank, tetiba anak aku nampak ada petrol meleleh/keluar dari bahagian bawah belakang (kat tangki). Bila aku cek memang petrol. Staf LATAR tu suspek tank bocor.

Time tu dah dapat call tow truck dan bengkel yang boleh aku hantar nanti. Thanks to kawan kitorang sebab bagi nombor contact. Tapi sebelum tu dah call pak mertua aku mintak datang jemput.

So bila semua dah ada, staf peronda LATAR tu pun dah pasangkan kon, aku sefamily tumpang keta pak mertua aku & follow tow truck ke Puncak Alam untuk ke bengkel.


-Gayat la persona aku sebab dalam kedudukan tinggi hehehe-

-Follow.. jangan tak follow-


Sampai benkel (KZ Auto Garage, Dataran Mentari Puncak Alam), terus inform pomen apa masalah. Dia kata Isnin nanti dia cek & inform apa masalahnya.

Alhamdulillah, Isnin dia wassup kata kereta dah siap dan boleh ambil. Kerosakan bukan pada tangki minyak, tapi pada salah satu hose minyak kat tangki tu.

Caj keseluruhan:
Tow truck: RM160
Repair: RM280

Apa apa hal korang boleh contact nombor ni kalau ada masalah area Puncak Alam, Meru, LATAR.

KZ Auto Garage: 012-6103544 (Kenit).
Tow truck: 019-2725313 / 011-10611423.

Syukur sebab Allah dah permudahkan urusanaku haritu. Cuaca pun takde la panas terik, senang nak dapat tow truck dan bengkel, ramai yang membantu.. Rezeki Allah tu.. Allahuakhbar!


Wassalam.

02 November 2015

Ride ke Desaru Johor (31 Okt - 1 Nov 2015).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. semua selamat pergi dan balik ride ke Desaru, Johor bermula 31 Oktober hingga 1 November 2015 (Sabtu hingga Ahad). 7 buah motor (7 rider + 7 pillion) join ride V3 Terjah Johor 2015.

Yang join ride:

1.  Aku & wife -- ER6F.
2.  Man & wife (Ella) -- ER6F.
3.  Rasid & wife (Aini) -- Z800.
4.  Abf Din & wife (Kak Mar) -- ER6F.
5.  Shuk & wife (Su) -- Ninja 250 SE (2015).
6.  Cuki & wife (Iza) -- Z750.
7.  Megat & wife (Zura) -- ER6F.

(V3 Group adalah group motor yang mana, kalau nak join kena ada pillion yang sah sahaja -- maksudnya ada isteri laa. Tak kira cc dan jenama motor and no hanky panky).

Aku keluar dari rumah dalam kol 7.15 pagi. Kena pergi Damansara sebab nak saing dengan Abg Din. Pastu gerak ke tol Kajang Selatan untuk jumpa Rasid & Man. Then gerak ke Petronas Ampangan 2 (kalau tak silap aku) untuk jumpa Shuk & Cuki. Bila semua dah ada, kitorang gerak ke Gemas untuk sarapan (memang aku dah lapar dah time tu).


-Tol Kajang Selatan-

-Petronas Ampangan, Negeri Sembilan-

Sampai Gemas, dalam kol 11.50 pagi kalau tak silap aku. Apa lagi terus makan tengah hari la. Restoran Sajian Rasa Kak Teh tu memang banyak makanan/lauk.. tak tau nak pilih lauk apa.


-Lunch kat sini, Gemas, Negeri Sembilan-




Lepas makan gerak ke Ayer Hitam singgah restoran Kari Kambing 40 Hari (jangan tanya aku kenapa 40 hari..nak tau kena tanya owner dia hahaha).

-Restoran Kari Kambing 40 Hari, Ayer Hitam, Johor-




Lepas makan singgah surau kejap untuk solat. Lepas solat hujan lebat, tapi dalam 20 minit je. Elok dah reda, kitorang pun teruskan perjalanan. Niat nak singgah Kluang pekena kopi Kluang Railway Coffee, tapi tak jumpa.. Last last singgah Restoran Si Jamilah. Aku & wife pekena rojak hahaha.


-Tunggu hujan reda selepas solat dan berdoa memohon keselamatan perjalanan pergi dan balik untuk semua-

-Sedap pekena air panas lepas kena hujan sebelum sampai ke restoran ni-

- Restoran Si Jamilah, Kluang, Johor-

Dah kenyang, terus ke Kota Tinggi. Alhamdulillah sampai juga ke hotel yang dituju. Hotel Bin Khalid Kota Tinggi. Sampai je terus bergambar hahaha. Memang dah jadi adat V2 and V3.. Stop je makan, bergambar.. stop je makan, bergambar.




-Photo credit: Megat-



Dah cek in,terus naik ke bilik. Ok la biliknya.. harga pun ok gak RM80 untuk satu malam. Katil double. Masuk bilik, mandi, rehat kejap, solat. Kol 8 malam nak turun untuk dinner.








Kitorang diner di Restoran Haji Daud. Boleh tahan gak la makanan/masakan dia. Lepas makan jalan jalan kejap kat downtown yang ada depan restoran tu. Kebetulan lak time tu ada live game JDT untuk piala AFC. Join tengok sekali la.








Lepas makan, balik hotel.. lepak lepak kejap kat lobi hotel tu sebelum semua naik ke bilik masing masing.


-Borak borak kejapa sebelum baik ke bilik-

Hari kedua, sarapan siap siap kat bilik masing masing (beli bun lepas dinner malam tadi). Dalam jam 10 pagi dah start gerak ke Desaru. Sebelum tu stop kejap untuk sesi bergambar (lagi) hahaha.







Sampai Desaru, bayar tiket RM1.00 (motor) untuk masuk. Parking motor kejap.. amik amik gambar kejap.







Lepas tu ke Tanjung Balau untuk makan tengahari dan bergambar (lagi hehehe).





Lepas di Tanjung Balau, terus shoot ke Muar. Diorang nak pekena mee bandung Muar. Tapi aku & wife makan rojak (rojak lagi) dan ABC. Tapi wife aku beli pes mee bandung. So boleh la buat kat rumah nanti.







Dah kenyang, start lah perjalanan ke last pit stop iaitu R&R Seremban. Tapi Cuki & Shuk terus exit Senawang (kalau tak silap aku) untuk balik ke rumah. So yang sampai di R&R Seremban, aku, Rasid, Megat & Man. Abg Din dah terus.




Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing masing. Tak letih sangat sebab ikut jalan dalam kot (masa pergi), tak ikut hiway.. so takde la dok pulas throttle je hahaha.

Ringkasan:

  • Total milage: 978km (dua hala dari rumah aku-Desaru-rumah aku).
  • Minyak: RM73+/-.
  • Makan: RM100+/- untuk 2 orang.
  • Hotel: RM80 satu malam.

Safe ride!



Wassalam.

30 October 2015

Konvo ke 10 UNISEL.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Alhamdulillah.. 24-26 Oktober 2015 (Sabtu-Isnin) yang lalu, UNISEL telah mengadakan istiadat konvokesyennya yang ke 10. Aku (dan most of the staff dari fakulti) kena masuk sesi 3.. so Sabtu pagi la. Jam 7.30 pagi aku dah ada kat dewan untuk amik jubah dan sarapan.

Lepas sarapan, jumpa kejap budak budak aku yang nak konvo (diploma dan degree). Sempat la amik a few photos.

Tahniah kepada semua graduan.. all the best!


-Beratur sebelum masuk ke dewan-

-Student degree. Yang selepang oren tu dapat anugerah pelajar terbaik program-

-Maih beratur untuk masuk ke dewan utama & sempat berposing-


-Ni jubah untuk student diploma-


-Lecturer & student.. macam la lama tak jumpa hahaha-

-Pentas utama-

-Persembahan koir-

-Dalam dewan-

-Anugerah pelajar terbaik/cemerlang program-






Wassalam.