28 January 2015

Khalid Tesco.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

Rasa macam lama pulak aku tak buat apa apa posting kat blog ni. Busy kot dengan kerja seharian kehkehkeh..

Kali ni cerita simple je. Cerita pasal aku beli kasut riding. Actually aku dah ada 3 pasang kasut. Yang awal awal aku beli (Alpinestar SMX - replica) tu dah mengelupas body dia, tapi tapak kasut ok lagi. Satu lagi boot AMX, aku beli 2 tahun lepas masa birthday wife aku (maknanya aku beli 2 pasang la, satu untuk dia, satu untuk aku). Dan satu lagi boot Speed warna hitam merah.

So, dalam 2 minggu lepas, time aku balik kerja (naik motor), memang baru lepas hujan. So kasut ada la basah sikit. Ada sekali tu memang kena hujan lebat + kena air bertakung jugak. Nak dijadikan cerita, kasut AMX aku tu dah ternganga tapak dia. Wife aku punya sikit je, so boleh la repair sikit guna gam gajah. Yang aku punya walaupun dan di repair, tapi still tak boleh diselamatkan lagi (alasan nak beli kasut baru la tu hehehe). Yang Alpinestar SMX tu pun dah tercabut tapaknya. So aku pun beli la sepasang boot baru.

Kali ni aku beli kat kedai Pakistan. Nama orang yang jual tu Khalid. Nama kedai dia Khalid Star Ace Sdn Bhd. Kedai dia kat Tesco Setia Alam. Ada jugak la a few barang yang aku beli dari kedai dia tu. Aku ada beli leg beg, glove B-Power, seluar riding (yang jenis touring tu) untuk aku dan wife aku & riding boot untuk wife aku. Kali ni beli untuk aku. Memang dapat harga kawan kawan la (untuk aku la, untuk korang aku tak sure).


-Khalid Star Ace Sdn Bhd di tingkat 1, Tesco Setia Alam- 

So aku pun beli la dengan si Khalid ni. Brand Pro-i je.. Memang brand Pakistan la. So besoknya, aku baru belek betul betul kasut tu. Baru aku perasan yang design memang sama, tapi ketinggian kasut tu tak sama. Hahahaha, nasib baik aku tak kiwi kan lagi. So aku WhatApp si Khalid tu, kata nak tukar. Aku attached skali gambar kasut yang tak "sama" tu.


-Ni la kasut yang sama tapi tak serupa HAHAHAHA! Nasib baik dapat sepasang yang baru-

Petang tu aku pergi kedai dia dan terus dapat sepasang yang baru. Puas hati.

So, barang barang kat kedai si Khalid ni boleh tahan la kualiti dia Harga pun boleh kawtim lagi. Cuma takde credit card je, semua cash ye.

Ni nombor si Khalid kalau kalau korang nak contact dia: Khalid 016-9050-803 (boleh call, SMS, WhatApp).


Wassalam.