Alhamdulillah.. semua selamat pergi dan balik ride ke Desaru, Johor bermula 31 Oktober hingga 1 November 2015 (Sabtu hingga Ahad). 7 buah motor (7 rider + 7 pillion) join ride V3 Terjah Johor 2015.
Yang join ride:
1. Aku & wife -- ER6F.
2. Man & wife (Ella) -- ER6F.
3. Rasid & wife (Aini) -- Z800.
4. Abf Din & wife (Kak Mar) -- ER6F.
5. Shuk & wife (Su) -- Ninja 250 SE (2015).
6. Cuki & wife (Iza) -- Z750.
7. Megat & wife (Zura) -- ER6F.
(V3 Group adalah group motor yang mana, kalau nak join kena ada pillion yang sah sahaja -- maksudnya ada isteri laa. Tak kira cc dan jenama motor and no hanky panky).
Aku keluar dari rumah dalam kol 7.15 pagi. Kena pergi Damansara sebab nak saing dengan Abg Din. Pastu gerak ke tol Kajang Selatan untuk jumpa Rasid & Man. Then gerak ke Petronas Ampangan 2 (kalau tak silap aku) untuk jumpa Shuk & Cuki. Bila semua dah ada, kitorang gerak ke Gemas untuk sarapan (memang aku dah lapar dah time tu).
-Tol Kajang Selatan- |
-Petronas Ampangan, Negeri Sembilan- |
Sampai Gemas, dalam kol 11.50 pagi kalau tak silap aku. Apa lagi terus makan tengah hari la. Restoran Sajian Rasa Kak Teh tu memang banyak makanan/lauk.. tak tau nak pilih lauk apa.
-Lunch kat sini, Gemas, Negeri Sembilan- |
Lepas makan gerak ke Ayer Hitam singgah restoran Kari Kambing 40 Hari (jangan tanya aku kenapa 40 hari..nak tau kena tanya owner dia hahaha).
-Restoran Kari Kambing 40 Hari, Ayer Hitam, Johor- |
Lepas makan singgah surau kejap untuk solat. Lepas solat hujan lebat, tapi dalam 20 minit je. Elok dah reda, kitorang pun teruskan perjalanan. Niat nak singgah Kluang pekena kopi Kluang Railway Coffee, tapi tak jumpa.. Last last singgah Restoran Si Jamilah. Aku & wife pekena rojak hahaha.
-Tunggu hujan reda selepas solat dan berdoa memohon keselamatan perjalanan pergi dan balik untuk semua- |
-Sedap pekena air panas lepas kena hujan sebelum sampai ke restoran ni- |
- Restoran Si Jamilah, Kluang, Johor- |
Dah kenyang, terus ke Kota Tinggi. Alhamdulillah sampai juga ke hotel yang dituju. Hotel Bin Khalid Kota Tinggi. Sampai je terus bergambar hahaha. Memang dah jadi adat V2 and V3.. Stop je makan, bergambar.. stop je makan, bergambar.
-Photo credit: Megat- |
Dah cek in,terus naik ke bilik. Ok la biliknya.. harga pun ok gak RM80 untuk satu malam. Katil double. Masuk bilik, mandi, rehat kejap, solat. Kol 8 malam nak turun untuk dinner.
Kitorang diner di Restoran Haji Daud. Boleh tahan gak la makanan/masakan dia. Lepas makan jalan jalan kejap kat downtown yang ada depan restoran tu. Kebetulan lak time tu ada live game JDT untuk piala AFC. Join tengok sekali la.
Lepas makan, balik hotel.. lepak lepak kejap kat lobi hotel tu sebelum semua naik ke bilik masing masing.
-Borak borak kejapa sebelum baik ke bilik- |
Hari kedua, sarapan siap siap kat bilik masing masing (beli bun lepas dinner malam tadi). Dalam jam 10 pagi dah start gerak ke Desaru. Sebelum tu stop kejap untuk sesi bergambar (lagi) hahaha.
Sampai Desaru, bayar tiket RM1.00 (motor) untuk masuk. Parking motor kejap.. amik amik gambar kejap.
Lepas tu ke Tanjung Balau untuk makan tengahari dan bergambar (lagi hehehe).
Lepas di Tanjung Balau, terus shoot ke Muar. Diorang nak pekena mee bandung Muar. Tapi aku & wife makan rojak (rojak lagi) dan ABC. Tapi wife aku beli pes mee bandung. So boleh la buat kat rumah nanti.
Dah kenyang, start lah perjalanan ke last pit stop iaitu R&R Seremban. Tapi Cuki & Shuk terus exit Senawang (kalau tak silap aku) untuk balik ke rumah. So yang sampai di R&R Seremban, aku, Rasid, Megat & Man. Abg Din dah terus.
Alhamdulillah semua selamat sampai ke rumah masing masing. Tak letih sangat sebab ikut jalan dalam kot (masa pergi), tak ikut hiway.. so takde la dok pulas throttle je hahaha.
Ringkasan:
- Total milage: 978km (dua hala dari rumah aku-Desaru-rumah aku).
- Minyak: RM73+/-.
- Makan: RM100+/- untuk 2 orang.
- Hotel: RM80 satu malam.
Safe ride!
Wassalam.