31 January 2015

Gatal Tangan (Part 6).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Kan dah kata, mesti ada sambungan dari Gatal Tangan (Part 5) aku tu hehehe. Maybe ni yang last la kot sebab lepas ni apa je nak buat pada Black Rhino aku tu? Melainkan aku betul betul pasang custom stiker atau spray warna asal/lain terus pada motor aku tu.

Kali ni aku spray merah pada mudguard depan black rhino aku tu. Berdasarkan beberapa contoh yang aku tengok kat Internet, motor skema warna hitam merah, mudguardnya adalah warna merah. So aku pun try la dalam Photoshop dulu. Lepas tu mintak pendapat mem besar aku tu. Bila dah rasa ok, terus la projek kali ni.

Aku beli 2 tin spray merah brand Samurai dan 1 tin spray clear brand Samurai gak. Actually ada lagi setengah tin spray clear kat rumah tu, tapi biar lebih daripada kurang. Tak cukup nanti takde la tertangguh kerja kerja meng spray tu nanti.

So inilah hasilnya yang tak seberapa hehehe.







Safe ride!


Wassalam 

28 January 2015

Khalid Tesco.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Rasa macam lama pulak aku tak buat apa apa posting kat blog ni. Busy kot dengan kerja seharian kehkehkeh..

Kali ni cerita simple je. Cerita pasal aku beli kasut riding. Actually aku dah ada 3 pasang kasut. Yang awal awal aku beli (Alpinestar SMX - replica) tu dah mengelupas body dia, tapi tapak kasut ok lagi. Satu lagi boot AMX, aku beli 2 tahun lepas masa birthday wife aku (maknanya aku beli 2 pasang la, satu untuk dia, satu untuk aku). Dan satu lagi boot Speed warna hitam merah.

So, dalam 2 minggu lepas, time aku balik kerja (naik motor), memang baru lepas hujan. So kasut ada la basah sikit. Ada sekali tu memang kena hujan lebat + kena air bertakung jugak. Nak dijadikan cerita, kasut AMX aku tu dah ternganga tapak dia. Wife aku punya sikit je, so boleh la repair sikit guna gam gajah. Yang aku punya walaupun dan di repair, tapi still tak boleh diselamatkan lagi (alasan nak beli kasut baru la tu hehehe). Yang Alpinestar SMX tu pun dah tercabut tapaknya. So aku pun beli la sepasang boot baru.

Kali ni aku beli kat kedai Pakistan. Nama orang yang jual tu Khalid. Nama kedai dia Khalid Star Ace Sdn Bhd. Kedai dia kat Tesco Setia Alam. Ada jugak la a few barang yang aku beli dari kedai dia tu. Aku ada beli leg beg, glove B-Power, seluar riding (yang jenis touring tu) untuk aku dan wife aku & riding boot untuk wife aku. Kali ni beli untuk aku. Memang dapat harga kawan kawan la (untuk aku la, untuk korang aku tak sure).


-Khalid Star Ace Sdn Bhd di tingkat 1, Tesco Setia Alam- 

So aku pun beli la dengan si Khalid ni. Brand Pro-i je.. Memang brand Pakistan la. So besoknya, aku baru belek betul betul kasut tu. Baru aku perasan yang design memang sama, tapi ketinggian kasut tu tak sama. Hahahaha, nasib baik aku tak kiwi kan lagi. So aku WhatApp si Khalid tu, kata nak tukar. Aku attached skali gambar kasut yang tak "sama" tu.


-Ni la kasut yang sama tapi tak serupa HAHAHAHA! Nasib baik dapat sepasang yang baru-

Petang tu aku pergi kedai dia dan terus dapat sepasang yang baru. Puas hati.

So, barang barang kat kedai si Khalid ni boleh tahan la kualiti dia Harga pun boleh kawtim lagi. Cuma takde credit card je, semua cash ye.

Ni nombor si Khalid kalau kalau korang nak contact dia: Khalid 016-9050-803 (boleh call, SMS, WhatApp).


Wassalam.    

04 January 2015

Gatal Tangan (Part 5).

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Hahahaha!! Awal awal tahun dah buat gatal tangan. Ni yang last kot (ye la tuuuu hahahaha).

Kali ni aku gatal tangan nak spray "cover depan" tank dengan side panel belakang (kiri kanan) dekat dengan lampu belakang tu. Aku spray kaler merah (sama kaler dengan side panel fairing yang aku spray sebelum ni). Aku memang suka guna spray jenama Samurai. Sebab apa? Sebab harganya RM6 setin hehehe, acah je. Sebab aku suka dengan hasil lepas cat tu dah kering, nampak kilatnya dengan serta merta. Lagi satu cat tu memang cepat kering.

-Proses "mewarna" dan meng"clear coat" bahagian yang terlibat. Satu tin setengah spray merah dan setin setengah clear spray. Aku tak buat coating putih langsung.. malas hehehe-

Aku spray a few layer. Setiap layer aku biarkan kering 20 minit. Last last ada la dalam 5-6 layer aku spray kaler merah tu. Lepas dah siap kaler merah, aku biarkan kering semalaman. Esoknya aku jemur lagi kat direct panas selama 30 minit. Lepas tu aku balas dengan spray clear (pun dari jenama Samurai). Untuk clear coat aku buat dalam 5-6 layer jugak. Biar tebal, tahan lama dan puas hati aku.

-Puas hati aku dapat jemur kat panas-

Ni la motor aku sekarang..

-Panel belakang kiri kanan dah pasang. Suspen gak nak pasang sebab takut terhantuk sana sini, habis calar pulak panel tu.. malas aku nak spray lagi. Tapi alhamdulillah semua selamat hehehe- 

-Bahagian depan tank pun dah selamat pasang. Cuma kena hati hati sikit kat bahagian penyambung damper tu.Takut terlebih kepak, habis projek aku-

-Tambah lining hitam sikit kat bahagian depan tu (nampak tak?) dengan tampal stiker Drive energy Drink. Tapi perkataan Energy Drink tu aku tak lekatkan sekali-

-Side kanan black rhino aku. Saje je tampa/letak dot dot hitam kat situ sebab takde stiker Kawasaki yang sesuai dalam simpanan aku. Dot dot dot tu pun dah namapak OK kehkehkeh-

-Kat panel belakang pun aku letak dot dot dot. Saje nak bagi kontra sikit. Maybe aku letak lining hitam kot lepas ni-

-Side kanan-

-Side kiri-

Yang penting, dapat "kelulusan" dari si kenit aku ni hehehe!




Wassalam.