30 August 2015

Kawasaki Roadshow 2015.

Assalamu'alaikum wrt. wbt. & Salam sejahtera.

23 Ogos & 30 Ogos 2015, Kawasaki Malaysia buat roadshow. Yang 23hb tu buat dekat dekat area Stadium Melawati Shah Alam manakala yang 30hb tu buat di Aeon Bukit Tinggi Klang. Aku memang cadang nak pergi yang 30hb punya event sebab yang 23hb tu ada hal lain.



So, 30hb tu memang aku keluar dengan wife & anak anak aku. Memang dah pasang niat nak test ride samada Versys 650 atau Vulcan S. Siap bawak helmet & gloves lagi hehehe.

Sampai sana, dalam kol 11 pagi. Tak ramai lagi yang test ride (maybe ada kot sebelum aku sampai tu). Keluar je dari kereta pas parking, diorang tengah nak demo bunyi motor Kawasaki H2R yang baru tu. Aku tak sempat la nak dekat dengan dari dekat sebab tengah berjalan lagi nak tuju khemah pameran tu, tapi bila motor tu mengaum.. fuh! Memang bergetar dada ni hahaha.










Sampai je terus register untuk cabutan bertuah (tak bertuah pun sebab aku & wife tak dapat apa apa pun huhuhu). Lepas tu amik gambar sikit sikit. Anak aku yang kecik tu dah bising ajak masuk Aeon jalan jalan.

Aku kata "Jom la masuk Aeon.. tak yah test ride". Tapi wife aku insist gak aku test ride sebab dah sampai. Helmet pun dah bawak. Aku bukan apa, memang nak, tapi cuak sikit sebab aku nak test Versys 650 tu.. tapi tinggi, aku cuak la. Kalau Vulcan S tu, takpe lah, motor "kangkang" leh try anak buah aku punye.







Last last aku register gak. Lepas isi borang, terus amik helmet & gloves kat dalam kereta. Tiba giliran aku, terus sarung vest & naik motor tu. Memng tinggi sebab bila dah naik & tegakkan motor, kaki aku still terjengket walaupun tinggi aku 172cm (5 kaki 7 inci). Terbayang macamana la kalau aku bawak wife aku naik Versys ni.

Test untuk 3 round je. Ada la tempat untuk speed (jalan lurus) sikit. Aku guna sampai gear 3 je. Tapi overall motor memang best. Lagi "bertenaga" dari badak hitam aku. Agak "ringan" dari apa yang aku sangka. Yang bestnya, kat panel meter, Kawasaki dah siap siap letakkan gear indicator, so senang la nak tau kita dalam gear berapa time ride.






Memang dah lama aku nak test Versys ni. Nak pinjam member punya memang aku tak berani la (sebab motor orang). Ni dah ada peluang, apa lagi, try la. Tapi masalah utama aku adalah ketinggian motor tu. Bawak sorang ok la.. tapi kalau naik berdua, memang perit sikit la. Boleh kot lowerkan sikit (potong seat rider atau pasang lowering kit).

Apa apa hal pun harga sekitar RM36,000++ (belum OTR) kalau tak silap aku. Kalau sesiapa berminat, kunjungilah Kawasaki Motor atau wakil penjual Kawasaki yang sah hehehe (iklan pulak).

Safe ride!


Wassalam.