14 September 2016

Persona Ku Di Manja.

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Asik "manjakan" si badak hitam aku tu je, kali ni, ada rezeki lebih sikit kita "manjakan"(thanks to my wife sponsor new paint) si persona tu pulak.. Ye la kan, dah 2, 3 kali dia merajuk so kena la manjakan hahaha.

Takde buat menda sangat pun.. cuma spray semula persona tu. Warna asal. Malas nak tukar warna lain. Kalau warna lain sure la kena spray luar dalam.

Aku hantar spray kat bengkel ayah student aku. Kebetulan student aku tu post gambar kereta dia (kat FB) nak kena repair, so aku pun tanya la samada ada buat spray kereta. Dia jawab ada. So aku pun bawak la persona aku tu datang mengadap En. Abdullah tu (ayah student aku tu). En. Abdullah kata boleh, takde masalah. 

Tapi awal awal lagi dia dah inform yang dia bukan professional.. nak dapatkan warna asal 100% pun tak boleh. Bagi aku tak kisah, asalkan takde lagi sopak sopak kat persona aku tu. Kebetulan aku cuti 1 minggu lebih, so bolehlah hantar persona tu untuk spray.

-Persona sebelum mendapat/menerima kulit baru-

Aku mintak wife aku inform student tu amik gambar sikit masa proses "makeover" persona tu. So ada la a few gambar yang student aku tu hantar.






-Lite Gold untuk persona ku- 
-Dah sembur clear coat.. tu yang kilat tu hehehe-



Dalam 2 minggu lebih gitu, persona pun siap. Alhamdulillah.. nampak "muda" la persona aku tu HAHAHA!

-Dah pasang bumper clip kiri kanan dan sticker R3 cermin depan-





Bila dah siap spray, maka datanglah idea nak letak stiker, spray grill depan.. so bermulalah projek "gatal tangan" terhadap persona aku tu.

-Gi kedai eksesori kereta tampal sticker R3 bahagian tepi-

-Projek menggelapkan grill depan. Kalau tak nampak cerah semacam je bahagian depan persona aku tu. Dekat sejam gak la aku tampal/cover bahagian yang tak perlu kena spray-

-Grill cerah-

-Grill gelap-

-Aku guna spray ni lah.. RM6.80 setin-



-"Sayap" belakang yang ada logo proton tu pun aku spray flat balck-

Lepas tu "gatal tangan" sikit untuk tambah lining kat atas stiker R3 tepi tu hehehe.





Kos untuk persona aku ni:
Spray: RM1500.00.
Stiker R3 cermin + bumper clip: RM68.00 (kedai eksesori kereta).
Spray flat black (2 tin) + masking tape 1 + thinner sebotol: RM23.00 (kedai hardware).
3M double sided tape: RM17.90 (99 Speedmart).
Stiker R3 tepi: RM80.00 (kedai eksesori kereta).
Sarung antena baru: RM20.00 (yg lama dah koyak) (kedai eksesori kereta).
Stiker lining: RM4.80 x 3 = RM14.40. (kedai stiker/serbeneka.. err..pandai pandai la korang cari).

Tu je lah setakat ni.


Wassalam.

06 September 2016

Ride ke BNO (4 Sept 2016).

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera.

Dah lama tak join V2 punya ride.. kali ni alhamdulillah berkesempatan join ride. Itu pun sebab ride area Kuala Selangor sampailah ke Sabak Bernam.

Apa kebenda BNO tu? BNO tu singkatan untuk Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam. Kalau korang cari kat Google maps, taip je Pantai Bagan Nakhoda Omar (alaah.. jalan dia tu sehaluan nak ke Politeknik Sabak Bernam).

Kali ni malas nk taip panjang panjang, banyak banyak, aku just letak gambar dan taip kat bahagian caption tu je lah..


- Badak Hitam dah ready untuk ride. Jemaah lain RV di R&R Sg Buloh. Aku malas nak ke sana so aku tunggu je kat Kuala Selangor. Masa sampai sana rupenya Bro Z & wife dah ada. Tapi aku tak tegur sebab tak perasan. Ingatkan ahli jemaah lain tunggu group lain. Last last jumpa gak hahaha-

-Sampai Kuala Selangor, kitorang sarapan di Restoran Pantimor. Asalnya nak try Warung Pak Abu, tapi tutup pulak hari Ahad. So kat sini je sarapannya. Lagipun dekat dah dengan Bukit Melawati-

-Ramai gak pelanggan masa kitoranag sampai tu. Makanan pun banyak pilihan, tak sempat nak ambil gambar makanan.. segan hehehe. Aku makan roti canai je. Malas nak makan berat-

- Ni kat kaunter tiket naik trem Bukit Melawati. RM3.50 untuk dewasa. Budak aku tak ingat berapa RM sebab wife aku yang belikan tiket. Alhamdulillah boleh tumpang simpan helmet & jaket kat dalam booth tiket tu. Baik sungguh hati orang itu-

- Masing masing dah ada tiket, so bergambar kejap hahaha-

-Ni ruangan menunggu trem naik Bukit Melawati. Agak panas sebab kipas pun tak berapa perform. Namun tandas awam adalah berdekatan-

-Dah standby atas trem. Tak sabar rasanya nak naik Bukit Melawati-

-Gambar rumah api yang sempat aku snap masa on the way naik-

-Sekitar Bukit Melawati-




-Band boys yang buat "reunion" konon hahaha-

-Aku pun tak pasti samada monyet monyet ni tengok aku atau tengok tempat lain-


-Jalan menuju muzium-

-6 buah replika meriam di hadapan muzium-

-Ambil angin kejap lepas agak mencungap naik bukit nak ke muzum ni hahaha- 

-Pintu mazuk muzium. Kena tanggalkan kasut (dan stokin kalau agak berbau). Takde la besar mana, tapi banyak la info pasal Kuala Selangor dan salahsilah sultan- 

-Fire extinguisher awal 1900 dahulu. Muat 50 galen buih pemadam api katanya-

-Lepas melawat muzium, kitorang turun semula. Sementara tunggu trem untuk turun,kitorang layan kejap karenah monyet monyet yang ada kat situ. Tapi kena hati hati jugak sebab monyet ni monyet liar walaupun nampak macam jinak-



-Then on the bike semula. Aku ingatkan nak terus ke Sabak Bernam, rupanya big boss singgah ke Cendol Durian Borhan. Ok la jugak sebab hari pun panas. Basahkan tekak kejap pekena cendol durian-





-Inilah rupanya cendol durian saiz kecil-

-Lepas pekena cendol, kitorang pun on the bike. Sekali lagi aku ingakan nak terus ke Sabak Bernam, tapi aku tertipu lagi. Kitorang masuk ikut jalan dalam (susur Sungai Tengi kalau tak silap aku). Banyak la lalu kawasan yang jalannya dinamakan dengan Jalan Taliair 4, 5 dan seterusnya. Rupanya nak singgah rumah mak ayah si Shukor (paling depan dalam gambar atas tu). Agak jauh sebab bawak tak sampai 100kmj pun. Ye la.. kawasan sawah.. terbabas kang tak pasal mandi lumpur hahaha-

-Dah sampai rumah mak ayah si Shukor. Jalan Taliair 10 kalau tak silap aku. Rasanya dia dah inform diorang awal awal dan jangkaan aku kali ni tepat.. ada makan free hahaha-

-Sawah tepi rumah-

-Lauk pauk yang disediakan. Alhamdulillah... rezeki Allah bagi dalam pelbagai bentuk dan cara-

-Masa untuk menjamu selerea.. Bismillah..-

-Parents mak si Shukor (tengah) dan ayahnya. Lepas makan siap dijamu buah pelam lagi. Siap bawak balik lagi-

-Nampak je macam biasa.. kan? Tapi dia punya rasa.. Fuuuhh!!-

-Dah kenyang, solat jangan lupa. Solat Zohor kat masjid ni (sebelah rumah aje pun)-

-Dah settle kat rumah mak ayah Shukor, kitorang pun gerak la ke BNO. Sampai sana dalam jam 5pm. Time tu gerai gerai punbaru nak bukak-

-Inilah dia tempat mee udang yang popular tu. Ada 2 kedai kat situ, satu kerusi kuning satu kerusi merah. Yang kerusi merah tu ramai orang-



-Macam Pantai Remis, Jeram la jugak-



-Tunggu oder sampai-


-Mee udang. Ada 7 ekor udang. Memang sedap-

-Dari BNO kitorang gerak dalam jam 6.30pm. Aku & wife siap siap solat Asar kat surau BNO tu. Balik ikut jalan biasa. Dan seperti yang kita sedia maklum, jalan dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor tak berapa elok, agak bumpy dan lubang lubang sikit. Last check point kat Petronas Kuala Selangor. As usual, aku la yang last sampai hahaha. Sampai je Petronas, isap sebatang rokok, pastu aku pun mintak diri.Pas salam salam, aku pun gerak. Sampai rumah jam 7.35pm.

Alhamdulillah semua selamat sampai.

Participants ride kali ni:
1. Abg Long Sahrim Sabudin (Varadero)
2. Man & wife (ER6F)
3. Abg Din & wife (Z1000SX)
4. Abg Hasan (ER6F)
5. Bro Z & wife (ER6N)
6. Shuk (Z750)
7. Hanis (Z800)
8. Shukor (ER6F)
9. AKu & wife (ER6F)

Milage: 211km+.
Minyak: RM20 (ada 2 bar dari rumah).
Makan: bawah RM25 (sebab lunch free).

Safe ride!


Wassalam.